Sunday, August 29, 2010

Lady Gaga Alejandro lyrics:

I know that we are young,
And I know that you may love me,
But I just can't be with you like this anymore,
Alejandro

She's got both hands
In her pocket
And she wont look at you
Won't look you at
She hides through love
En su bolsillo
She got a halo around her finger
Around you




You know that I love you boy
Hot like Mexico, rejoice
At this point I gotta choose
Nothing to loose

Don't call my name
Don't call my name, Alejandro
I'm not your babe
I'm not your babe, Fernando

Don't wanna kiss, don't wanna touch
Just smoke one cigarette and run
Don't call my name
Don't call my name, Roberto

(Alejandro
Alejandro
Ale-ale-jandro
Ale-ale-jandro) x2

(Just stop
Please, Just let me go Alejandro, Just let me go)

She's not broken
She's just a baby
But her boyfriend's like a dad, just like a dad
Draw those flames that burn before him
Now he's gonna find a fight, gonna fool the bad

You know that I love you boy
Hot like Mexico, rejoice
At this point I gotta choose
Nothing loose

Don't call my name
Don't call my name, Alejandro
I'm not your babe
I'm not your babe, Fernando

Don't wanna kiss, don't wanna touch
Just smoke one cigarette and run
Don't call my name
Don't call my name, Roberto

(Alejandro
Alejandro
Ale-ale-jandro
Ale-ale-jandro) x2

Dont bother me,
Dont bother me, Alejandro
Dont call my name,
Dont call my name, Bye Fernando
I'm not you're babe,
I'm not you're babe, Alejandro
Don't wanna kiss, don't wanna touch,
Fernando

Dont call my name,
Dont call my name, Alejandro
I'm not you're babe,
I'm not you're babe, Fernando
Don't wanna kiss don't wanna touch.
Just smoke one Ciggarette and run.
Don't call my name,
Don't call my name,
Roberto.

(Alejandro
Alejandro
Ale-ale-jandro
Ale-ale-jandro) x2

Don't call my name,
Don't call my name, Alejandro.
I'm not you're babe,
I'm not you're babe, Fernando
Don't wanna kiss, don't wanna touch
Just Smoke one Ciggarette and run.
Don't call my name,
Don't call my name, Roberto.

(Alejandro
Alejandro
Ale-ale-jandro
Ale-ale-jandro) x2

Ketahui disebalik lagu Alejandro by Lady Gaga

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.



Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."



Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..



But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki.

Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?



Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.







Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.



Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?



(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)


Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..








Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..


" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall



Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..




I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..



Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "



Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...



Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

Friday, August 27, 2010

10 Wanita Terkejam Didunia

Kat sni ade bebebrapa list pembunuh wanita paling kejam yang pernah tercatat dalam sejarah. Muka je nampak baik tapi hati kejam, tade perasaaan perikemanusiaan langsung.
pembunuh1 10 Wanita Terkejam Didunia
1. Jiang Qing 1914 – 1991

Jiang Qing adalah isteri kpd Mao Tse-tung seorang diktator komunis di China. Kerana kepintarannya menyusun gerakan dia mendapatkan posisi yang paling berkuasa didalam parti komunis (berkuasa seperti Presiden). Dipercayai bahawa dialah dalang disebalik Revolusi Budaya Cina (dimana dia menjadi wakil pemimpin). Jutaan orang di Cina dilaporkan mengalami penyeksaan hak-hak asasi selama Revolusi Budaya. Jutaan yg lain juga dipecat secara paksa. Jumlah korban kematian, baik dari orang barat dan orang timur sekitar 500.000 dalam kekacauan pada tahun 1966-1969 tetapi perkiraan tersebut naik menjadi 3 juta dari 36 juta orang yang dianiaya.

pembunuh2 10 Wanita Terkejam Didunia

2. Elizabeth I of England 1533 – 1603

Korban : ribuan orang
Elizabeth I, dalam perintahan untuk menindas fahaman Katolik, ribuan penganut Katolik di Inggeris dibunuh. Selama dia melakukan hal-hal baik untuk kehormatan parlimen, dia juga merupakan raja yang kejam. Sebagai tambahan, Elizabeth memberikan Queen Mary of Scots tempat perlindungan, lalu tiba-tiba mengkhianatinya dan meletakkan dia didalam penjara selama hamper 19 tahun, lalu membunuh dia. Dia menganjurkan perompakan melawan kapal-kapal Sepanyol dan mendalangi penukaran budak.
pembunuh3 10 Wanita Terkejam Didunia

