Kalau benar seperti yang didakwa, penyanyi terkenal, Allahyarham
Izwan Pilus adalah selebriti kedua tanah air yang meninggal dunia kerana
dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis. Seorang penyampai radio popular yang juga personaliti televisyen,
Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi juga sebelum
ini meninggal dunia kerana disyaki dijangkiti virus yang sana. Sebenarnya kita sebelum ini jarang mendengar jangkitan sebegitu kerana ia jarang berlaku. Tetapi hakikatnya, penulis difahamkan yang ia bukanlah asing kepada penduduk negara ini. Kita pernah dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan
enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau
Pinang. Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam
Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam pesawah (Rice-field
fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam
Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.
Menerusi sebuah artikel yang pernah penulis baca, leptospirois
berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira
interrogans.’ Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia. Jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika.
Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya
merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu
dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii.