Friday, March 26, 2010

Pusat Rawatan Kesihatan dan Kecantikan Wanita @ Yoyoy Kamphora Spa

Yoyoy Kamphora Spa adalah Pusat Rawatan Kecantikan dan Pusat Terapi Holistik . Kami berkonsepkan spa muslimah dan 100% halal dibangunkan khas untuk kaum wanita di seluruh Malaysia untuk melakukan rawatan kecantikan dan terapi holistik secara menyeluruh seluruh badan.

Kami amat mengalu-alukan kaum wanita di seluruh Malaysia dapat melakukan rawatan kesihatan dan kecantikan di Yoyoy Kamphora Spa kerana kami terlatih secara profesional dalam bidang kesihatan dan kecantikan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Pembekam Muslimah / Pembekam Wanita @ Yoyoy Kamphora Spa


Yoyoy Kamphora Spa menyediakan rawatan bekam khas untuk kaum wanita. Kami menyediakan perkhidmatan pembekam wanita untuk rawatan bekam alhijamah, bekam darah, bekam angin dan bekam sunnah khas untuk kaum wanita.

Kami juga menyediakan perkhidmatan sauna aromatherapy dan urutan menenangkan seluruh badan sebelum melakukan rawatan bekam.Kami melakukan rawatan bekam darah, bekam angin dan bekam alhijamah di Gombak, Selayang, Batu Caves, Seri Gombak, Pinggiran Batu Caves, Selangor dan Kuala Lumpur.

Thursday, March 25, 2010

Hormon rendah rambut gugur



Rambut gugur fenomena yang ditakuti semua orang.

KEGUGURAN rambut yang melampau atau alopecia totalis jarang berlaku tetapi kebanyakan wanita akan menghadapi tahap tertentu alopecia atau kehilangan rambut yang banyak.


Bulu pada badan tumbuh pada tempoh pusingan tertentu tetapi jangka pusingan tersebut bergantung pada bahagian tertentu tubuh. Contohnya, rambut tumbuh lebih cepat daripada bulu ari-ari.

Semasa hamil, rambut akan tumbuh lebih lebat daripada kebiasaan. Tetapi sebaik selepas melahirkan bayi, tahap hormon anda akan mula berkurangan dan anda dapat melihat rambut anda semakin menipis dan banyak yang gugur.

Wednesday, March 24, 2010

Cantik Dengan Cara Murah

1. Tomato
http://tbn2.google.com/images?q=tbn:x132aSoAf9hl7M:http://1.bp.blogspot.com/_kj8pux54aOY/SNObaMRTR5I/AAAAAAAAANQ/HUJ2qrgDdM0/s320/tomat.jpg
Masker tomato dipercayai dapat memulihkan kulit yang terbakar oleh sinar matahari.

Caranya : ambil ½ buah tomat yang masak dan masih segar, lumatkan dengan blender atau boleh juga ditumbuk. Tambahkan sedikit madu. Usapkan keseluruh wajah dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu bersihkan wajah dengan air suam menggunakan. Kemudian basuh dengan air dingin. Mudah kan?

Monday, March 22, 2010

Spa Centers, Massages and Body Treatments @ Yoyoy Spa

The perfect treat after a hard day's sightseeing would be to head for one of the numerous spas in KL and let their professionals soothe your aches and tension away.

Each has a specially designed spa and equipment, with attractive packages for various budgets. Experience a wonderful time in the hands of professional consultants and masseurs.

Some packages offer a combination of two or more of treatments.

Here's what the spas of KL have to offer you...
Massage

Massages

Luxuriate in comfort as professional hands knead at tired muscles and soothe knotted tension away. A body rub in KL is always value for money - most Asians have perfected the art of massage and here is no exception. There are various massages with differing techniques used, but whatever you choose, the expert hands of the masseur will have you completely relaxed in no time.

Aromatherapy

Aromatherapy

The ancient Egyptians used it, so did the Chinese, Italians and Indians. Aromatherapy has been around for a long time and involves using essential oils of plants - seeds, bark, stem, blossoms, resins and leaves - that are combined with certain "carrier oils" to use in a massage. Aromatherapy works when the oils are ingested or inhaled, and the healing properties of different oils either stimulate or calm the body.

Aromatherapy treatments include massages, facials, body wraps, baths, inhalations and compresses. As beneficial as it may be, aromatherapy may not be suitable for expectant mothers as some oils may pose a danger to them. True essential oils are commonly kept in dark glass bottles.
Facials

Inflasi naik 1.2 peratus tahun ke tahun

Inflasi kekal pada paras yang rendah dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Februari 2010 naik 1.2 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas tetapi tidak berubah bulan ke bulan.

Wonder Girls - Nobody Celup





Saturday, March 20, 2010

Sindiket pasport palsu Indonesia tumpas


Sakaruddin Che Mood (dua dari kanan) menunjukkan pasport palsu Indonesia yang dirampas pada sidang akhbar di Kajang, Selangor, semalam.

KAJANG 19 Mac - Polis melumpuhkan satu sindiket memproses dan menjual pasport Indonesia palsu yang dipercayai bergiat aktif di sekitar daerah ini dengan penahanan salah seorang anggotanya di Taming Jaya di sini semalam.

Dalam tangkapan kira-kira pukul 2.30 petang itu, suspek lelaki warga Indonesia yang berusia 35 tahun sebelum itu dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh anggota polis peronda.

Menyedari kehadiran polis, suspek bertindak mencampak sebuah beg dan cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood berkata, pemeriksaan ke atas beg suspek menemui 19 buku pasport Indonesia palsu.

"Suspek kemudian dibawa sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat yang tidak berpenghuni di kawasan yang sama dan menemui sebahagian peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan terbabit.

