Tuesday, March 16, 2010

Pemain badminton No.1 Dunia- Datuk Lee Chong Wei



GELARAN pada kejohanan dunia sudah lama digenggam.
Kejohanan Super Series turut disapunya.

Kelmarin, kejohanan paling berprestij, Seluruh England pula berada dalam koleksinya.
Itu kejayaan yang disumbangkan oleh pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei kepada negara sepanjang kariernya setakat ini.

Namun, di sebalik kejayaan kelmarin, dia masih belum puas.
Matlamatnya adalah untuk memburu pingat emas Sukan Olimpik selain berazam membantu skuad negara menjulang Piala Thomas tahun ini.

Itu dua tugas utama Chong Wei selepas ini meskipun peluangnnya untuk meraih emas Olimpik di London pada 2010 nampak sukar.
Mana tidaknya, ketika itu usianya sudah menjangkau 30 tahun dan sudah pasti prestasinya tidak sehebat sekarang.

Apa pun tiada yang mustahil jika dia terus mengekalkan disiplin diri selain terus bekerja keras untuk me- realisasikan hajat besar itu.
Dia hampir melakukannya pada Sukan Olimpik Beijing 2008, namun tewas kepada Lin Dan pada perla- wanan akhir.

Kini, nama Chong Wei sudah berada dalam buku rekod Seluruh England, kejohanan yang dianggap sebagai 'ibu' kepada semua kejohanan badminton di kalangan pemain terkemuka dunia.

SASARAN Chong Wei kini adalah untuk membantu negara menjulang Piala Thomas selain meraih pingat emas Sukan Olimpik.


Jika gagal mencatat nama sebagai juara pada kejohanan ini, seseorang pemain itu merasakan karier mereka tidak lengkap.
Kemenangan Chong Wei pada Seluruh England kelmarin membuktikan tiada siapa yang mampu menghalang pemain No. 1 dunia itu daripada meraih gelaran pada kejohanan paling berprestij tersebut.

Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh bagaimanapun berkata, Chong Wei perlu bekerja keras dari sekarang dalam misi memburu pingat emas Sukan Olimpik kelak.
"Kemenangannya kelmarin sudah dijangka dan kami di BAM mengharapkan Chong Wei akan terus mengekalkan prestasi sekarang sampai bila-bila.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...