Thursday, November 12, 2009
The Return of Namewee (TNB Version)
Ni kejadian kat Muar, black out satu malam tu, so si Namewee ni tak puas hati. Die buat la video ni.
Rahsia Dahi..
Dahinya agak luas dan seolah-olah 'benjol' ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak 'buruk' rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu?
Sebenarnya mereka ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat.
Selain itu,mereka juga pandai bergaul dan menempatkan diri mereka di dalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan 'burung' di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni.
Tapi usahlah setia 'membuta' sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebab itulah mereka perlukan dorongan!
Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak 'mati' kalau hidup sorang- sorang pun.
Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak 'sempit'! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya.Sebaliknya,entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan kekasih! Kenapa yer....? Janganlah sedeh .jodoh dan pertemuan telah di tetapkan untuk semua insan. Akan datang jua padamu suatu hari nanti.
Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak 'lapang' dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak 'lebar' di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal 'simpan menyimpan' ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.
Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula, mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.
Dahi berbentuk 'M' atau 'hati'
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih 'serasi' dengan orang-orang yang 'sekepala' dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja 'rezeki' yang mereka Dapat. Dah nasib badankan!
Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu, mereka juga'mulut tempayan' dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu 'membuka'bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu 'satu dunia tahu',bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!
Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.
Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik 'over budget' saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!
Jadikanlah ia sebagai pengetahuan terkini untuk kita mengenali diri dan juga diri pasangan kita..semoga sahabat sekalian beroleh manafaat..InsyaAllah.
Be thankful of what you have...
Slumdog Millionaire - Antara Hiburan & Realiti
Slumdog Millionaire merupakan filem yang bagus pernah saya tonton, sebaris dengan filem-filem yang menceritakan realiti kehidupan di sebuah negara kapitalis yang memang menyengsarakan. Antara filem yang tak kalah tanding dengannya yang pernah saya tonton adalah filem ‘Daun Di Atas bantal’ (Indonesia) dan ‘Children Of Heaven’ (Iran). Semua cerita tersebut memaparkan kultur masyarakat yang sudah sinonim dengan kesengsaraan di atas penindasan sistem yang diterapkan ke atas mereka.Slumdog Millionaire, merupakan filem bajet rendah yang sangat profesional dalam susunan skripnya. Baik ketika adegan ‘flashback’, atau ketika adegan yang suspend. Semuanya masuk akal, dan tidak seperti filem-filem Hindustan yang memaparkan ‘karenah’ Hero yang selalu dimanjakan, atau seperti filem-filem Hollywood yang tak kalah seperti Bollywood. Lihat saja filem Mr & Mrs Smith, lakonan Brad Pitt dengan pasangannya Angelina Joliey ang mengisahkan pasangan suami isteri yang bekerja sebagai ajen perisik. Adegannya mantap, aksinya mengagumkan. Tapi, itu semua karut! Atau anda pernah menonton filem Baadshah, filem favourite saya satu ketika dulu (but not now) lakonan Shah Rukh Khan dengan aktresnya yang seksi dan jelita. Aduh, tidak perlu saya komen, kerana lumrah filem bollywood memang semuanya karut belaka. Bak kata kawan saya yang mengungkapkan satu anekdot lucu ketika dia kalah dalam permainan, “Ala, hero Hindustan biasalah, kalah dulu”. Ceh, Pigi Dah!
Persoalan yang ingin saya ketengahkan adalah, apakah filem-filem yang bagus tersebut, seperti Slumdog Millionaire yang telah memenangi 8 anugerah Oscar (UM 24/2/09), hanyalah dijadikan sebagai tontonan dan hiburan alias fakta yang tiada makna? Realiti yang dipaparkan di dalam filem tersebut, haruslah dijadikan fakta yang menunjukkan bukti, betapa peradaban manusia kini akan selamanya jauh dari rahmat, ketika mana diterapkannya sistem yang selain daripada islam. Sistem yang tidak menjamin kesejahteraan dari seluruh aspek. Namun hanya memberi manfaat pada segelintir individu yang mendominasi kekayaan dan pengaruh dalam sebuah negara Kapitalis di mana-mana.