"Turut ditemui, enam buku pasport Indonesia palsu, 53 keping gambar saiz pasport individu, cop mohor Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen serta cop beberapa negeri," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.

Menurut Sakaruddin, soal siasat terhadap suspek yang bertindak sebagai runner kepada sindiket itu mendapati pelanggan akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 untuk membuat pasport palsu itu.

Beliau berkata, polis percaya rata-rata pelanggannya adalah pekerja warga Indonesia yang dipercayai memasuki negara kita secara haram.

"Mereka ingin memiliki pasport palsu ini untuk melepaskan diri sekiranya berdepan pemeriksaan rambang oleh pihak berkuasa. Pasport ini mereka tidak dapat gunakan untuk melepasi sempadan," jelas beliau.

Sakaruddin menambah, suspek kini ditahan reman selama 14 hari bagi disiasat mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1996.

"Polis sedang giat berusaha mengenal pasti dalang di sebalik sindiket terbabit," ujarnya.

McLaren keluarkan kereta sport baru




LONDON - Pengeluar kereta lumba Formula Satu (F1), McLaren kelmarin melancarkan kereta sport komersial terbarunya, MP4-12C untuk menawan pasaran kereta berprestasi tinggi.

Dalam kenyataan sempena pelancaran kenderaan itu kelmarin firma itu memberitahu, MP4-12C direka dengan mengguna pakai teknologi canggih pasukan F1 McLaren.

Buat permulaan, sebanyak 1,000 buah kereta itu akan dipasarkan tahun depan pada harga sekitar AS$230,000 (RM760,494) sebelum kapasitinya ditingkatkan kepada 4,000 unit menjelang 2015.

Harga tersebut lebih murah berbanding kereta kategori sama keluaran jenama ternama seperti Ferrari 458; Lamborghini Gallardo; Porsche 911 Turbo; Bentley Continental GT dan Aston Martin DB9.

Bekas juara F1 yang juga pemandu kereta lumba McLaren, Lewis Hamilton dan rakan pasukannya yang juga juara F1 tahun lalu, Jenson Button merasmikan kereta sport itu di Pusat Teknologi McLaren di Woking, England.

Sebelum ini kereta kategori sama seperti Ferrari dan Lamborghini berharga sekitar AS$450,000 (RM1.4 juta).

"Kami telah lama mengimpikan untuk mengeluarkan pelbagai kereta sport McLaren bercirikan F1," kata pengerusi firma berkenaan, Ron Dennis.

Menurutnya, McLaren akan melantik pengedar di 19 buah negara bagi menjual kereta itu dengan 40 peratus jualan disasarkan di rantau Amerika Utara.

Berat cesi kereta MP4-12C itu memiliki berat cuma 81 kilogram dan boleh membawa dua orang.

Cesinya diperbuat daripada gentian karbon dan dijana enjin berkapasiti 3.8 liter V8 dengan pengecas turbo berkembar yang menghasilkan 600 kuasa kuda.

Kereta itu mampu mencapai kelajuan 100 kilometer sejam (km/h) dalam masa cuma 3.4 saat dengan had laju maksimum melebihi 320 km/h.

Friday, March 19, 2010

Kilang ayam mohon maaf 'kurung' wartawan



PUTRAJAYA - Kilang memproses ayam, Global Abbatoir (M) Sdn. Bhd. memohon maaf kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa pihak lain semalam berikutan tindakan 'mengurung' wartawan dan satu pasukan penguat kuasa Jakim di premisnya di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Pengarah pemasaran syarikat itu, Azrin Abdul Ajib, berkata, syarikatnya bukan mengamalkan tindakan ala samseng sebaliknya untuk mengawal aliran orang ramai yang keluar dan masuk ke premis syarikat itu.

"Sudah menjadi polisi syarikat kami tidak membenarkan sesiapa pun merakam gambar di dalam premis tanpa kebenaran bertulis.

Universal Studios di SINGAPURA

BEBERAPA pelawat melawat satu lokasi seperti yang terdapat dalam filem Mummy di Universal Studios, Singapura semalam.SEJUMLAH pelawat menaiki roller coaster di Universal Studios, Singapura semalam.


Universal Studios keempat di dunia dibuka kepada orang awam tepat pukul 8.28 pagi semalam selepas 18 tarian singa memasuki pintu masuk pada pukul 8.08 pagi.

Hari pembukaannya pada 18 Mac itu menggunakan banyak nombor lapan kerana ia dianggap sebagai bertuah.

Model-model yang berpakaian seperti aktres mendiang Marilyn Monroe dan Betty Boop berarak bersama pasukan tarian singa di sepanjang Hollywood Boulevard, salah satu daripada tujuh zon di taman seluas 20 hektar.

"Kami ingin menjadikannya destinasi nombor satu di Asia," kata Pengerusi Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Thay. Ditanya adakah Universal Studios Singapura akan hilang daya tarikannya dan mengalami kerugian seperti Hong Kong Disneyland, Lim menjawab: "Sudah pasti tidak, kami berbeza dengan Disney."




Selain Singapura, Universal Studios di Asia terletak di Osaka, Jepun; Hollywood di California dan Orlando di Florida, Amerika Syarikat.

Antara tarikan di Universal Studios itu ialah roller coaster paling tinggi di dunia, panggung wayang 4 dimensi (4-D) dan suasana berdasarkan filem-filem Hollywood seperti Madagascar dan Jurassic Park.

"Ia sangat bagus. Suasana, pengunjung dan barangan cenderamatanya setaraf dengan Universal Studios Florida," kata seorang warga Singapura yang datang bersama dua orang anaknya.

Taman tema itu adalah sebahagian daripada fasa pembangunan Resorts World Sentosa, milik Kumpulan Genting dari Malaysia bernilai AS$4.4 bilion (RM14.56 bilion)

Thursday, March 18, 2010

Berbulan madu pada usia emas


Pergi bulan madu kali kedua mungkin dapat mencambah kembali bunga-bunga. cinta.

