KUALA LUMPUR: Tiga juta orang telah menyertai usaha sebuah
pengendali satelit bagi mengesan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia yang masih
hilang dan ianya merupakan satu usaha terbesar melibatkan bantuan orang awam.
Firma pengendali satelit, Digital Globe pada Isnin
memberitahu bahawa lokasi pencarian kini telah merangkumi 24,000 kilometer per
segi (9,000 batu per segi) dan setiap hari banyak imej-imej baru telah
dimasukkan termasuk kawasan terbaru di Lautan Hindi.
Menurut mereka lagi, selain lebih dari tiga juta orang telah
menyertai program tersebut, 257 juta "map views" manakala 2.9 juta
orang pula telah "tagged" kawasan-kawasan dalam peta tersebut.
Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu
terputus komunikasi dan hilang dari radar menara kawalan sejak 8 Mac lalu dan
ianya membawa kepada gerakan mencari besar-besaran dari Asia Tenggara hinggalah
ke Lautan Hindi melibatkan agensi-aganesi penyelamat antarabangsa.
Namun, pencarian tersebut sehingga kini gagal menjumpai
serpihan atau bangkai pesawat.
Digital Globe telah mengaktifkan platform pencarian bernama
Tomnod pada 11 Mac lalu dimana ia mengalu-alukan penyertaan orang awam dari
seluruh dunia dalam misis pencarian tersebut menggunakan bantuan lima satelit
berdefinisi tinggi.
Respon yang diterima sangat di luar jangkaan sehingga ianya
menyesakkan sistem komputer seluruh dunia pada minggu lalu.
Firma tersebut juga menggunakan sistem algoritma yang diberi
nama CrowdRank untuk melihat bukti-bukti yang dianggap mampu merungkaikan
misteri tersebut.
"Pakar Digital Globe akan meneliti "tag" yang
diterima dari orang-orang awam di sesebuah lokasi dan jika ianya merupakan 10
teratas atau kawasan yang "panas" kita akan berkongsi informasi
tersebut dengan pelanggan kami dan pihak berkuasa," menurut satu
kenyataan.
"Digital Globe mempunyai hubungan langsung dengan kerajaan
Amerika Syarikat dan kami mempunyai hubungan erat dan terkordinasi dalam
isniden seumpama ini dan beberapa insiden lain," .-- Agensi
No comments:
Post a Comment