KAJANG: Ketua PKR Subang, R Sivarasa menyatakan bahawa
juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah
adalah ahli seumur hidup parti itu.
Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang berkata, Zaharie
mendaftar sebagai ahli PKR Cabang Subang sejak 23 Januari tahun lalu.
"Beliau juga membantu kami pada pilihan raya umum
lalu," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama parti itu di sini,
hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menafikan laporan akhbar
Britain, The Daily Mail yang antara lain menyatakan Zaharie adalah 'fanatik
politik' yang menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Laporan itu turut mendakwa Zaharie, 53, menghadiri kes Anwar
pada Jumaat minggu lalu sebelum sebelum penerbangan MH370 pada 12.40 tengah malam
Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Sivarasa menyatakan Zaharie tidak berada di
mahkamah ketika keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan.
No comments:
Post a Comment