3. Elena Ceau?escu 1916 – 1989

Korban : penghapusan etnik
Elena Ceau?escu merupakan orang Romania yang menyatakan diri sebagai ilmuwan, isteri dari pemimpin komunis Romania Nicolae Ceau?escu, dan wakil perdana menteri Romania. Romania menyatakan bahwa Elena Ceau?escu bertanggungjawab atas pembebasan dari kontrol kelahiran yang mencipta krisis dari tahun 1970-1980an, menghasilkan kebanjiran bayi yang tidak diinginkan. Bayi-bayi, dan anak-anak tersebut akhirnya tinggal di tempat yatim piatu. Dia juga mengetuai komisi kesihatan lingkungan, dimana dia menyangkal adanya AIDS di Romania, yang merupakan salah satu kuasa paling besar didunia barat. Dia juga bertanggungjawab atas kehancuran gereja-gereja dan pendistribusian makanan yang pada tahun 1980an terletak di Romania. Dia akhirnya dihukum bunuh atas kejahatannya yang melawan kemanusiaan dan semasa hukumannya berlangsung, dia berteriak “pergilah ke neraka” ketika itu.

pembunuh4 10 Wanita Terkejam Didunia

4. Phoolan Devi 1963 – 2001

Korban : 22 org lebih
Phoolan Devi adalan dacoit India (perompak bersenjata) yang mempunyai karier singkat sebagai ahli politik. Pada 1970an dia diculik dia akhirnya bergabung dengan mereka untuk melakukan kejahatan. Pada satu saat dia diperkosa oleh sekumpulan laki-laki di Behmai. Dia memilih untuk lari dan meneruskan hidupnya untuk melakukan kejahatan, merompakk dari orang-orang kaya. Lalu dia akhirnya kembali ke Behmai dan dia memerintahkan semua lelaki untuk berbaris dan menembak mereka semua. Paling tidak sekitar 22 laki-laki terbunuh. Lalu dia akhirnya ditangkap dan menghabiskan 11 tahun penjara. Dia masuk kedalam dunia politik, tetapi hanya dalam waktu yang singkat kerana adanya pemberontakkan. Secara mengejutkan, tahun 1998, Phoolan Devi dinominasikan untuk mendapatkan penghargaan Nobel oleh beberapa anggota parlimen Inggeris. Pada tahun 2001, dia dibunuh oleh seorang lelaki dalam usaha balas dendam atas pembunuhan yang ia lakukan di Behmai.
pembunuh5 10 Wanita Terkejam Didunia

5. Rosemary West 1953

Korban : 12 org
Bersama suaminya Fred, Rosemary West dipercaya telah menyeksa dan membunuh 12 wanita muda. Pada ogos 1992 Fred West ditangkap setelah tertuduh memperkosa anaknya yang berumur 13 tahun sebanyak 3 kali, dan Rosemary West ditangkap atas kekejaman terhadap anak. West mengembangkan kebiasaan untuk mengambil anak-anak perempuan dari perhentian bas disekitar Gloucester, Inggeris dan memenjarakan mereka dirumah mereka untuk beberapa hari sebelum membunuhnya. West mempunyai nafsu seks yang besar sekali dan menikmati perkosaan secara ekstrem dan seks sadomasocithistic. Rosemary adalah seorang biseksual dan banyak mangsa mereka menjadi korban-korban untuk kepuasan seks dia dan suaminya. West juga bekerja sebagai pelacur. Dua dari anak mereka adalah anak dari kliennya. West adalah salah satu dari hanya dua wanita yang pernah dihukum mati dipenjara di UK (yang lainnya adalah Myra Hindley yang sudah meninggal saat ini)
pembunuh6 10 Wanita Terkejam Didunia
6. Delphine LaLaurie 1775 – 1842