Kontra
Maaf, saya bukanlah hendak memuji setinggi gunung filem SM ini, kerana jika kita teliti dan peka terhadap perjalanan filem ini, ada adegan yang tidak disenangi oleh saya. Adegan tersebut adalah tatkala ibu Jamal Malek (watak utama filem ini) terbunuh dalam satu rusuhan antara 2 agama iaitu Islam dan Hindu. Si jamal Malek, berkata; "kalaulah bukan kerana RAMA dan Allah, tentu aku masih mempunyai seorang ibu" (lebih kurang begitu). Kalimat tersebut nampak sederhana bagi orang yang tiada punya sensitiviti dan pemikiran islam yang jitu. Tapi, bagi saya tidak. Bagi teman-teman seperjuangan juga tidak. Kalimat tersebut sangat mendalam dan mempunyai maksud menghina AGAMA secara langsung. Saya berasa getaran kalimat tersebut, yang sangat-sangat menghinakan AGAMA. Termasuklah TUHAN yang Maha Esa. Apakah benar demikian? sepertimana dakwaan Jamal Malek? Tentu saja tidak! Allah SWT adalah zat yang maha agung dan Maha adil terhadap hamba-hambanya. Kalaulah benar, si Jamal Malek seorang yang beriman dan bertakwa kepada ajaran agamanya (Islam), tentu dia tahu bahawa ucapannya itu akan mengundang padah di sisi allah SWT. Bahkan, jika wujud Negara Islam, dia bakal dihukum sesuai dengan ketentuan syara', dan filem tersebut juga tidak akan berjaya tembus ke dalam pasaran filem setelah diharamkan oleh Negara Islam (Khilafah Islamiyah)
Oleh dari itu, sebagai, manusia yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulnya, seharusnya kita memulai langkah untuk menyedarkan umat manusia, baik yang muslim atau non-muslim agar kembali semua kepada syariat islam yang sememangnya sistem yang menjadi dambaan umat manusia yang inginkan rahmat di dalam hidupnya. Menjadikan islam sebagai sistem yang utuh dalam penerapannya. Bukan separuh-separuh seperti mana yang dilakukan oleh penyeleweng-penyeleweng ahli kitab yahudi dan nasrani.
Allah SWT berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya. Dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu,” (TQS Al-Baqarah[2]: 208)
“Tidaklah Kami mengutus engkau kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.” (TQS Al-Anbiya[21]: 107)
Ibnu Abbas radliyallahu `anhu berkata tentang ayat ini: “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka Allah tuliskan baginya rahmat di dunia dan akhirat. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka pun mendapat rahmat dengan datangnya Rasul yaitu keselamatan dari adzab di dunia, seperti ditenggelamkannya ke dalam bumi atau dihujani dengan batu.” (Tafsir Ibnu Katsir 3/222)
Maka dari itu, takutlah kita kepada Allah SWT. Kita bakal berdepan dengan Allah SWT di akhirat kelak. Jawapan apa yang bakal kita berikan kepadaNya, padahal kita di dunia tidak sesekali memperjuangkan wahyu yang disampaikan oleh Rasul tercinta. Mulailah niat dan langkah untuk kita segera kembali kepada ajaran islam secara syumuk dak kaffah dalam kehidupan.
Wallahu’alam…
** paling suke tengok babak
1. nak mintak autograf amintha bachan
2. abang hero walaupun gangster tapi still semayang
Tauliah..
