Sejak hari Sabtu, 8 Mach 2014 pada pukul 2.45 pagi, dan
ketika kesemua ketika itu sedang lena diulit mimpi, hanya sedikit sahaja
manusia yang masih berjaga dan bekerja. Namun berita tergempar dalam tv yang
memaklumkan kehilangan MH-370 terus mengemparkan dunia. Pesawat tersebut pada
mulanya hilang dari radar, dan akhirnya tidak mendarat di lapangan terbang yang
dijadualkan. Serta merta Malaysia menggerakkan operasi SAR.
Sejak hari tersebut, mula pelbagai teori konpirasi tersebar
di dunia maya. Kononya pesawat tersebut dilencongkan ke kawasan lain, dirampas
oleh pengganas dan perisik, sampai satu tahap ade yang mendakwa pesawat
tersebut telah dilencong ke Rusia, ada pula yang mendakwa ia sandiwara
kerajaan, kemudian semakin ramai pula rakyat Malaysia yang buat lawak bodoh,
menghina mangsa kejadian, menyerang peribadi pilot dan tak kurang juga
mengambil peluang untuk membuat bisnes?
Hari ini, telah masuk hari kelima dan masih belum jumpa
apa-apa petanda. Klu-klu yang sebelumnya iaitu saksi di Vietnam ternampak
berbola api di laut, tumpahan minyak dan penemuan pintu pesawat telah tidak
boleh dipakai. Sebenarnya tajuk artikel ini tiada kaitan pun dengan MH-370
terlanggar UAV asing. Ia cuma SARCASM atau HOAX sahaja untuk menarik anda
membaca artikel ini. Sebab kali ini MalDef mahu mengajak anda berfikir secara
logik akal menggunakan ilmu yang boleh dicari di Google. Bukanya ilmu dari Facebook,
dan jauh sekali ilmu bomoh.
Sejak semalam, salah seorang penganalisis muda dari MalDef
mula mengkaji lebih 13 kes kejadian pesawat terhempas, tetapi beliau hanya
menumpukan 6 kes sahaja untuk dikongsi. Berdasarkan situasi terakhir, pesawat
dikatakan hilang dari radar dan terputus hubungan secara tiba-tiba, tiada
panggilan kecemasan dan cuma ada sedikit pusingan U-Turn dari radar TUDM
menunujukkan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum hilang di lautan. Itu
sahaja, 3 maklumat lain seperti saksi, tumpahan minyak dan pintu pesawat telah
disahkan bukan datang dari MH-370.
Jadi, MalDef menyenaraikan 6 tragedi sama situasi dengan
MH-370 tetapi mempunyai punca nahas yang berbeza. Saya mengajak anda berfikir
secara logik untuk meneliti 6 tragedi tersebut iaitu :
Kes Rujukan :
1. Air France 447 ( 1 Jun 2009)
Laporan Awal:
-Flight 447 jenis Airbus A330 sedang dalam perjalanan dari
Rio (Brazil) ke Paris (France) dan memasuki "blind spot radar" di
tengah laut antara Rio dan Paris. Selepas lebih 2 jam berada di laut dan
melepasi radar di Rio, tiba-tiba pesaweat terputus hubungan pada pukul 3.45am
di Atlantic Ocean dan tidak muncul pada radar screen di Paris. Sebuah AWACS
segela dikejarkan ke lokasi terakhir pesawat selepas sejam hilang namun gagal
menemui apa-apa pada radar sehingga siang. Media dan orang awam mula membuat
spekulasi mengatakan ia berpunca dari serangan pengganas selepas 2-3 hari
bangkai pesawat belum ditemui dan menara kawalan langsung tidak menerima
sebarang panggilan kecemasan dari Flight 447. Masuk hari ke-5 pada 6 Jun
akhirnya serpihan kecil pesawat dijumpai bersama 15 mayat oleh tentera laut.
Namun, bangkai utama pesawat gagal ditemui dan hilang bersama "Black
Box" di laut dalam. Akhirnya France Navy menghantar sebuah kapal selam
nuklear miliknya untuk untuk mengesan bangkai pesawat menggunakan akustik
sonar, namun gagal mencarinya dan langsung tidak mengesan bunyi ultra sonic
yang dihasilkan oleh "Black Box" walaupun dalam kedalamam 4000 meter.