Korban : 10 org lebih
LaLaurie adalah kaum sosialis yang kejam yang tinggal di New Orleans. Rumahnya adalah ruangan yang penuh dengan keseraman. Pada 10 April 1834, kebakaran terjadi di dapur dan org ramai yg cuba memadamkan kebakaran menemui 2 budak yang dirantai pada dapur, dimana diyakini merekalah yang memulakan kebakaran untuk mendapatkan perhatian. org2 tadi dipandu oleh budak yang lain menuju ke loteng dimana terdapat benda yang lebih mengejutkan. Lebih dari satu dozen budak cacat terbelenggu di tembok atau lantai. Beberapa menjadi subjek untuk percubaan ubat yang mengerikan. Seorang laki-laki terlihat sebagai bagian pertukaran seks yang ganjil, seorang wanita terjebak di kandang yang kecil dengan lengannya yang rosak dan wanita lainnya tanpa tangan dan kaki, dan adanya timbunan daging pada dirinya agar terlihat seperti ulat bulu. Beberapa mulutnya dijahit dan kelaparan sampai mati, yang lainnya lagi tangannya dijahit dengan bahagian badan yang lainnya. Kebanyakan ditemui mati, tetapi beberapa masih hidup dan beberapa meminta untuk dibunuh agar tidak menderita lagi. LaLaurie lari sebelum dia dihakimi dan dia tidak pernah tertangkap.

pembunuh7 10 Wanita Terkejam Didunia

7. Marybeth Tinning 1942

Korban : 9 org
Antara tahun 1972 dan 1985, Tinning mempunyai 8 anak, dimana semuanya dibunuh termasuk anak angkatnya Selama waktu kematian, tidak ada satupun yang curiga bahawa dia membunuh mereka, dan justeru menyalahkan kelainan genetic. Hal ini terjadi walaupun anak angkatnya adalah anak ketujuh yang dibunuh. Dia mengaku bahawa dia mencekik anak-anaknya, tetapi kemudian dia menarik kembali pengakuan itu. Dia dihukum 20 tahun penjara, dan kedua permintaan pembebasan bersyarat ditolak.
pembunuh8 10 Wanita Terkejam Didunia
8. Dorothea Puente 1929
Dorothy Puente adalah wanita tua yang menjalankan perniagaan rumah sewa. Selama dia menjalankan perniagaan ini, dia telah perlahan-lahan membunuh orang-orang yang tinggal bersamanya dan memalsukan tanda tangan mereka untuk pemeriksaan kesihatan. Dia tidak mengizinkan penyewa-penyewa itu untuk menggunakan telefon atau surat. Dia akan mengambil semua wang yang dikirim untuk para penyewa itu dan menyimpannya untuk dirinya sendiri. Para korbannya biasanya sedang mabuk, dan menderita schizophrenia. Salah satu mayat yang ditemui dikebun belakang, ditemukan tanpa kepala, lengan, dan kaki. wang yang dicuri, dipakai untuk pakaian-pakaian mewah, perfume dan operasi penegangan kulit muka sebelum sebelum dia tertangkap. Puente tidak memperlihatkan kekesalan yang dalam atas kejahatan yang dia lakukan dan saat ini dia berada dipenjara dengan hukuman seumur hidup.

pembunuh9 10 Wanita Terkejam Didunia

9. Karla Homolka 1970

Korban : 3 (disyaki ada 5 org lainnya)
Karla Homolka adalah pembunuh bersiri dari Kanada yang menarik perhatian media diseluruh dunia ketika dihukum kerana membantu suaminya, Paul Bernardo untuk memperkosa dan membunuh gadis-gadis remaja, termasuk juga adiknya sendiri Tammy Homolka. Karla merakam segala perbuatan dan pembunuhan gadis muda yang dilakukan oleh suaminya, rakaman video ini digunakan sebagai bukti mereka dipengadilan dan beberapa bahagian dapat disaksikan diinternet walaupun kerajaan Kanada meminta agar video itu dihapuskan. Yang lebih mengejutkan lagi, Homolka dibebaskan dari penjara pada tahun 2005 setelah hanya dihukum 12 tahun dan sekarang hidup di West Indies
pembunuh10 10 Wanita Terkejam Didunia
10. Williamina “Minnie” Dean 1844 – 1895

Korban: 3 org
Minnie Dean adalah satu-satunya wanita yang dihukum bunuh dalam sejarah New Zealand. Dia dihukum bunuh dengan tali gantung. DIsebalik menyelamatkan gadis muda yang miskin, wanita iblis ini membunuh anak mereka dan mengambil wang mereka untuk meningkatkan gaya hidupnya. Pada waktu itu, wanita muda yang hamil tanpa suami dijauhi oleh masyarakat. Hal ini memunculkan suatu kejadian phenomena yang disebut “baby farming” dimana orang akan menjadi sukarela untuk mengambil anak mereka dan membesarkan mereka dengan gaji dari kerajaan. Dean adalah salah seorang pengasuh, tetapi daripada membesarkan anak-anak itu, dia membunuh mereka ketika ada kesempatan dan mengambil gaji itu. Hal ini sangat memungkinkan dilakukan kerana pengasuh tidak wajib mendaftar sesuai hukum. Dalam banyak kes, anak-anak itu lenyap di rumah pengasuh ini. Dean membunuh paling tidak 3 anak tetapi banyak orang yang mengesyaki dia membunuh lebih dari itu. Saat ini, tulang dari 3 anak itu disimpan didalam muzium New Zealand.


