KUALA LUMPUR: Tiga juta orang telah menyertai usaha sebuah
pengendali satelit bagi mengesan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia yang masih
hilang dan ianya merupakan satu usaha terbesar melibatkan bantuan orang awam.
Firma pengendali satelit, Digital Globe pada Isnin
memberitahu bahawa lokasi pencarian kini telah merangkumi 24,000 kilometer per
segi (9,000 batu per segi) dan setiap hari banyak imej-imej baru telah
dimasukkan termasuk kawasan terbaru di Lautan Hindi.
Menurut mereka lagi, selain lebih dari tiga juta orang telah
menyertai program tersebut, 257 juta "map views" manakala 2.9 juta
orang pula telah "tagged" kawasan-kawasan dalam peta tersebut.
Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu
terputus komunikasi dan hilang dari radar menara kawalan sejak 8 Mac lalu dan
ianya membawa kepada gerakan mencari besar-besaran dari Asia Tenggara hinggalah
ke Lautan Hindi melibatkan agensi-aganesi penyelamat antarabangsa.