Selepas 30 hari pencarian oleh kapal selam, barulah Itali menghantar mini sub
atau Deep Sea Search and Rescue yang mempunyai sonar sendiri, tetapi gagal
mengesan bunyi ultra sonic dari Black Box dipercayai telah kehabisan bateri.
Pencarian diteruskan untuk mencari bangkai utama dan Black Box selama 2 tahun,
tetapi tiada hasil memaksa Itali meminta bantuan Amerika Syarikat, iaitu
kumpulan pencari Kapal Titanic. Akhirnya bangkai pesawat dijumpai, Black Box
berjaya didapatkan dan 105 mayat dijumpai masih terikat pada tempat duduk.
Punca nahas: Sensor Failed and Human Error
-Flight 447 telah terbang ke kawasan ribut dan cuba terbang
pada altitude tinggi bagi mengelaknya. Ketika altitude tersebut, Speed Sensor
pada luar pesawat telah membeku dan memberi bacaan kelajuan yang salah sistem
copkit. CO Pilot mendapati pesawat telah terbang melebihi had laju, alarm Over
Speed menyala dan auto-pilot dimatikan oleh komputer dan CO Pilot mengawal
pesawat secara manual. CO Pilot yang tidak menyedari kerosakkan pada Speed
Sensor telah mengurangkan kelajuan pesawat, namun ketika itu secara tiba-tiba
altitude pesawat menurun secara mendadak dan CO Pilot segera mendonggakkan
muncung pesawat ke atas untuk naik semula ke altitude tinggi tetapi gagal dan
Stall Warning berbunyi. Stanby Pilot akhirnya bertukar kedudukan dengan Kapten
Pilot dan dikawal bersama CO Pilot. Ketika di altitude rendah, Speed Sensor
yang mula membeku akhirnya berfungsi semula dan bacaan kelajuan pesawat mula
turun mendadak ke paras yang sebenar. CO Pilot sengera meningkatkan kelajuan
tetapi masih menjunan stall dan muncung pesawat naik ke atas (nose up). Berapa
minit kemudian pesawat menjunan ke laut tanpa berkomunikasi dengan menara
kawalan. Akibat menjunan terlalu pantas, pesawat yang jatuh ke laut telah
berkecai teruk dan membunuh kesemua 150 anak kapal. BEA (Itali) mengesahkan
punca utama kemalangan ialah CO Pilot yang tidak menurunkan muncung pesawat
ketika dalam stall, sedang pilot masih mempunyai masa untuk mengawal stall di
altitude tinggi.
.........................................................
2. Hughes Airwest flight 706 (6 Jun 1971)
Laporan Awal :
- Flight 706 jenis McDonnell Douglas DC-9-31 berlepas
terbang dari Los Angeles International Airport sedang berlepas menuju ke
Washington States pada pukul 6.02pm dan akan berhenti di Salt Lake City. 4
minit kemudian, pusat kawalan di L.A. menerima amaran kecemasan di radar dan
mendapati Flight 706 telah hilang dari radar dan terputus hubungan secara
tiba-tiba. Sebuah pesawat tentera yang melalui kawasan berdekatan telah
memaklumkan pada menara kawalan bahawa mereka melihat satu letupan di darat
berhampiran sebuah gunung di L.A. Menurut saksi, mereka terdengar letupan di
udara dan pesawat tersebut terhempas mendadak ke gunung, namun seorang saksi
ternampak berlaku perlanggar antara DC-9 dan F-4B Phantom milik USMC dan
El-Torro AFB turun kehilangan sebuah jet. Kesemua anak kapal Flight 706 dan
seorang pilot USMC mati di tempat kejadian, tetapi seorang RIO (Radar Intercept
Officer) sempat "inject" keluar dengan kerusi lenting dan selamat.
Punca Nahas : Visibility Failed and Human Error.