Malaysia kini sedang menceritakan tentang isu tauliah. Mengikut JAIS ada 4 kategori pentauliahan. D2 - Mengajar Kitab ( Kitab agama Islam je tau....kitab Art of War ke takde gak )
D3 - Fardu Ain
D4 - Mengajar Quran
Saper2 yang takde tauliah, kalau kene tangkap boleh disabitkan kesalahan masuk penjara 2 tahun dan denda RM 3000.. So, sape nak check boleh la ke www.jais.gov.my..... >>>>>>ku dah check tapi tak leh masuk lak...kene hack kot>>>>>>
Kalau ikut peraturan nak ajar Quran, kena ader tauliah..tapi ape nak buat...kami pun baru tau selepas di POPULAR kan oleh kes Dr Asri.... Kalau nak ajar anak sendiri baca Quran takpela takde tauliah....pengecualian, anak orang lain tak boleh la....ni ikut JAIS la....................
Nanti korang check la kat tempat korang...kat Gombak ke Selangor ke...Kuala Lumpur ke...Batu Caves ke...Ulu Yam ke...Selayang ke...penting ni...Bekas Mufti pun boleh kena tangkap tuuuuuuuuuuuuuuu..................
p/s: cadangan dari kami untuk meningkatkan populariti forum agama islam terunggul di Malaysia iaitu Forum Perdana Ehwal Islam iaitu dengan mengadakan muzakarah diantara Dr. Asri dan Pengarah JAIS.....
Tips Kesihatan dan Kecantikan Wanita 30an
Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan dirumah, kebanyakan wanita selalunya kesuntukan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat sahaja seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk ” merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri. Contohnya ke spa kecantikan untuk merawat wajah dan badan agar sentiasa anggun.
Semuga sedikit tips yang kami kongsikan bersama anda disini diharap ia dapatlah membantu wanita terutamanya yang berusia 30an “me’maintain’kan” kesihatan dan keterampilan diri agar tetap yakin dalam setiap langkah sepanjang hari anda.
Kawallah pemakanan proses penuaan agar dapat dilambatkan, sekiranya anda mengamalkan pemakanan yang seimbang. Jika boleh perbanyakkanlah makanan yang berserat tinggi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dan hindarilah juga dari makanan yang berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan. Tapi untuk sesekali tidak mengapalah yea..
Apabila umur anda telah menjangkau 30an ketahuilah bahawa anda digalakkan menggunakan pelembap yang sesuai dengan umur anda. Ini adalah untuk keanjalan dan kelembapan kulit anda yang semakin berkurangan. Disini kami sarankan agar anda mencarilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan bahawa krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit anda. Hati anda berhati-hatilah dalam memilih produk kecantukan diluar sana. Jangan mudah tertipu..
Cuba elakkan raut muka anda dari terus terkena pancaran matahari. Jangan biarkan muka anda terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Ini kerana pendedahan kulit muka yang terdedah lama pada cahaya matahari boleh menyebabkan kulit anda menjadi gelap, bahkan ia juga boleh mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
Sentiasa bersenam setiap hari kerana ia mampu meningkatkan tahap keupayaan dan kesihatan anda. Pastikan anda melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun dari tidur. Dan jika anda berkesempatan, lakukanlah senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tahukah anda dengan bersenam mengikut jadual yang tetap ia akan membuatkan badan dan minda anda lebih cerdas. Bahkan tidur anda juga lebih lena.
Digalakkan minum banyak air kerana ia mampu memperlambatkan proses penuaan dan kekeringan kulit pada wajah dan tubuh badan anda. Tahukah anda bahawa jika tubuh badan kita kekurangan air ia boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain dari itu, air juga penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
Makanan tambahan seperti pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30an. Kebanyakan wanita kesibukan tugas ditempat kerja, rumah menyebabkan sebilagan wanita dimalaysia ini jarang mengambil atau mengamalkan pemakanan yang seimbang. Jadi untuk menyelesaikan masalah anda Suri cadagankan pengambilan vitamin yang boleh membantu anda lebih cerdas dan sihat sentiasa.