Thursday, August 26, 2010

KHASIAT MADU ASLI


A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.

2. Memulihkan sel-sel urat besar.


3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.


4. Merangsang tenaga batin.




B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.


2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.

3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.


4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.


2 Ramuan Mengatasi Masalah Keputihan

Keputihan yang disebabkan oleh keluarnya lendir dari saluran vagina sering menimbulkan kerisauan dan ketakutan di kalangan kaum hawa. Rasa tak selesa atau gatal-gatal pasti wujud.


Bagi mengatasi keputihan ni, ada 2 petua tradisional yang ingin saya kongsi dengan anda. Kaedah pertama, anda perlukan pucuk pegaga sebagai ramuan asas. Manakala yang kedua pula, anda perlukan daun sirih sebagai bahan utamanya.


KAEDAH 1:


1. Ambil secekak pucuk pegaga sekali dengan akarnya dan bersihkannya.

gambar daun pegaga untuk masalah keputihan


2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama dengan 2 gelas air bersih.

3. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu.

4. Setelah mendidih, biarkannya sejuk dahulu.

5. Bila dah sejuk nanti, anda tapis air rebusan tadi.

6. Minum air tersebut 2 kali sehari.

7. Amalkan kaedah ini sehinggalah masalah keputihan atau rasa gatal tu sembuh.


Ataupun anda boleh cuba cara kedua seperti di bawah ini sebagai alternatif.


KAEDAH 2:


1. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkannya.

gambar daun sirih untuk masalah keputihan


2. Kemudian, sediakan kira-kira 1 liter air suam.

3. Ramas kesemua daun sirih tadi bersama-sama dengan air suam.

4. Tapislah air tersebut.

5. Gunakan air tapisan itu untuk mencuci bahagian sulit anda.

6. Sebaik-baiknya bagi anda yang beragama Islam, berselawatlah ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali sebelum mencuci bahagian tersebut.

7. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, cara ini dikatakan dapat merapatkan kembali bahagian sulit wanita.

8. Lakukan cara ini sehingga anda dapat mengatasi keputihan yang dialami.

Sunday, August 22, 2010

Hukum Bersalam Lelaki Dengan Wanita Ajnabiyah Yang bukan Muhrim

Hukum Bersalam Lelaki Dengan Wanita Ajnabiyah Yang bukan Muhrim


Ramai dikalangan pengaku ustaz apabila terbersalam dengan wanita di hadapan khalayak ramai, kemudian ditanya bukankah bersalam dengan mereka itu haram? cepat-cepat dia akan menjawab.."alaa boleh dalam mazhab lain" atau "ada ulama kata boleh" atau "untuk tidak mengaibkan dan tidak memalukan perempuan itu maka boleh bersalaman" dan sebagainya dari puluhan alasan lagi yg hakikatnya tidak bertepatan dengan sunnah Rasulullah langsung. Amat malang mereka itu sering pula melaungkan Sunnah! Ittiba'us Sunnah dan pelbagai lagi men-declare diri sebagai pengikut Sunnah Nabi. Sedangkan Nabi tidak pernah bersalaman dengan wanita ajnabiyah bukan muhrim bahkan dalil sunnah menunjukkan ia haram.

Suami boroi tanda bahagia?


Friday, August 20, 2010

Michael Jackson - Give Thanks To Allah



Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor
Allahu Rahim
Allahu yuhibo el Mohsinin,

hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir


Allah is Ghefor
Allah is Rahim
Allah is the one who loves the Mohsinin,

he is a creater,
he is a sistainer
and he is the one who has power over all.



Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor
Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,

hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir


Allah is Ghefor
Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,

he is a creater,
he is a sistainer
and he is the one who has power over all.



Alam Sayuran Yang Best..