-RIO berkenaan mendakwa Flight 706 melanggar jet yang
dinaikinya, ketika pilot sedang manuver "Allerion Roll" iaitu
berpusing 360 darjah dalam altitude yang konsisten utk melihat keadaan
permukaan darat untuk melihat sebarang pesawat yang terbang di bawah altitude
mereka. Ketika sedang memerhatikan radar jet, Flight 706 datang dari tepi iaitu
kawasan blind spot radar dan pilot tidak sempat mengelaknya. Selepas NTSB
membentuk semula serpihan dari DC-9, mereka mendapati Vertical Fin milik F-4B
telah membelah badan utama D-9 sehingga terbelah dua di udara, menunjukkan jet
berkenaan yang melanggar pesawat komersil tersebut. NTSB juga mendapati jet
berkenaan melakukan manuver "Barrel Roll", iaitu berpusing sambil
naik dan turun ke altitude yang berlainan. NTSB mengesyaki sesuatu kenapa jet
tersebut tidak cuba mengelak, sedangkan jarak jet dan pesawat masih jauh dan
mampu dielakkan. Siasatan ke atas rekod selenggara di AFB El-Torro mendapati,
F-4B mengalami kebocoran oksigen tetapi tidak dapat dibaikinya. lalu
mengarahkan 2 pilot USMC tadi membawa jet mereka ke AFB Nevada tetapi perlu
terbang pada altitude rendah. Sebelum jet berkenaan sampai di kawasan
perlanggaran, pilot terpaksa terbang tinggi untuk mengelakkan bukit di L.A.,
dan kemudianya melakukan manuver "Barrel Roll". NTSB mengesyaki pilot
USMC berkenaan mengalami hypoxsia, iaitu kekurangan oksigen dalam otak dan
seterusnya mengaburkan penglihatan dan ditambah dengan tekanan G-Force semasa
melakukan manuver. Ia menjadikan pilot dalam keadaan separa sedar dan
seterusnya melanggar pesawat DC-9. Namun, NTSB juga berpendapat ia juga
berpunca dari faktor penglihatan (visibility) dari keadaan jerebu, dan
rekabentuk tingkap dalam kopkit DC-9 yang melindungi penglihatan pilot Flight
706. Faktor kemampuan radar di menara kawalan L.A. juga diuji dan menunjukkan
ketidakmampuan radar tersebut mengesan kehadiran F-4B dalam radar mereka ketika
jet tersebut terbang rendah dan laju, menyebabkan mereka gagal memberi amaran
terhadap pilot berkenaan.
..........................................
3. American Airlines Flight 587 ( 12 November 2001)
Laporan Awal :
-Sebuah pesawat jenis Airbus A-300 di Lapangan Terbang New
York John F.Kennedy (New York JFK) dijadualkan berlepas pada pukul 09.40am ke
Caribbean. Selesai pemeriksaan "Taxis Check List", ia berlepas
giliran kedua di belakang sebuah Boeing 747 dan kemudianya berlepas secara
normal. Selepas 3 minit di udara, ketika pesawat sedang mendaki ke altitude
lebih tinggi, secara tiba-tiba pesawat berkenaan melanggar pusaran angin (wind
turbulent) yang agak kuat. Impak turbulent berkenaan mengegarkan pesawat dan CO
Pilot cuba mengawal pesawat menggunakan ruder vertical fin. Namun, keadaan
masih tak terkawal, dan selang beberapa saat kemudian berlaku gegeran lebih
kuat. CO Pilot kehilangan kawalan dan pesawat menjunan dengan pantas ke satu
kawasan perumahan di Queens, New York. Pesawat hilang kawalan, menjunam ke
darat dengan pantas, dan terhempas sambil di disaksikan penduduk NY dan menara
kawalan di NW JFK. kemalangan tersebut mengakibatkan lebih 4 rumah musnah
manakala selebihnya terbakar. Beberapa saksi mendakwa, pesawat malang itu
meletup di udara dan mengwujudkan spekulasi bahawa ia adalah rampasan pesawat
dan serangan pengganas memandangkan penduduk New York masih terkejut dengan
peristiwa 9/11. Pentagon segera bertindak pantas. 3 buah F-15 segera dihantar
untuk mengawal ruang udara, lapangan terbang di seluruh Amerika diarah tutup
serta merta, dan beratus-ratus penerbangan dibatalkan. Keadaan panik yang
timbul juga memaksa anggota tentera, polis dan pelbagai agensi dikerah untuk
mengawal keadaan.
