Friday, August 6, 2010

Spa Islamik - Yoyoy Kamphora Spa


SUDAH menjadi rutin warga kota menghilangkan stres dan penat bekerja dengan memanjakan diri di spa-spa. Apatah lagi kewujudan pelbagai spa yang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan menyebabkan spa kini boleh ditemui di mana-mana sahaja.

Katakan apakah konsep spa yang anda inginkan, pasti terdapat spa yang memenuhi kehendak dan cita rasa anda.

Namun, pernahkah anda mendengar mengenai spa berkonsepkan Islamik yang menekankan Amalan Spa Islamik (ISP)?


Pada hari ini hampir tidak ada satu sistem yang boleh djadikan panduan untuk sesuatu perniagaan berbentuk spa. Sistem atau tatacara ini penting untuk diterjemahkan dalam bentuk prosedur operasi standard (SOP) supaya ia dilakukan mengikut syarak.

Sama seperti spa-spa yang lain, spa berkonsepkan Islamik juga menyediakan pelbagai rawatan kecantikan, urutan dan sebagainya, cuma persekitarannya sedikit berbeza jika dibandingkan dengan spa-spa yang biasa.

Di sini, semua pekerja wanita diwajibkan bertudung dan menutup aurat selain diajar bagaimana berkomunikasi dengan pelanggan secara santun seperti yang ditekankan Islam.

Bukan itu sahaja, semua produk yang digunakan di spa ini dih asilkan melalui kaedah IMP (Islamic Manufacturing Practice) yang mendapat pengiktirafan daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)


Sebelum sebarang rawatan dimulakan, para pekerja membaca doa dan ayat-ayat suci al-Quran.


Walaupun perkhidmatan yang disediakan mengamalkan konsep Islam, spa ini terbuka kepada mereka yang bukan Islam untuk mendapa
tkan rawat an kecantikan.



Akademi kecantikan Yoyoy Kamphora

Oleh kerana sifat tidak lokek berkongsi ilmu kecantikan, kami juga menyediakan akademi kecantikan bagi mereka yang berminat.

Kursus ini terbuka kepada semua yang ingin memulakan perniagaan dalam bidang spa terutamanya ibu-ibu tunggal.

Sila lawati website kami untuk maklumat lanjut (http://yoyoyspa.com/)
No.19-1,
Jalan PGN-1A/1,
Jalan Pinggiran Batu Caves,
68100 Batu Caves, Gombak

Telefon :
03-4146 4378
03-6184 1455
012-308 4479

Email : mail@yoyoyspa.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...