PERKAHWINAN ibarat pohon yang perlu dibaja untuk menampakkan hasilnya. Pada satu peringkat atau tempoh akan terasa hambar dan tidak lagi menarik seperti seawal perkahwinan dulu.

Apabila usia mencecah separuh abad, anak-anak kian membesar, rumah tangga dikatakan terlalu sunyi hingga tiada apa lagi untuk diperkatakan antara anda suami isteri.

Justeru cara yang paling baik untuk mencambah kembali bunga-bunga cinta dalam rumah tangga ialah dengan pergi berbulan madu.

Tidak perlu risau kerana anak-anak sudah besar dan boleh menguruskan diri mereka sendiri. Lagipun anda pergi bukan untuk satu tempoh yang lama, cukup sekadar membangkitkan kembali kehangatan dalam rumah tangga anda yang kian suram.

Untuk mengatur satu lagi percutian bulan madu pertama sekali anda berdua perlulah bersedia, maksudnya tiada longgokan tugasan di pejabat dan telah menetapkan tarikh cuti bersama-sama.

Tetapkan bajet untuk percutian bulan madu anda sebaik mungkin. Jika mampu boleh berjalan jauh seperti ke luar negara dan di dalam negara juga sudah pasti menarik buat anda jika kena pada caranya.

Namun untuk bulan madu kali kedua sebaiknya pilih saja lokasi tempat percutian dalam negara. Ini kerana anda mungkin akan berasa lebih tenang kerana sesekali pasti akan terfikirkan keadaan anak di rumah.

Pada usia yang menuju ke arah separuh abad sebaiknya anda berdua melancong ke tempat yang penuh dengan alam semula jadi kerana itu pasti lebih menenangkan jiwa berbanding dengan tempat yang dipenuhi dengan hiburan.

Pasangan suami isteri emas juga lebih baik mengikuti jalan darat yang pastinya dapat mewujudkan perbualan yang lebih banyak apabila melihat keadaan di luar jalan.

Selain itu ia juga lebih ekonomi. Bila tidak pasti arah mana yang hendak dituju, anda berdua boleh merujuk kepada peta dan ini akan merapatkan komunikasi yang semakin kurang antara anda suami isteri.

Tetapi jika anda berdua tidak mahu percutian yang melecehkan sebaiknya anda memilih pakej pelancongan yang banyak ditawarkan oleh agensi pelancongan.

Dengan cara percutian berkelompok ini tidak mustahil anda berdua akan terasa lebih muda kerana dapat bersama-sama dalam satu kumpulan di samping segala perjalanan, lawatan, makanan, tempat tinggal yang telah diuruskan.

Bangkitkan jiwa romantis

Walaupun telah berusia, tidak salah jika anda berdua ingin hidupkan kembali suasana romantis tersebut. Anda kini berjauhan dari rumah, anak-anak dan hanya berdua menikmati keindahan alam dalam suasana sungguh tenang.

Boleh mulakan dengan makan malam romantis berdua, pilih menu yang ringkas dan minuman yang menyegarkan.

Pilih topik yang tidak terlalu berat untuk dibincangkan, mungkin boleh merancang masa selepas bersara ataupun membayangkan perkahwinan anak-anak pula.

Mungkin ada di antara sahabat anda yang memiliki pondok penginapan, sebuah pondok di tepi danau atau sebuah villa di kawasan pergunungan.

Seandainya mereka adalah sahabat karib, tentu saja anda boleh menggunakan pondok milik mereka atau sewa saja dengan harga yang menarik.

Beritahu tentang berita bulan madu anda pada rakan dan saudara mara. Anda boleh berkongsi kegembiraan dengan menunjukkan gambar dan sebagainya. Ingat, tunjukkan pada kawan rapat dan saudara-mara yang boleh dipercayai sahaja.

Wednesday, March 17, 2010

Alternatif cantikkan wajah



TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.

Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.

Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.
Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

Tuesday, March 16, 2010

Pemain badminton No.1 Dunia- Datuk Lee Chong Wei



GELARAN pada kejohanan dunia sudah lama digenggam.
Kejohanan Super Series turut disapunya.

Kelmarin, kejohanan paling berprestij, Seluruh England pula berada dalam koleksinya.
Itu kejayaan yang disumbangkan oleh pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei kepada negara sepanjang kariernya setakat ini.

Namun, di sebalik kejayaan kelmarin, dia masih belum puas.
Matlamatnya adalah untuk memburu pingat emas Sukan Olimpik selain berazam membantu skuad negara menjulang Piala Thomas tahun ini.

Itu dua tugas utama Chong Wei selepas ini meskipun peluangnnya untuk meraih emas Olimpik di London pada 2010 nampak sukar.
Mana tidaknya, ketika itu usianya sudah menjangkau 30 tahun dan sudah pasti prestasinya tidak sehebat sekarang.

Apa pun tiada yang mustahil jika dia terus mengekalkan disiplin diri selain terus bekerja keras untuk me- realisasikan hajat besar itu.
Dia hampir melakukannya pada Sukan Olimpik Beijing 2008, namun tewas kepada Lin Dan pada perla- wanan akhir.

Kini, nama Chong Wei sudah berada dalam buku rekod Seluruh England, kejohanan yang dianggap sebagai 'ibu' kepada semua kejohanan badminton di kalangan pemain terkemuka dunia.

SASARAN Chong Wei kini adalah untuk membantu negara menjulang Piala Thomas selain meraih pingat emas Sukan Olimpik.


Jika gagal mencatat nama sebagai juara pada kejohanan ini, seseorang pemain itu merasakan karier mereka tidak lengkap.
Kemenangan Chong Wei pada Seluruh England kelmarin membuktikan tiada siapa yang mampu menghalang pemain No. 1 dunia itu daripada meraih gelaran pada kejohanan paling berprestij tersebut.

Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh bagaimanapun berkata, Chong Wei perlu bekerja keras dari sekarang dalam misi memburu pingat emas Sukan Olimpik kelak.
"Kemenangannya kelmarin sudah dijangka dan kami di BAM mengharapkan Chong Wei akan terus mengekalkan prestasi sekarang sampai bila-bila.

Teh karas ubat kencing manis, darah tinggi

RAZANI menyiram pokok karas yang ditanam di Pusat Penyelidikan Karas, Hutan Simpan Merchang, Marang semalam.


MARANG - Pokok karas yang dikomersialkan untuk mendapatkan gaharu bagi tujuan penghasilan minyak wangi rupa-rupanya mempunyai khasiat lain iaitu sebagai ubat kepada pelbagai jenis penyakit.

Atas keistimewaan itu, Jabatan Perhutanan negeri telah pun membangunkan projek tanaman pokok tersebut di atas tanah seluas 47 hektar di Merchang dekat sini bagi memproses dan mengeluarkan sejenis minuman herba yang dinamakan teh karas.

Menurut Pengarah Perhutanan negeri, Akhirudin Mahmud, bagi menambah khasiat minuman herba yang dikatakan boleh mengubati penyakit kencing manis dan darah tinggi, ramuan minuman itu turut dicampur beberapa herba lain.

Sape Yang Tak Nak Kerja Kerajaan..

Hulamakk..Kerja kerajaan weh. Bukan senang hendak dapat kerja kerajaan sekarang ini. Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah, mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu anda.

2.Cost of living allowance (COLA)
Jika anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Saya percaya memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Saya tahu sebab saya pun tinggal dekat KL. hehe. Kalau anda semua hendak tahu, COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja tahu. Jadi, semakin tinggi taraf sesuatu bandar itu, semakin tinggi juga lah COLA yang akan anda perolehi.

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara. Fuyoo..Negaraku cepat! hehe

4. Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya bila namanya kakitangan kerajaan.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan profesional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat. Pada saya cuti inilah memang paling best dalam banyak-banyak cuti. Sebabnya boleh balik kampung tanpa traffic jam.hehe

7. Cuti bersalin
Usah risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan! Kerja sektor swasta pun tiada lama macam ini, berbayar pula tu.

8. Pinjaman perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda. Asalkan anda adalah kakitangan kerajaan.

9. Caruman KWSP atau pencen
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, tidak perlu risau akan masa depan anda lagi. Insya Allah akan terjamin.

10. Bersara pada umur 58 tahun
Tempoh yang sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu.Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu? Prestasi merosot alamatnya kena kick out lah anda dari syarikat. haha

11. Peluang kenaikan pangkat
Ini lagi satu,Siapa tidak mahu kenaikan pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni.hehe

12. Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. Itu sudah dikira hebat! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar untuk setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya. Itu yang paling penting bagi saya dari banyak wang tetapi masa bersama keluarga kurang. Saya pasti anda juga sependapat dengan saya dalam hal ini.


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. AKAN TETAPI adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum menikmati semua itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Temuduga inilah yang paling getir bagi semua orang. Di sini saya ingin berkongsi sedikit informasi berkaitan tip-tip rahsia lulus temuduga kerja kerajaan dengan anda. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.

Pada saya, entri ini bagus untuk mana-mana individu yang berjaya mendapat tempat untuk temuduga kerja kerajaan. Ini kerana pengambilan pekerja adalah sepanjang tahun tetapi kekosongan untuk kerja kerajaan bukanya selalunya ada sepanjang masa. Walau apa pun, dapatkannya sekarang juga bagi membantu orang yang anda sayangi bagi meluluskan temuduga mereka!

Ok lah sahabat semua, Next entri menanti anda!

Salam.

Monday, March 15, 2010

Otak manusia mengecil

GAMBAR tiga dimensi (3-D) replika otak 28,000 tahun lalu menunjukkan ia 20 peratus lebih besar berbanding otak manusia sekarang.


PARIS - Otak manusia semakin mengecil, kata beberapa saintis yang membina semula replika tengkorak berusia 28,000 tahun yang ditemui di Perancis.

Satu pasukan saintis menyatakan otak manusia itu 20 peratus lebih besar berbanding sekarang.

Tengkorak berusia 28,000 tahun itu dikenali sebagai Cro Magnon 1 iaitu nama yang diambil sempena sebuah gua di Dordogne iaitu lokasi ia ditemui. Kajian itu menunjukkan bahawa otak manusia menjadi semakin efisien seperti komputer yang saiznya kian kecil.

Projek itu mencetuskan persoalan iaitu: "Sekiranya kepala manusia mula mengecut, kenapakah ia berlaku?," lapor sebuah akhbar semalam.

Cro Magnon 1 disimpan di Muzium Nasional Sejarah Alam Semulajadi Perancis di Paris sejak ia ditemui bersama lima rangka manusia pada 1868.

Martial arts

Martial arts or fighting arts are systems of codified practices and traditions of training for combat. Martial arts all have a very similar objective: defend oneself or others from physical threat. In addition, some martial arts are linked to beliefs such as Hinduism, Buddhism, Daoism, Confucianism or Shinto while others follow a particular code of honor. Martial arts are considered as both an art and a science. Many arts are also practiced competitively, most commonly as combat sports, but may also take the form of dance.

The term martial arts refers to the art of warfare (derived from Mars, the Roman god of war) and comes from a 15th-century European term for fighting arts now known as historical European martial arts. A practitioner of martial arts is referred to as a martial artist.