Punca Nahas : Structural Failed and Human Error.
-Oleh kerana dakwaan rampasan pesawat, Biro Siasatan
Persekutuan (FBI) juga terlibat untuk menyelesaikan kes tersebut bersama NTSB.
Kesemua serpihan tersebut dibawa pulang ke hangar NTSB manakala FBI mengambil
sampel abu pada serpihan pesawat untuk dianalisis jika betul berlaku letupan
akibat dari bom yang dipasang. Namun, mereka juga menyumpai Vertical Stabilizer
pesawat tanpa sebarang kesan terbakar di Jamica Bay tidak jauh dari lokasi
kejadian,dan merupakan kawasan pelabuhan kapal layar. Ketika itu, NTSB mula
mengesyaki kejadian tersebut bukan satu rampasan pesawat, tetapi satu
kemalangan kerana Vertical Stabilizer tersebut tercabut di udara tanpa ada
kesan terbakar, sekaligus menolak kemungkinan pesawat tersebut meletup di
udara. Selepas Flight Data Recorder berjaya dianalisa, NTSB mendapati CO Pilot
yang mengawal pesawat telah menggerakkan ruder secara mengejut dan maksimum
berulang kali ke kiri dan kanan. ia menunjukkan seolah-oleh CO Pilot menghadapi
kesukaran mengawal ruder sebelum ia tercabut. Selepas mendengar data suara dari
Flight Voice Recorder pula, NTSB langsung tidak mendengar bunyi letupan dalam
pesawat dan makmal FBI pula mengesahkan tiada bahan letupan dalam debu yang
dijumpai pada serpihan pesawat. Ia membukti kejadian tersebut adalah satu
kemalangan, dan kemudian FBI menarik diri untuk memberi tanggujawab sepenuhnya
kepada NTSB untuk menyelesaikanya. NTSB mendapati bahan komposit pada vertical
fin mampu menanggung beban normal sebanyak 100,000 lbs, dan beban maksimum
ialah 200,000 lbs, jelas menunjukkan yang vertical fin pesawat Airbus A300
telah menampung beban luar jangka dari paras normal. Secara ringkasnya,
perggerakkan ruder secara maksimum dan mengejut menghasilkan tekanan pada
vertical fin sehingga 420,000 lbs. Tindakkan agresif tersebut sebenarnya telah
diajar dalam latihan simulator oleh syarikat penerbangan dan manuver yang
merbahaya ini dipraktikan oleh semua pilot American Airlines. NTSB akhirnya
mengesahkan ia berpunca dari latihan serta situasi simulator yang tidak
realistik.
5. United Airlines Flight 585 (1991), USAF Flight 427
(1994), SilkAir Flight 185 (1997)
Laporan Awal :
-Tiga jenis pesawat ini ialah jenis Boeing 747. Ketiga-tiga
pesawat ini secara tiba-tiba berpusing 270 darjah ke atas (dalam posisi
terbalik) dan kemudian stall menjunam ke permukaan tanpa dapat dikawal oleh
pilot. Ketika ia menjunam, muncung pesawat akan turun ke bawah, menjunam dengan
pantas dan kelajuan tersebut akan memecahkan beberapa serpihan di udara sebelum
musnah sepenuhnya selepas menghentam permukaan. Pilot akan gagal mengawal ruder
dan semuanya berlaku dengan pantas tanpa sempat membuat sebarang panggilan
kecemasan.
Punca Nahas : Hydraulic Failure
-Ia berpunca apabila sistem kawalan ruder telah
"jammed" (tersekat) ketika ruder sedang menghala ke kiri atau kanan
dan gagal kembali ke kedudukan asal. Apabila Vertical Stabilizer ini terus
membelok, ia akan menyebabkan pesawat berpusing dalam keadaan terbalik, sebelum
stall dan menjunam ke permukaan bumi. NTSB telah membuat kesimpulan bahawa
sistem hydraulic tersebut dikenalpasti tidak mematuhi piawai yang ditetapkan
dan pilot tidak dapat melakukan apa-apa tindakkan untuk mengatasinya dengan
baik.