Elakkan pemakaian mekap yang tebal kerana wanita yang berusia lingkungan 30an seelok-eloknya anda gunakanlah mekap yang tatariasnya tampak nipis dan sederhana sahaja. Di sini kami sarankan agar anda cubalah mengelakkan diri dari memakai foundation yang agak terlalu tebal serta lipstik yang menyala kerana ia akan menampakkan wajah anda akan kelihatan lebih tua dan garang!
Janganlah lupa untuk menunaikan solat lima waktu juga kerana setiap gerak solat tersebut boleh membantu tahap kesihatan anda lebih optimum lagi. Bahkan dengan mendekatkan diri juga jiwa anda akan merasan tenang sekali gus akan menghilangkan stress pada diri…
Keterampilan yang positif dan ceria haruslah diamalkan selalu kerana ia akan mencerminkan aura dalam diri yang sentiasa tenang dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Katahuilah bahawa dengan pemikaran yang sihat akan membantu anda membina keyakinan diri yang baik. Disamping penjagaan anda kepada yang tersayang juga akan terjamin. Ingatlah bawa sentuhan anda amat bernilai dalam sesebuah rumahtangga. Tanpa anda berkemungkinan perjalanan kehidupan akan terganggu..
SAYANGILAH DIRI DAN KELUARGA
Wednesday, November 11, 2009
Wanita...
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Monday, November 9, 2009
Tips bagaimana untuk menjadi orang yang cemerlang
Berikut adalah kandungan email yang beliau hantar kepada saya.
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu malaysia.
Jutaan terima kasih buat saudara yang tak putus-putus menghantar e-mail buat saya. Dengan besar hati saya amat menghargainya. Di sini saya nak tanya saudara kot2 ada tips menjadi remaja cemerlang (personaliti/ keterampilan, sahsiah, konsep kendiri) untuk dikongsi dengan adik remaja di luar sana. Semoga segalanya diberkati olehNYA yang Maha ESA. Terima kasih…
Baiklah, bagi memenuhi permintaan beliau. Saya akan cuba untuk kongsikan beberapa tips yang dapat saya fikirkan (mengikut pandangan dan pendapat peribadi saya).
Pada pandangan saya, untuk menjadi cemerlang, seseorang remaja (bukan hanya remaja sebenarnya, tapi kita semua) mestilah ;
1. Faham betul-betul tentang maksud, tujuan dan matlamat hidup
Ini paling asas dan paling penting pada saya. Sebab kalau kita faham betul-betul apakah maksud, tujuan dan matlamat hidup kita atas dunia ini, maka kita tahu apa hala tuju kita. Kita tahu apa yang kita kejar.
Maka takde la kita tersesat dan melencong kepada perkara-perkara yang sia-sia.
Apabila kita tahu maksud hidup kita, maka kita akan lebih fokus. Kita akan jadi lebih tabah, lebih tetap pendirian dan lebih matang. Kita tidak akan melakukan perkara yang sia-sia dan menghargai masa, tenaga, wang ringgit dan segala nikmat yang Allah kurniakan.
Makanya, kita mesti benar-benar faham akan maksud dan matlamat hidup kita atas dunia ini.
Persoalannya sekarang, apakah maksud, tujuan dan matlamat hidup kita? Adakah kita sudah benar-benar tahu dan faham?
2. Taat semua perintah Allah dan tinggal semua larangan dan jauhi benda-benda yang haram dan yang syubhah
Tips kedua ini sebenarnya saling berkaitan antara tips yang pertama tadi tu. Kalau anda orang Islam, maka saya rasa tak payahlah saya nak huraikan panjang-panjang perkara ini. Cukuplah saya katakan bahawa, kita orang Islam ni, kejayaan kita bukanlah diukur sejauh mana cemerlang dan berjaya nya kita atas dunia ini saja.
Apalah gunanya kejayaan dan kecemerlangan kita atas dunia ini, kalau kita seorang yang sering ingkar perintah Allah dan melakukan perkara-perkara yang Allah larang. Apalah gunanya diri kalau diri kita itu dimurkai oleh Allah, TUHAN sekalian alam ini?