Friday, March 12, 2010

KELEBIHAN MENGIKUTI KURSUS @ YOYOY SPA


  • Teknik pembelajaran yang intensif mudah dan cepat.
  • Kelas yang kecil maksimum hanya 6 orang sahaja.
  • Belajar terus dari tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang spa kecantikan sepuluh tahun.
  • Tumpuan yang lebih pada setiap peserta kursus agar lebih memahami teknik rawatan.
  • Peserta boleh bertanya terus sebarang masalah tentang kursus.
  • Peserta di ajar cara meningkatkan stamina dan teknik pernafasan agar tidak mudah letih.
  • Tumpuan lebih pada praktikal agar boleh terus dipraktikkan.
  • Bahan kursus seperti nota disediakan sebagai rujukan.
  • Sijil akan diberikan.


KURSUS FOOT SPA TREATMENT @ YOYOY SPA RM 400



- Pelajari asas anatomi tubuh badan manusia.


  • Pelajari asas sistem organ-organ penting tubuh badan dari tapak kaki.
  • Pelajari sistem saraf organ-organ penting tubuh badan.
  • Pelajari cara peredaran darah dan oksigen pada tubuh badan manusia.
  • Pelajari bahagian tubuh yang kerap bermasalah.
  • Pelajari teknik asas yang perlu untuk urutan reflexology.
  • Pelajari teknik urutan reflexology untuk menghilangkan ketegangan atau stress sehingga mahir.
  • Pelajari teknik betul melakukan urutan reflexology untuk membetulkan semula urat saraf dan melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh.
  • Pelajari teknik mencari dan mengenalpasti urat saraf yang bermasalah.
  • Pelajari teknik menyediakan foot spa treatment untuk membuang toksin dari kaki.

1. Foot Bath
2. Foot Scrub
3. Foot Reflexology
4. Foot Relaxing

KURSUS RAWATAN SPA @ YOYOY SPA RM 700



  • Pelajari tubuh badan yang tidak sekata warna nya.
  • Pelajari teknik betul melakukan skrub badan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
  • Pelajari bahagian tubuh yang kerap bermasalah.
  • Pelajari teknik asas yang perlu untuk rawatan spa pada seluruh badan.
  • Pelajari teknik rawatan spa untuk menghilangkan ketegangan atau stress sehingga mahir.
  • Pelajari teknik betul melakukan rawatan spa untuk:

1. Mencerahkan badan.
2. Menghilangkan parut-parut di badan.
3. Membuang sel-sel kulit mati.
4. Menggebukan kulit.
5. Sekatakan warna kulit badan.
6. Membuang toksin berlebihan dalam
badan.
7. Menenangkan tubuh badan yang lesu dan stress kerana kehidupan seharian.
8. Mengembalikan semangat yang hilang kerana keletihan.
9. Melancarkan perjalananan darah dan oksigen ke seluruh tubuh.
10. Memberikan kesan awet muda pada wajah dan tubuh badan.



- Pelajari dengan lebih mendalam teknik rawatan spa :

1. Lulur Body Whitening
2. Body Scrub Salt
3. Body Bleaching
4. Body Whitening
5. Body Mask
6. Body Exfoliate
7. Sauna Aromatherapy
8. Mandian Buang Toksin
9. Mandian Susu
10. Mandian Bunga

KURSUS AROMATHERAPY RELAXING MASSAGE @ YOYOY SPA RM 500



  • Pelajari asas anatomi tubuh badan manusia.
  • Pelajari asas sistem organ-organ penting tubuh badan seperti jantung dsb.
  • Pelajari sistem saraf organ-organ penting tubuh badan.
  • Pelajari cara peredaran darah dan oksigen pada tubuh badan manusia.
  • Pelajari bahagian tubuh yang kerap bermasalah.
  • Pelajari teknik mencari dan mengenalpasti urat saraf yang bermasalah.
  • Pelajari teknik asas yang perlu untuk rawatan urutan seluruh badan.
  • Pelajari teknik urutan untuk menghilangkan ketegangan atau stress sehingga peserta mahir.
  • Pelajari teknik betul melakukan urutan untuk membetulkan semula urat saraf dan melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh.
  • Pelajari teknik urutan aromaterapi dari Kanada, Australia, UK dan France.
  • Pelajari dengan lebih mendalam teknik urutan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki tubuh badan di:

1. Tapak kaki ( Reflexology )
2. Di Betis
3. Di Peha
4. Di Belakang Badan
5. Di Perut
6. Di Tangan
7. Di Dada
8. Di Bahu
9. Di Kepala
10. Di Rambut ke Hujung Rambut


KURSUS FACIAL @ YOYOY SPA RM 400


  • Pelajari teknik asas yang perlu diketahui untuk rawatan facial wajah.
  • Pelajari teknik facial sehingga peserta mahir.
  • Pelajari teknik betul membersihkan wajah.
  • Pelajari dengan lebih mendalam teknik urutan wajah agar sentiasa awet muda.
  • Pelajari mengenalpasti jenis kulit.
  • Mengenalpasti masalah kulit yang biasa di hadapi

1. Kulit Normal
2. Kulit Kering
3. Kulit Berminyak
4. Kulit Berjerawat
5. Kulit Kombinasi
6. Kulit Sensitif

  • Pelajari teknik menggunakan sabun pembersih, skrub wajah dan masker dengan betul.
  • Pelajari menekan titik point penting (acupressure) di wajah untuk menegangkan dan menggebukan kulit wajah dan menaikkan tulang pipi.
  • Pelajari menggunakan steam wajah dan vakum wajah dengan betul.
  • Pelajari dengan lebih mendalam dan terperinci jenis-jenis facial:

1. Facial Biasa
2. Facial Collagen
3. Facial Treatment
4. Facial Resdung


Jika Mahu Menipu Ejaan Biar Betul!

Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS melalui kenyataan Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi mengharamkan penggunaan sijil dan logo halal dikeluarkan syarikat swasta di Selangor.

Sebentar tadi saya menerima emel dikirim kakitangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM, Faedzah Fuad (baca: terima kasih).

Namun kes ini, pada hemat saya tiada hubungkait dengan logo halal dikeluarkan syarikat swasta.

'PPIM telah menerima aduan daripada pengguna berkenaan logo halal 'Jabatan Baru' diambil pada 7 Mac 2010 di Carrefour, Kota Damansara. Sila rujuk lampiran gambar atau laman web PPIM'.

Aduan terbabit berhubung logo halal di bungkusan kentang goreng berikut.


Ok. Di mana salahnya?

Teliti logo halal berikut apabila dibesarkan.


Baca ejaan 'Jabatan Baharu' terbabit.

Haaa! Jangan ketawa!

Wajah Pemijak Kepala Syafia


Akhirnya, suspek membunuh Syafiah Humairah Sahari, 3 tahun, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.

Mohd Fazli Azri Jamil, 28 tahun, pemandu teksi, tidak diwakili peguam mengangguk faham sewaktu pertuduhan melakukan kesalahan (baca: membunuh mangsa) terhadap mangsa di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30 Ulu Yam, Batang Kali, Selangor, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Teman lelaki ibu Sayiah itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dia boleh dihukum gantung sampai mati, mandatori.

Dalam siasatan polis sebelum ini, suspek mengaku menendang dan memijak kepala Syafia sehingga mengakibatkan kecederaan parah dan kematian.

Sebelum ini pesalah menculik, membunuh dan membakar Canny Ong, Ahmad Najib Aris kelihatan tersenyum memakai kopiah setiap kali dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

Manakala majoriti gambar Fazli pula dirakam jurukamera, tunduk sambil memejamkan mata. Dia bagai menahan kesakitan teramat.


... atau suspek terlalu pemalu? Hehehe :)

Thursday, March 11, 2010

Usahawan jadi pensyarah IPTA



Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mewujudkan satu mekanisme bagi membolehkan usahawan tempatan yang berjaya menjadi pensyarah sambilan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mekanisme itu penting bagi memastikan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) tenaga pengajar itu selari dengan kehendak universiti dan industri.

Beliau berkata, langkah berkenaan dilakukan kerana hampir semua pensyarah yang mengajar subjek keusahawanan di IPTA kini tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang usahawan.

''Walaupun cadangan itu belum pernah dilaksanakan di IPTA, beberapa buah universiti di negara-negara Barat telah membuktikan bahawa lebih mudah usahawan mengajar pelajar keusahawanan.

''Ini kerana pengetahuan keusahawanan bukan hanya berasaskan teori tetapi juga pengalaman usahawan mengurus perniagaan mereka dan soal bimbingan selepas keluar daripada universiti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan Persatuan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung ACCCIM, Datuk David Chua.

Sehubungan itu, Saifuddin memberitahu, kementerian kini dalam proses menyiapkan kertas kerja mengenai cadangan itu sebelum dilaksanakan.
''Jika sempat kita mungkin akan melaksanakannya pada sesi pengajian akademik bulan Julai ini di IPTA yang telah mempunyai kursus keusahawanan sebagai projek perintis.

''IPTA tersebut adalah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM)," katanya.

Ditanya mengenai kadar bayaran kepada tenaga pengajar itu, beliau berkata, adalah lebih baik jika pihak industri dapat mengutamakan tanggungjawab sosial korporat mereka.

''Lagipun, tempoh masa pengajaran mereka hanyalah beberapa jam dalam seminggu dan saya yakin ia tidak akan menjejaskan operasi perniagaan mereka," katanya.

Memahami erti bekam


Mohd. Fahmi Ibrahim, pengamal bekam muda bersama para peserta pada kelas praktikal.

SEORANG ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Poins: a Guide to Self Care For Common Ailments, terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Lantas beliau menyarankan agar ia diterapkan di dalam kehidupan seharian masyarakat di Barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingannya.


Begitu juga dengan penelitian oleh Kohler D (1990) sehingga diterbitkannya buku yang berjudul, The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.

Bahkan bukan Barat sahaja mengakui kehebatan perubatan bekam ini. masyarakat di negara China dan Korea turut telah mempraktikkan ilmu perubatan warisan nabi ini sejak ribuan tahun dahulu hinggakan ramai beranggapan bahawa mereka inilah pelopor kepada perubatan ini.

Sekali gus sewenang-wenangnya mengakui ia milik mereka. Walaupun ia menggunakan istilah-istilah atau nama berbeza, tetapi prinsip kerja atau metodnya adalah sama seperti bekam; menyedut, mengumpul dan mengeluarkan darah kotor.

Sedangkan hakikatnya, bekam atau dalam istilah bahasa Arabnya, al-Hijamah adalah ilmu perubatan warisan Nabi yang hampir dilupakan oleh umat Islam itu sendiri. Kata-kata penegak ini ini bukan omongan kosong.

Buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu'jizah Thoyyibah telah menyenaraikan himpunan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW mengenai ajaran dan saranan baginda berkenaan dengan bekam.

Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20.

Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.

Kepada yang berminat untuk melakukan rawatan Bekam Al Hijamah boleh hubungi kami di:

PUSAT RAWATAN KECANTIKAN & TERAPI HOLISTIK
YOYOY KAMPHORA SPA
No.19-1,
Jalan PGN-1A/1,
Jalan Pinggiran Batu Caves,
68100 Batu Caves, Gombak

Telefon :
03-4146 4378
03-6184 1455
012-308 4479

Email : mail@yoyoyspa.com
Website: www.yoyoyspa.com

10 a.m. - 9 p.m. : Isnin - Sabtu
10 a.m. - 7 p.m. : Ahad

Sheikh Al-Azhar meninggal dunia



KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi, seorang tokoh kontroversi di Mesir meninggal dunia semalam di Arab Saudi kerana diserang sakit jantung semasa menaiki sebuah pesawat, kata satu kenyataan akhbar.