6. Aerolinee Itavia Flight 870 (27 June 1980)
Laporan Awal :
- Pesawat ini jenis McDonnell Douglas DC-9 berlepas dari
Bologna ke Palermo (Itali) melalui laut Mediterranean. Di tengah perjalanan di
lautan Mediterranean, secara tiba-tiba "Navigation Beacon dari Lapangan
Terbang Palermo gagal diterima oleh pesawat Flight 870. CO Pilot telah
memaklumkan pada menara kawalan di Palermo untuk membantu dengan memberi
panduan kepada pilot. Kemudian pesawat melanggar turbulent dan CO Pilot terbang
sedikit rendah untuk mengurangkan gegaran. Ketika pesawat terbang sedikit
rendah, Navigation Beacon kembali berfungsi secara normal. Selepas beberapa
minit berhubung dengan menara kawalan, secara tiba-tiba pesawat meletup di
bahagian tengah sehingga terbelah dua dan terus menjunam ke laut. Pusat menara
kawalan juga serta merta terputus hubungan dan Flight 870 hilang dari radar.
Operasi SAR dilakukan keesokan harinya oleh Itali di lokasi terakhir pesawat.
38 mayat berjaya ditemui pada hari keempat tetapi Italy Navy dan agensi
terlibat gagal mencari bangkai dan serpihan di dasar laut termasuklah Black
Box. Misi SAR dilakukan hampir 2 tahun.
Punca nahas : Terrorist Attack (bomb)
-Pada 28 Jun, seorang wartawan Itali telah menerima
panggilan telefon dari seseorang yang tidak dikenali dan memaklumkan bahawa
punya pesawat tersebut terhempas ialah ditembak oleh missil jet pejuang.
Pemberi info mendakwa, Flight 870 secara tidak sengaja berada di tengah-tengah
dogfight antara jet pejuang NATO dan Libyan Air Force di laut Mediterranean.
Berita dua hari kemudianya mengemparkan dunia dan menjadikan suasana tegang
antara Itali dan Libya dan masing-masing serta merta meningkatkan aktiviti tentera
di sempadan laut antara Libya dan Itali. Namun, kerajaan Itali menafikan punca
nahas adalah akibat tembakan peluru berpandu (missile) dari jet pejuang dan
menyerahkan kepada penyiasat Itali sepenuhnya bagi menyiasat punca sebenar.
Pelbagai teori dikemukakan, antaranya ialah pelanggaran, kegagalan struktur
pesawat, letupan akibat bom atau missile, tetapi semuanya tidak dapat
dibuktikan. penyiasat Itali cuma mempunyai beberapa kepingan serpihan yang
bukan dari pesawat, dan serpihan ini bertaburan dalam radius sangat luas. Ini
bermakna Flight 870 telah meletup di udara, dan secara tidak langsung
menyukarkan pencarian bangkai utama pesawat. Berdasarkan dari gambaran radar
juga menunjukkan pesawat meletup dari udara, namun mereka juga menjumpai 3
bogey berhampiran pesawat tersebut dan mengesyaki ia adalah jet pejuang. 3
minggu selepas kejadian tersebut, Itali menjumpa beberapa serpihan jet pejuang
milik Libya Air Force dan ini menguatkan lagi toeri bahawa Flight 870 ditembak
oleh missile. Sebahagian serpihan telah dihantar ke makmal untuk ujian, dan
mengesahkan terdapat sisa letupan bom iaitu TNT terhadap serpihan tersebut.
Tetapi sisa TNT tersebut bukanlah milik bahan letupan dalam missile. Akhirnya
kerajaan Itali mengesahkan bahawa punca nahas adalah dari letupan tetapi tidak
mengesahkan punca letupan tersebut dari missile atau bom. Missile SAR
ditamatkan pada tahun kedua.