Maka, tidak dapat tidak, untuk menjadi orang yang cemerlang, maka kita mestilah berusaha mendapatkan redha Allah dengan melakukan semua perintah yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarangNYA.
3. Taat dan buat baik dengan ibu bapa
Untuk dapat redha Allah, maka kita kena dapat redha ibu bapa dulu. Macammana nak dapat redha ibu bapa?
Buatlah apa yang menggembirakan mereka, dengar kata mereka, jangan bantah cakap mereka, bersopan santun dan sentiasa menghormati mereka, tidak sekali meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka, buat mereka bangga dan selalu mendoakan mereka. Pendek kata, kita mesti sentiasa jaga hati mereka. Senyum dan berlemah lembut lah dengan mereka. Buatkan mereka berasa besar hati dengan kita.
Sekiranya kita berjaya mendapatkan redha ibu bapa kita, insyaAllah hidup kita pasti akan diberkati dan dirahmati oleh ALLAH Ta’ala. Apabila hidup kita diberkati, maka apalagi yang kita mahukan?
Pada saya, ini adalah pra-syarat yang MESTI dipenuhi sebelum seseorang itu diiktiraf sebagai orang yang cemerlang.
Untuk jadi cemerlang, kita mesti bijak merancang. Kita mesti ada target dan pelan tindakan untuk mencapai target. Apa target kita dalam pelajaran, dalam hidup? Apa yang ingin kita capai? Dan apakah pelan tindakan kita untuk mencapat target-target tersebut?
Buatlah target dan perancangan yang jelas dan praktikal. Kena ada pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang. Sentiasa periksa progress atau kemajuan yang kita lakukan hari-hari, apakah ianya semakin dekat mencapai target atau terpesong jauh?
5. Sentiasa muhasabah diri
Kita ini manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Muhasabah lah diri. Peruntukkan sedikit masa setiap hari untuk periksa dan muhasabah diri kita setiap hari.
Apakah yang kita lakukan hari ini? Apakah ada kesilapan yang telah kita lakukan? Ada tak kita melukai hati atau menyakiti orang lain? Ada tak kita mengumpat dan mengutuk orang? Adakah solat kita sempurna? Adakah masa kita terbuang dengan sia-sia?
Beristighfarlah dengan kesilapan dan kelemahan yang kita telah lakukan. Minta ampun dengan Allah atas semua kesalahan kita. Bertaubatlah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan, samaada yang sengaja atau yang tidak sengaja. Berazamlah sungguh-sungguh untuk kita tidak mengulangi kesilapan kita. Mohonlah pada Allah supaya memberikan kekuatan dan hidayah kepada kita untuk melakukan perkara-pekara kebaikan.
Sekian, cukuplah 5 tips ini dulu yang dapat saya kongsikan buat masa ini. Saya rasa, kalau kita dapat amal 5 tips ini pun, insyaAllah kita boleh menjadi orang yang cemerlang. Bukan cemerlang dunia saja, tapi lebih-lebih lagi cemerlang akhirat insyaAllah.
Mungkin ada yang kata, alaaa semua tips ni saya dah tahu. Semua apa yang diterangkan ini saya dah tahu lama dah.
Persoalannya sekarang, sejauh manakah kita praktikkan apa yang kita tahu? Bukankah ilmu yang tidak diamalkan itu diumpakan seperti pokok yang tidak berbuah?
Isunya sekarang, bukan banyak mana yang kita tahu, tetapi banyak manakah yang kita amal dan praktikkan. Tak gitu? Apa kata anda?
Wednesday, November 4, 2009
Fikiran Positif Kerjanya Membina
Kajian sains mengakui bahawa minda yang berfikiran positif adalah lebih produktif dan lebih kreatif kerana energi yang terbit dari minda berarus positif membuat kita bertenaga sepanjang masa. Apatah lagi bila seseorang berada dalam emosi yang tenang maka bertambah-tambah produktif lagi jadinya.