Menurut agensi berita Mena, Sheikh Dr. Mohamed yang merupakan ketua Universiti Al-Azhar di Mesir berada di Riyadh untuk menghadiri anugerah Raja Faisal.

Syeikh Dr. Mohamed yang berumur 81 tahun itu menaiki sebuah pesawat pada awal pagi apabila beliau diserang sakit dan jatuh di tangga pesawat, lapor sebuah stesen televisyen Mesir.

Beliau kemudian dihantar ke Hospital Amir Sultan di Riyadh apabila doktor-doktor mengumumkan kematiannya.

Seorang pegawai Mesir memberitahu agensi berita AFP bahawa Sheikh Dr. Mohamed meninggal dunia kerana serangan jantung.

Menurut seorang anak lelakinya, Amr tantawi, berita kematiannya itu merupakan satu kejutan.

"Pihak keluarga memutuskan bahawa selepas tuhan memilihnya untuk meninggal dunia di tanah Arab Saudi, beliau akan dikebumikan di kawasan perkuburan Al-Baqie di bandar suci kedua, Madinah," katanya.

Sheilh Dr. Mohamed dilantik menjadi ketua Universiti Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996.

Universiti Al-Azhar ditubuhkan pada abad ke-10 Masihi.

"Dunia Islam dan Arab telah kehilangan seorang ahli cendiakawan yang telah mendedikasikan kerja-kerjanya dan kepada setiap perkara yang mempunyai kebaikan untuk Islam, " kata Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan.

Ulama yang bercakap dengan nada lembut itu dan mempunyai janggut yang dinipiskan kerap dilihat memakai serban tradisi Universiti Al-Azhar yang berwarna putih.

Beliau merupakan tokoh yang kontroversi di Mesir.

Fatwa yang dikeluarkan melibatkan pelbagai topik seperti niqab, pengguguran bayi, serangan berani mati, wanita sebagai ketua solat dan berkhatan di kalangan wanita.

Namun, fatwa yang dikeluarkannya itu kerap mencetuskan perdebatan dalam dunia Islam.

Kebanyakan pihak menganggap beliau sebagai seorang kakitangan pemerintah yang berpindah ke Universiti Al-Azhar dengan tugas untuk menyebarluaskan budaya dan agama Islam di seluruh dunia sejajar dengan dasar pemerintah mesir.

"Beliau merupakan ketua Al-Azhar yang paling lemah kerana Sheikh Dr. Mohamed menganggap dirinya sebagai seorang kakitangan kerajaan," kata seorang penganalisis politik dan Islam, Kamal Habib.

Pada Oktober tahun lalu, satu perdebatan hangat berlaku selepas beliau melarang niqab iaitu pakaian yang menutup seluruh wajah perempuan di semua sekolah dan kediaman yang bersekutu dengan Universiti Al-Azhar kecuali di kelas yang mempunyai guru lelaki.

Banyak fatwa yang dikeluarkannya turut menjadi kontroversi.
Pada 2003, beliau menyatakan serangan berani mati ialah musuh kepada Islam.
Sheikh Dr. Mohamed turut menyatakan pelampau merupakan musuh kepada Islam.

Selepas serangan 11 September 2003, Sheikh Dr. Mohamed berkata: "tidak ada keberanian dalam apa jua cara untuk membunuh seorang individu yang tidak bersalah atau membunuh ribuan orang termasuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak."

Beliau turut menolak desakan ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin laden berhubung satu perang jihad menentang Barat.

Baru-baru ini, satu majlis yang diketuai oleh ulama-ulama Islam yang diarahkan oleh beliau pada Januari lalu menyokong pembinaan halangan bawah tanah di sempadan Gaza, Palestin bagi menghalang penyeludup membawa barangan.

Pembinaan sekatan bawah tanah itu mencetuskan kutukan daripada pemimpin-pemimpin Hamas yang menguasai Gaza.

Sekatan bawah tanah itu ialah bagi menghalang barang-barang seperti makanan dan minyak termasuk senjata diseludup masuk ke Gaza.

Pada 2008, beliau mencetuskan kontroversi kerana berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Peres pada satu persidangan agama.

Sheikh itu yang mempunyai tiga anak dilahirkan pada 1928 di kampung Salim di wilayah Sohag kira-kira 290 kilometer ke selatan bandar raya Kaherah.

Pada 1966, beliau lulus dari Fakulti Teologi, Unievrsiti Al-Azhar.

Wednesday, March 10, 2010

Dato' Chef Wan

Chef Wan holds many tags and roles – professional chef, ambassador, actor, motivator, speaker, host, coach, critic, entrepreneur and author. All these from one thing he is good at – food. Food makes him famous. Food makes him rich. Food makes him travel all over the world.

He has to date cooked for many famous personalities which include the Sultan of Brunei as well the former US President, Bill Clinton. But he is not just good at making great food; he owns this unique persona that will mesmerize his audience and make them wish they can watch him all day long. His old style of mak-nenek-nagging never fail to captivate people. In short, he is one hell of a celebrity.

He is considered Malaysia’s answer to Britain’s Jamie Oliver and America’s Martha Stewart.

Not many people know the fact that the Singapore-born cook was a qualified accountant but due to his deep interest in cooking, he quit his accounting profession, learned cooking and become a professional chef. He knew there had to be some turning point in his life and that happened 17 years ago.