Selepas 5 tahun kemudian, ahli keluarga mangsa terus
mendesak kerajaan Itali, memaksa mereka mengeluarkan perbelanjaan yang sangat
besar untuk mengupah pasukan luar bagi menggunakan ROV Debris. ROV ini berjaya
menjumpai bangkai utama pesawat termasuklah Black Box. Biarpun Flight Voice
Recorder berjaya dianalisis tetapi tidak membantu apabila ia terus terpadam
selepas berlaku letupan. Bangkai pesawat terus dicari dan dibawa naik ke darat
bagi siasatan lanjut. Atas desakan keluarga mangsa, akhirnya kerajaan Itali
mengesahkan bahawa punca kemalangan Flight 870 adalah dari letupan missile yang
dilepaskan oleh jet pejuang yang tidak dikenali. Namun, setahun selepas itu
NTSB mengesyaki ia berpunca dari letupan dalam pesawat dan memaksa kerajaan
Itali mengarahkan siasatan dan operasi SAR kali ketiga. Kali ini, penyiasat
dari Britain diarahkan melakukan siasatan terperinci dan lebih banyak serpihan pesawat
berjaya dijumpai oleh ROV Debris. Selepas berjaya menyusun semula semua
serpihan tersebut termasuk ujian letupan, ia berjaya membuktikan bahawa punca
letupan datang dari sebuah tandas dalam pesawat di bahagian belakang pesawat.
Tiga bogey dalam radar sebelum ini juga berjaya disahkan bahawa ia bukan sebuah
jet pejuang, tetapi serpihan letupan yang terpelanting lebih jauh. Kerajaan
Itali kembali membuat hebahan media tentang hasil siasatan tersebut selepas 6
tahun nahas berlaku.
...................................
Dari 6 kes ini, 2 darinya terlepas di laut dalam dan paling
singkat masa untuk menemui bangkai di dasar laut ialah 2 tahun manakala paling
lama ialah 5 tahun. Tetapi masih banyak kes pesawat yang terhempas di laut dan
sehingga sekarang tidak pernah dijumpai. Adakah tragedi MH-370 senasib dengan
tragedi lain yang berlaku di dunia? Tidak hairanlah mengitu banyak negara yang
prihatin bagi membantu pencarian MH-370. Pelbagai jenis kapal perang, kapal
penyelamat, DSSAR, ROV, pesawat MPA dan beberapa buah satelit digunakan bagi
membantu siasatan SAR kerana semua pihak tidak mahu kegagalan operasi SAR
berlaku semula pada Malaysia.
MalDef sejak semalam masih gagal mendapat sebarang info
berguna dari pengkalan data ADS. Dengan teknologi terkini, paparan pada radar
sudah semakin canggih berbanding sebelumnya yang hanya bergantung pada
titik-titik bogey yang tidak tepat. Paparan radar terkini bukan sahaja
menunjukkan lokasi pesawat udara dengan tepat, malah turut memaparkan nama
pesawat, jenis pesawat, dentinasi, kelajuan dan altitude ketinggian. Malahan
semua maklumat ini boleh didapati dalam website-website tertentu secara Real
Time atau siaran langsung. Tetapi sejak semalam penganalisis MalDef gagal
menemui data-data tersebut dipercayai telah dipadam dan tidak lengkap.
Ini bermakna, MalDef gagal mengkaji sebarang teori kerana
tidak mempunyai bukti bagi menjamin intergriti artikel dan teori. Namun, dari 6
kes tersebut sepatutnya membuka mata rakyat Malaysia agar berfikir secara logik
akal berlandasan ilmu. Antara kemungkinan punca nahas adalah mungkin daripada:
1. Pilot Error/ Air Collision
2. Sensor/Computer/Cockpit Failure or Malfunction
3. Visibility Error
4. Structure/Mechanical/Hydraulic Error or Malfunction
5. Terrorist Attack/Military Attack/Pilot Suicide
Selagi tiada cebisan pesawat dijumpai, selagi Black Box yang
menyimpan segala maklumat data pergerakkan dan rakaman dalam kopkit berjaya
dianalisi, selagi itulah tiada satu pun teori dapat dibuktikan dengan fakta.
Masuk hari ini, perubatan Islam turut digunakan dalam operasi SAR. Tak salah
anda hendak membuat spekulasi dan teori konspirasi.
No comments:
Post a Comment