Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts
Monday, April 21, 2014
PETUA KEMPISKAN PERUT
Pilihan 1:
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .
2. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)
3. Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.
Pilihan 2:
1. Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
2. Embunkan semalaman.
3. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.
Pilihan 3:
1. Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.
2. Minum air setelah selesai makan
3. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.
Pilihan 3: Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah dengan mencampurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan 1 sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan tersebut pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
Pilihan 4: Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Pilihan 5: Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
Friday, February 7, 2014
10 Makanan Yang Membakar Lemak
Petua Kesihatan:
Berikut adalah 10 Makanan Yang
Membakar Lemak
1. Oat :
Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang
hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang
membantu dan menstabilkan tahap kolesterol .
2. Telur:
Telur adalah sumber yang kaya dengan
protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan
membangunkan kolesterol baik .
3. Epal :
Epal diperkaya dengan antioksidan
yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi pektin yang
membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.
4. Green Cili :
cili hijau mengandungi Capsaicin
yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori
dalam masa cepat.
5. Bawang putih:
Bawang putih mengandungi Allicin
yang mempunyai ciri-ciri anti -bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak
dan membuang kolesterol tidak baik .
6. Madu:
Madu adalah salah satu yang terbaik
untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada
awal pagi .
7. Teh Hijau:
Teh Hijau adalah salah satu yang
paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia
mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita .Amik 2
cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.
8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS) :
Ia meningkatkan metabolisme dan
membantu untuk mengurangkan lemak.
9. Tomato :
Tomato membantu kita untuk membakar
lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari
kanser. Jadi Ambil tomato dalam diet anda secara berkala.
10. Coklat Gelap :
Coklat gelap mengandungi Flavonoid,
ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk
mengurangkan tahap kolesterol dalam
darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin
dalam darah dan juga membakar lemak.
Monday, September 9, 2013
Kekuatan Mental.
Kekuatan mental amat penting malah minda yang sihat mampu
menjana tenaga yang maksimum. Pernahkah anda terfikir mengapai jiwa anda stres
dan tidak tenang?
Cuba anda pejamkan mata, tarik nafas dan fikirkan apa yang
belum anda lakukan. Mungkinkah anda kurang memberi, bersedekah atau terlupa
menunaikan zakat.
Khasiat kopi dari segi kesihatan.
Khasiat kopi dari segi kesihatan:
1. Hidup lebih Lama
2. Mencegah Penyakit
3. Bersenam
4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik
5. Mencegah stroke
6. Kesihatan yang lebih baik
7. Mencegah Penyakit Gout
Kebaikan Memanah.
Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada
sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah
emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung,
sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar
atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian
melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik
kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.
Wednesday, August 28, 2013
Kebaikan senyum.
Senyuman & Awet Muda.
1. Senyum membuat kita lebih menarik
2. Senyum mengubah mood kita
3. Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum
4. Senyum dapat mengurangkan stress
5. Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh
6. Senyum menurunkan tekanan darah
7. Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit secara alami) dan serotonin
8. Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat Kamu terlihat lebih muda
9. Senyum membuat Kamu tampak sukses
10. Senyum membuat Kamu tetap positif
Petua Untuk Dapatkan Wajah Yang Gebu dan Licin Awet Muda
Petua Tradisional & Moden untuk cuci muka
1. Kacang Hijau (buat pencuci muka sendiri)
2. Susu tepung ( memutihkan muka + kecutkan jerawat + kulit gebu + flawless)
3. Oatmeal ( kurangkan redness+ irration+dryness+muka licin)
4. Garam (hilangkan kekotaran tebal+kulit berminyak)
5. Madu (jerawat+bintik hitam)
1) Kacang Hijau (buat pencuci muka sendiri)
▶ Ambil kacang hijau basuh bersih2 ⇨ tos sampai kering ⇨ kisar sampai halus ⇨ ambil sikit kacang hijau yang dah di blend tu ⇨ basahkan guna air sikit ⇨ gosok di muka macam pakai pencuci biasa.
▶ simpan dalam bekas kedap udara
▶ pakai sebelum tidur
▶ buat scrub pun boleh, tunggu sampai 15 minit
2) Susu tepung ( memutihkan muka + kecutkan jerawat + kulit gebu + flawless)
▶ bancuh susu tu pekat2 ⇨ tempek kat muka ⇨ 15 minit ⇨ bilas.
3) Oatmeal ( kurangkan redness+ irration+dryness+muka licin)
▶ Ambil sedikit oatmeal letak dalam bekas ⇨ campur sedikit air suam ⇨ hancurkan oat (pastikan tak cair) ⇨ tunggu beberapa minit ⇨ bilas ⇨ happy
▶ 3 kali seminggu
4) Garam (hilangkan kekotaran tebal+kulit berminyak)
▶ Ambil 1sudu garam+1sudu minyak zaitun dalam mangkuk kecil ⇨ gaulkan sehingga sebati⇨ sapu lembut2 kat muka/leher ⇨ cuci guna pencuci muka kita ⇨ basuh bersih .