Even though he knew his decision would disappoint his father back then but he could no hold back his passion and was no longer willing to lie to himself. As an accountant, he was dressing the corporate suit and tie but deep in his heart it is not the kind of life and work style he had wanted. Seven years working for a bank made him felt enough is enough. He was desperate for a career change and wanted to do something he loves and that is going to be food. He is a living testament of ‘Cherish your passion, follow your heart, do what you love to do, and the money will follow.
Chef Wan MalaysiaLooking back at the turning point, no one will argue that Chef Wan never regretted his decision to switch profession. Even though he was made to go back to school toiling with all the kitchen stuff and at the same time funding his own studies, the reward is fulfilling.

Chef Wan, whose full name is Redzuawan Ismail, graduated from California Culinary Academy, San Francisco, United States with a degree in Professional Chef Training and Hotel Management. He also holds a Diploma from the Ritz Hotel, Paris, France.

For the past decade or so, he has been a familiar face in the international arena, representing Malaysia as ambassador in food expo and tourism exhibitions around the world. He has appeared in worldwide news and programs such as in CBBC Asia, CNN, Channel News Asia and so on.

At 49, he is now living to taste the by-products of his own sacrifice in the form of interviews, VIP invitation, brand ambassador appointments, luxurious penthouse, and reaping royalties from his shows and best selling books.

Pembunuh perdaya 6,000 wanita


LONDON - Dengan menggunakan pelbagai laman perkongsian sosial di Internet, seorang perogol bersiri, Peter Chapman telah memperdayakan lebih 6,000 wanita termasuk gadis dengan menyamar sebagai seorang lelaki kacak yang tidak memakai baju, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Chapman yang berusia 33 tahun dan berkepala botak itu mempunyai lebih 6,000 rakan wanita dalam 10 laman rangkaian sosial di Internet seperti Facebook dan Bebo.

Menamakan dirinya sebagai Peter Cartwright, dia memberitahu umurnya 17 tahun, bujang, seorang pembuat tingkap dan DJ sambilan dari Liverpool.

Dia berjaya menipu seorang remaja berusia 17 tahun, Ashleigh Hall untuk berjumpa dengannya di Sedgefield pada Oktober tahun lalu.

Lelaki itu yang wajah asalnya memakai cermin mata itu kemudiannya menculik, merogol dan membunuh jururawat pelatih tersebut.

Chapman kemudian mengaku melakukan perbuatan itu ketika dibawa ke balai polis Middlesbrough sehari selepas kejadian.

Dia mula menjalani hukuman 35 tahun penjara kelmarin kerana kesalahan tersebut.

Ashleigh ada memberitahu ibunya bahawa dia mahu tidur di rumah rakannya sedangkan dia pergi berjumpa Chapman. Beberapa jam kemudian, mayatnya ditemui di sebuah jalan ladang. Jurucakap Facebook dalam satu kenyataan memberitahu: "Kami sangat sedih di atas kematian tragik Ashleigh Hall."

Chapman mempunyai personaliti yang mesra semasa berhubung dalam rangkaian sosial untuk meyakinkan mangsanya.

Dia sebelum ini pernah dipenjara selama tujuh tahun kerana merogol dan merompak dua pelacur.


Bagi membuatkan gadis-gadis membalas mesejnya, Chapman menghantar mesej rakan-rakannya yang meletakkan rating pada dirinya sebagai '10 daripada 10'.

Seorang gadis yang melihat gambar tersebut menghantar mesej: "Wwoooooowwwwww awak sangat seksi dan hampir membuatkan saya memberikan markah 10."

Malah, ada beberapa orang gadis yang ditanya dengan soalan-soalan berani seperti: "Adakah awak akan mengadakan hubungan seks dengan saya pada malam pertama berjumpa dengan saya?

"Adakah awak kisah jika kita melakukannya seperti seorang bintang porno?"

Seorang ibu beranak tiga berusia 39 tahun memberitahu Chapman seorang yang boleh berubah menjadi ganas jika permintaannya ditolak.

"Jika tidak membatalkan perjumpaan dengannya pada saat-saat akhir, dia mungkin telah merogol dan membunuh saya," katanya.

Seorang lagi wanita mengakui dia ada melakukan hubungan seks dengan Chapman hanya selepas beberapa jam berjumpa dengannya.

"Dia (Chapman) memberitahu ada berhubung dengan ramai wanita di Internet, tetapi tidak pernah bertemu dengan sesiapa pun."

Seorang lagi wanita berusia 46 tahun dari Chippenham juga mendedahkan bahawa Chapman meminta dia mengajak kawannya untuk melakukan hubungan seks bersama.

"Saya memberitahu kepadanya, saya tidak suka. Saya tidak percaya pernah tidur dengannya. Ia membuatkan saya berasa kotor," katanya yang tidak lagi berjumpa dengan Chapman dan terkejut dengan berita penangkapannya.

Semalam, Facebook mengeluarkan amaran dengan menggesa penggunanya supaya tidak berjumpa mereka yang tidak dikenali dan hanya diketahui menerusi Internet, selain menjadi lebih berhati-hati.

Ibu Ashleigh, Andrea meminta ibu bapa untuk bertanya anak-anak dengan siapa mereka berbual dalam talian. Andrea juga menyatakan adalah terlalu mudah untuk laman sosial itu disalah gunakan oleh golongan gila seks.

Ibu kepada orang lagi anak perempuan berumur antara satu hingga enam juga menegaskan tidak akan membenarkan mereka menggunakan Internet untuk berbual dengan rakan-rakan kerana risikonya amat tinggi.

Beliau mengkritik pihak polis kerana gagal memberi amaran mengenai Chapman selepas penjenayah itu hilang daripada 'radar' mereka selama lebih setahun.

"Saya sangat kecewa dengan sistem sedia ada. Sepatutnya ada cara yang lebih baik untuk memantau para pesalah seks," kata Andrea.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...