Buat kerja hepi saja, turun gi kerja pun bersemangat, tetiba rasa seronok bekerja. Jika tiap hari leh camni, maka tak mustahil orang tu boleh muncul menjadi insan cemerlang.
Kesilapan kita ni adalah kurang menjaga fikiran positif yang dah terbina. Betullah, fikiran negatif lebih senang bersarang dari fikiran yang positif. Sebabnya salah satu, kita dikelilingi orang-orang yang berfikiran negatf lagi menegatifkan.
Tapi ketahuilah, itu semua bergantung pada keputusan kita jugak. Kalo kita nak fikiran negatif menguasai kita, maka itulah yang akan jadi. Kalo nak fikiran positif menguasai kita, maka itu jugaklah yang akan terjadi. Sekali lagi, keputusan kita kena kuat, tak senang berubah-ubah. Fikiran positif kerja dia membina. Fikiran negatif keje dia memusnahkan.
Set Imej Diri Positif Untuk Kejayaan Diri
Imej diri adalah persepsi kita pada diri sendiri. Cuba lihat cermin. Apa yang Anda lihat dan pendapat Anda tentang diri sendiri saat Anda menatapi cermin, itulah ibarat imej diri.
Mengikut eBook Magnet Rezeki di muka surat 47, imej diri adalah cara Anda melihat diri sendiri, berfikir, mengenal diri sendiri dan ianya juga disebut sebagai cermin diri.
Setiap kali kita melihat cermin, tentu akan hadir perasaan-perasaan seperti bangga, suka, hebat, yakin, tidak bahagia, bermasalah, pemalu, kurang bermaya atau kurang bersemangat.
Sekiranya Anda melihat diri Anda sebagai seorang yang berjaya dan Anda percaya Anda mampu mencapainya, maka secara automatik diri Anda akan terdorong untuk bertindak seperti orang yang berjaya.
Ia juga berlaku sebaliknya. Saat Anda duduk sorang-sorang pastu terbayang kegagalan dalam fikiran Anda, maka Anda sedang mewujudkan imej diri negatif.
Di dalam gambaran itu Anda melihat diri Anda sebagai seorang yang gagal, kemudian timbul perasaan bersalah, geram dengan kegagalan, rasa tertekan dan gusar, maka secara automatik diri Anda terdorong untuk bertindak seperti orang yang gagal.
Orang yang gagal suka duduk terceruk di satu sudut, asyik meratapi kegagalannya dan menyalahkan diri sendiri, orang sekeliling dan keadaan, tetapi tidak mengambil keputusan utuk berubah serta merta. Itulah sikap orang gagal, kita boleh lihat di mana-mana saja.
Imej diri positif membuat Anda berjaya, kerana ia menarik situasi-situasi yang membuat Anda semakin hampir dengan kejayaan, lalu terus menerus berjaya selagi Anda terus menerus melihat diri Anda berjaya, sentiasa berjaya.
Imej diri negatif membuat Anda gagal, kerana ia menarik situasi-situasi yang membuat Anda semakin dekat dengan kegagalan, lalu terus menerus gagal selagi Anda terus menerus melihat diri Anda gagal, sentiasa gagal.
Pilihan sentiasa ada di tangan kita. Nak pilih baik, atau nak pilih yang buruk.
Kekadang kita membuat pilihan salah tanpa kita sedari, hanya kerana kita terlalu ikutkan emosi. Imej diri yang timbul di fikiran, hanya ada satu imej pada satu-satu masa saat kita berfikir. Takkan ada dua imej diri (positif dan negatif) dalam satu masa yang sama.
Anda pula, apa yang Anda selalu fikirkan tentang diri sendiri saat bercermin di waktu pagi?
Katakan Anda boleh berjaya (bahkan ada potensi untuk berjaya), berikan senyuman pada diri sendiri kerana secara automatik, ia akan membuat Anda jadi cukup bersemangat.
