Friday, March 12, 2010

Wajah Pemijak Kepala Syafia


Akhirnya, suspek membunuh Syafiah Humairah Sahari, 3 tahun, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.

Mohd Fazli Azri Jamil, 28 tahun, pemandu teksi, tidak diwakili peguam mengangguk faham sewaktu pertuduhan melakukan kesalahan (baca: membunuh mangsa) terhadap mangsa di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30 Ulu Yam, Batang Kali, Selangor, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Teman lelaki ibu Sayiah itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dia boleh dihukum gantung sampai mati, mandatori.

Dalam siasatan polis sebelum ini, suspek mengaku menendang dan memijak kepala Syafia sehingga mengakibatkan kecederaan parah dan kematian.

Sebelum ini pesalah menculik, membunuh dan membakar Canny Ong, Ahmad Najib Aris kelihatan tersenyum memakai kopiah setiap kali dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

Manakala majoriti gambar Fazli pula dirakam jurukamera, tunduk sambil memejamkan mata. Dia bagai menahan kesakitan teramat.


... atau suspek terlalu pemalu? Hehehe :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...