Penah makan sayur? Isk… takkan tak penah kot. Tapi kalau kasi engko org nengok hasil dr kreativiti sayur mesti korang rasa sayang lak nak makan sayur-sayur nie semua…. Tak caya…. jom kita tengok…








Thursday, August 19, 2010

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.



Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.



Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.


Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............


" HaMBa yAnG sEnTiAsa mEnDaMbAkAn KaSiH-NyA "



Berdiam Diri diwaktu mendengar Azan


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.


Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

70 peratus bufet Ramadhan dicampur arak – Jakim


Hampir 70 peratus daripada pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas hotel-hotel dan premis makanan di sekitar Lembah Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadan diragui status halalnya.

Hotel terbabit yang tidak memiliki sijil halal telah mencampurkan alkohol dalam masakan untuk penyediaan bufet Ramadan.

Wednesday, August 18, 2010

Rawatan Resdung Tanpa Asap Serendah RM 10.

Apa penawar tu?
Sudah semestinya penawar bagi Resdung dan juga Jerawat.
Kami telah mengkaji dan mengorbankan masa demi anda yang mengalami masalah Resdung, Jerawat, dan Jerawat Resdung.
Anda jangan risau kerana di dalam blog ini akan memberikan usaha yang terbaik bagi menghapuskan penyakit anda yang mungkin telah mencapai tahap SERIUS.


Tanda-tanda Resdung



1.Hidung sentiasa berair/selsema setiap masa terutama ketika cuaca sejuk dan awal pagi.
2.Gatal-gatal pada hidung,mata dan telinga terutama bila memakan ayam,udang,ketam,ikan masin dan sambal belacan.
3.Bersin diwaktu pagi dan bila terkena habuk.


Rawatan:

4 batang RM 10
8 batang RM 20
12 batang RM 30
16 batang RM 40
20 batang RM 50
24 batang RM 60


Pembekal Rokok Resdung (tanpa asap)

100 - 500 = RM 1.20 per unit
500 ke atas = RM 1.00 per unit



Sila lawati website kami untuk maklumat lanjut (http://yoyoyspa.com/)


No.19-1, Jalan PGN-1A/1, Jalan Pinggiran Batu Caves,
68100 Batu Caves, Gombak

Telefon :

03-4146 4378
03-6184 1455
012-308 4479

Email : mail@yoyoyspa.com

Membeli Secara Online.

SERINGKALI keinginan untuk membeli-belah secara dalam talian terbantut apabila prosedur pembelian memerlukan seseorang memiliki kad kredit kerana kaedah itu dilihat lebih mudah dan praktikal.

Malangnya, tidak semua orang memiliki kemudahan kad kredit atau tidak berani menggunakannya secara dalam talian, lebih-lebih lagi golongan pelajar atau mereka yang boros berbelanja.

Justeru, apabila wujud satu penyelesaian yang ditawarkan PayPal dan MOL AccessPortal Berhad (MOL), pengguna Malaysia seharusnya tidak melepaskan peluang untuk turut sama mengambil bahagian.

Ini kerana, hasil usaha sama PayPal dan MOL berjaya menghasilkan kad prabayar untuk membeli-belah dan pembelian permainan secara dalam talian yang dinamakan MOL PayPal - kad digital yang diisukan oleh EON Bank Berhad.
Ia membolehkan seseorang itu menggunakan akaun PayPal untuk membeli-belah secara dalam talian menerusi jutaan laman web beli-belah di seluruh dunia atau secara mudah menambah nilai MOLPoints untuk membeli permainan dalam talian, produk dan perkhidmatan, tanpa memerlukan sebarang kad kredit.

Menurut Timbalan Presiden Strategi Serantau dan Pembangunan Perniagaan, PayPal Asia Pasifik, Melanie Tan, kad prabayar MOL PayPal merupakan kaedah baru untuk membiayai akaun PayPal penggunanya


Rangkaian pengedaran MOL yang meluas, pengalaman kad prabayar dan peneraju gaya hidup digital menjadikannya pilihan ideal bagi usaha sama ini dan kami mahu menggabungkan kepakaran ke atas platform pembayaran dalam talian global kami.

Presiden MOL, Ganesh Kumar Bangah menjelaskan mereka percaya negara-negara Asia seperti Malaysia mampu bergerak seiring trend digital yang sedang berkembangpesat.
Kad prabayar baru ini membolehkan ramai orang merasai gaya hidup digital serta menggunakan komputer dan Internet untuk membeli-belah tanpa ragu-ragu.