Tak biasa buat camtu? Ubah diri Anda hari ini, untuk kecemerlangan Anda sendiri juga. Bukan orang lain.
Tuesday, November 3, 2009
Sentiasa Senyap @ Sentiasa Bercakap
Senyap merupakan satu perbuatan yang tidak mengeluarkan kata-kata atau bahasa mudahnya tidak menggunakan mulut untuk berkomunikasi mahupun bercakap. Bercakap pula sebalik daripada kesenyapan. Bercakap adalah satu perbuatan mengeluarkan kata-kata untuk berkomunikasi atau menyampaikan maklumat mahupun infomasi yang bernas.
Kesenyapan bukan bermaksud tidak boleh bercakap tapi berupaya bercakap. Tetapi tidak mahu bercakap ataupun menjadikan dirinya tidak bercakap kerana lebih suka mendiamkan diri mahupun suka mendengar.
Manakala bercakap bukan sentiasa bercakap sepanjang masa. Ini mungkin atau tidak mungkin memberikan kelebihan kepada seseorang. Sentiasa bercakap bukan sahaja disukai ramai mahupun yang bersenyapan. Tapi kenalah berupaya menyesuaikan diri dalam seseuatu keadaan.
Jika bercakap mungkin untuk menonjolkan diri sama ada untuk mengambil perhatian, atau berlagak untuk menunjuk-nunjuk mahupun untuk mendominasikan sesuatu keadaan.Kesenyapan bukan untuk merendahkan diri mahupun untuk menjadikan diri sebagai orang yang tidak penting. Golongan ini juga mampu bercakap sama atau lebih daripada orang yang bercakap.
Orang yang banyak bercakap tidak semesti memberikan input yang baik malah terlebih bercakap akan memburukkan keadaaan jika tersalah cakap. Bak kata pepatah “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya“. Mungkin ini yang dipegang oleh golongan kurang bercakap. Mungkin huja untuk mendakwa minta maaf itumudah untuk mengundurkan semula kata-kata tapi bukan mudah untuk diterima.
Berbanding orang yang diam kerana mereka ini lebih suka berfikir dahulu untuk mengeluarkan kata-kata untuk memberi cadangan mahupun buah fikiran. Mereka ini lebih berhati-hati mengeluarkan kata-kata. Mereka lebih jaga bahasa mereka untuk tidak menyentuh perasan pendengar kerana bahasa mampu menguris hati manusia sehingga mampu mengingati sampai akhir hayat.
Jika dilihat mungkin ada kelebihan dan kekurangan yang ada disetiap golongan ini. Jika terlebih cakap mungkin akan menjadikan lebih tidak bermakna mahupun akan bermakna untuk ramai orang. Jika tidak akan dipandang serong kerana tidak menepati kehendak orang yang mendengar. Bukan mudah untuk mencapai kepuasan pendengar. Jika bercakap mesti kena mengikut kehendak pendengar buka ikut sedap mulut untuk kepuasan sendiri. Oleh itu harus sentiasa berhati-hati bila bercakap. Jadi hati-hati berbahasa dan jaga kesopanan berbahasa demi orang sekeliling.
Hakikat Penyakit Riak
"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."
Pengertian riak
Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.
Perkara yang diriakkan oleh manusia;
1. Riak dari segi badan
2. Riak pada pakaian
3. Riak dengan perkataan
Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata-kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.
4. Riak pada amalan
Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.
5. Riak dengan ramainya murid dan pengikut
Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.
Peringkat Riak
1. Riak Akbar
2. Riak Asghar
3. Riak Jali (yang terang)
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.
4. Riak Khafi (yang tersembunyi)
Riak ini pula tersembunyi di dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.
Punca Riak
Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah;
1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.
2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.
3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.
Bagaimana mengelakkan sifat riak?
Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;
1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.
2. Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.
3. Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.
4. Menanamkan di dalam diri bahawa melakukan sesuatu perkara kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu patut dijauhkan.
Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnyaperasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.
Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.