▶ campurkan 1sudu garam dengan air panas ⇨ masukkan dalam spray kecil ⇨ spray kat muka (tutup mata) ⇨ tepuk2 muka bagi air garamnya tu kering.
5) Madu (jerawat+bintik hitam)
▶ 1gelas air suam+2sudu besar madu ⇨ gaul rata ⇨ sapu kat muka sampai rata ⇨ biar 20 minit ⇨ basuh dengan air suam lepas tu guna air sejuk. Amalkan minum madu 2 sudu besar 3 kali sehari sebelum makan.
▶ Cuci muka dengan air hangat ⇨ sapu kat muka dari lapisan nipis ke lapisan lebih tebal ( boleh panaskan madu nie 10 saat) ⇨ biar 15 minit ⇨ bersihkan guna tuala basah sehingga betul2 bersih ! ⇨ 2 atau 3 kali seminggu.
Tuesday, July 16, 2013
Tips Mencantikkan Kulit Wajah di Bulan Ramadan.
Kulit wajah yang cantik dan sihat adalah amat penting bagi seseorang, tidak kira lelaki ataupun wanita. Selain menggunakan produk kecantikkan, terdapat beberapa petua yang boleh di amalkan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik. Ini dapat menjimatkan wang serta menggelak penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya kepada kulit wajah.
Mengekalkan Kecantikkan dan Keserian Wajah
- Amalkan dengan membaca Surah Yusuf pada setiap malam. Insyaallah dengan izin Allah, wajah akan kekal cantik dan berseri.
- Amalkan dengan menyapu air embun yang telah ditadah pada malam jumaat diwajah. Boleh juga dibuat air mandi ataupun dibuat minuman.
Menaikkan Seri wajah
- Rendamkan se uncang teh semalaman. Keesokkan pagi, basuh muka dengan air teh tersebut dan biarkan kering sebelum membersihkannya. Amalkan selalu dan hasilnya, wajah anda akan beransur-ansur licin dan kelihatan berseri.
- Parutkan 2 ketul isi kunyit dan 1 ketul lempoyang. Kemudian dicampurkan dengan setengah cawan air dan kacau sehingga sebati. Selepas itu ditapis dan dicampur dengan 1 sudu besar air limau nipis dan madu. Amalkan dengan meminumnya selama 3 hari berturut-turut. Selain dapat mencantikan kulit, ia juga dapat menyihatkan bahagian dalaman tubuh badan.
- Ambil seketul kunyit dan ditumbuk dengan segenggam beras sehingga lumat. Kemudian dilulurkan pada seluruh badan dan dibiarkan kering seketika. Bersihkannya dengan menyental pada kulit. Ini dapat menghilangkan sel-sel mati dan kulit akan terasa licin dan nampak berseri. Amalkannya seminggu sekali.
Kulit Cerah dan Licin
- Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Gosokkan pada muka dan seluruh badan semasa mandi. Amalkan seminggu 2 kali, Insyaallah kulit akan menjadi cerah, licin, halus dan harum.
Menegangkan Kulit Muka
- Sebiji timun disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian dicampurkan dengan tepung ubi kayu serta sedikit air dan digaul sehingga sebati. Bancuhan akan kelihatan seperti masker. Sapukan pada wajah dan biar seketika sehingga kering. Setelah itu wajah dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali
- Campurkan kulit kayu manis dengan seketul kunyit hidup serta sedikit beras pulut. Kemudian bahan-bahan ini ditumbuk sehingga lumat. Selepas itu, sapukan atau gosokkan pada leher serta muka dan dibiarkan seketika sebelum dicuci. Ini akan menghilangkan sel-sel mati dan daki pada leher. Amalkan seminggu 2 kali.
Merawat Kulit Berkedut
- Sebatang lobak merah yang telah dibersihkan diparut dan dicampurkan dengan 1 sudu besar tepung jagung serta sebiji kuning telur. Gaul sehingga sebati dan kelihatan seperti masker. Kemudian sapukan pada muka dan dibiarkan seketika. Amalkan 3 kali seminggu sehingga menampakkan kesan pada wajah.
- Kunyit dapat mengegah kulit daripada cepat berkedut. Caranya dengan memarut sedikit kunyit dan perahkannya untuk mendapatkan airnya. Amalkan meminum air kunyit setiap pagi secara berselang-seli.
Subscribe to:
Posts (Atom)