Kelebihan PayPal yang pantas, dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan dan perlindungan pelanggan. Ia digabungkan dengan pengetahuan intensif MOL bersama rangkaian dalam industri pembayaran di Asia bagi mewujudkan banyak peluang untuk pelanggan, peniaga dan penerbit permainan dalam talian.

Kad digital MOL PayPal menyediakan pengguna Malaysia sekeping kad yang pantas, lebih selamat untuk membeli-belah melalui PayPal. Pengguna tidak perlu memasukkan maklumat kewangan setiap kali membeli-belah secara dalam talian.

Apa yang perlu mereka lakukan adalah hanya dengan menekan klik di butang PayPal, memasukkan alamat e-mel dan kata kunci serta meluluskan pembelian.

Kaedah ini bukan sahaja pantas, tetapi lebih selamat kerana PayPal tidak berkongsi maklumat kewangan pelanggan dengan peniaga

Polisi Perlindungan Pembeli PayPal turut menyediakan pulangan semula sepenuhnya untuk barangan yang dibeli tetapi tidak diterima pelanggan.

Tuesday, August 17, 2010

Petua Melembutkan Tangan – Hampas kelapa


Jangan buang terus hampas kelapa yang telah diperah. Gunakannya dengan meramas hampas itu dengan kedua-dua belah tapak tangan. Amalkan selalu. Hasilnya tangan anda akan menjadi lembut tanpa penggunaan losyen.



Petua Elak Muka Berjerawat


Berikut adalah petua-petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan muka dari ditumbuhi jerawat.


1) Ambil beberapa helai daun jambu batu dan giling hingga halus. Campurkan bersama bedak sejuk dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.


2) Ambil beberapa helai daun sirih dan tumbuk bersama beras hingga lumat. Campurkan dengan sedikit ait dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

Monday, August 16, 2010

Seronok Puasa atau Puasa Seronok..

Assalamualaikum,
Hari tu sempat ikut Ustazah Siti Nor Bahyah n suaminya punya ceramah kat tv9, semanis kurma.. tentang tentang tajuk di atas tu,
mulanya aku pun konfius ngan tajuk tu..
dan kesimpulan yg dapat ku buat.


Seronok puasa;

seronok menantikan bulan Ramadhan penuh berkat.. Penghulu segala bulan!
di bulan ini amal ibadat di gandakan pahalanya! bulan dimana inilah masanya yang ditunggu2 untuk banyakkan pahala untuk bekalan di hari akhir.. Subhanallah!
syaitan2 di rantai.. Pintu2 neraka di tutup dan pintu2 syurga di buka.. MasyaAllah..
Bulan dimana sembahyang Sunat terawikh dapat dilakukan.. pahala lagi!

Pendek kata gembira menanti Ramadhan kerana bonus pahala yang berganda yg Allah berikan adalah tidak terhingga! setiap kebaikan dihitung berganda-ganda.. dan kesedihan akan terasa tatkala Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya..


bertuahlah kepada mereka yang masih hidup, sedar akan nikmat yang tak terhingga dari Tuhan ini! entah kan ketemui lagi atau tidak di tahun hadapan? maka tika, saat dan kesempatan yang ada ini gunakan sebaik mungkin..


Puasa Seronok;

seronok bila memikirkan nak ke bazar Ramadhan, beli juadah berbuka.. macam2 ada..teringin itu teringin ini! (beli semua, tak abis mkn pastu membazir.. aww!)
seronok bila memikirkan nak shopping baju raya baru, langsir baru, biskut raya.. jualan murah sana sini.. huhuhu..
seronok nak pulun sebulan berpuasa dengan berniaga di bazar ramadhan.. duit...duit.. mari..mari.. masyuk ooo..

pendek kata, mereka tidak memikirkan sangat intipati Ramadhan itu sebenarnya, malah cuma memikirkan keseronokan yg sementara shj.

“Orang yang seronok berpuasa, Ramadan ditunggu dengan kegembiraan dan sedih apabila tamat. Orang yang berpuasa seronok, terseksa jiwanya kerana kedatangan Ramadhan dan merasa lega dan gembira apabila ianya tamat...”


wallahua'lam


IringJeling: yang puasa seronok tu boleh.. cuma jangan keterlaluan dan berlebih2 kearah itu..

anda pula bagaimana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...