- salah memilih course di universiti
- merasa diri hebat ade segulung ijazah (padahal bukan tau buat keje pun, tau teori je)
- terlalu memilih pekerjaan
- tiada 'softskill'
- tiada keyakinan terhadap kebolehan diri'
- tiada usaha memantapkan diri dengan skill2 yang diperlukan majikan
Oleh itu, semakin hari semakin ramai graduan IPTA yang menganggur tanam anggur..kalau tak tanam anggur pun, semua graduan2 ni pakat apply jadi cikgu ( sekoleh rendah & menengah ) atau pensyarah (ajar matrik ke diploma ) atau apply je KPLI, DPLI lagi senang..Dan sekarang kerajaan jadi tempat lambakan graduan untuk diploma atau ijazah...Kerani pun ade ijazah tu...At last cikgu2 ni pensyarah2 ni ( yang takde pengalaman bekerja langsung, yg tau semata2 teori ) mengajar pulak kat student..Hmmm pusing2 macam tula..sampai bile nak bekembang..Pensyarah hanya mengajar teori dan tidak tahu keperluan kemahiran yang diperlukan oleh majikan di syarikat luar..
Disebabkan itu, IPTS lebih mementingkan skill dan kemahiran menyebabkan graduan IPTS lebih mudah mendapat pekerjaan...
Orang yang berjaya dalam hidup adalah org yang tahu apa yg dia lakukan dan berjaya dengan apa yg dia lakukan.. bukan org yg boleh masuk universiti then tak tahu apa yg dia mahukan..
Kenapa jadi macam tu ek? Hmm... persoalan ramai siswazah menganggur pstinya banyak puncanya. Bagi saya yang pertama janganlah nak salahkan kerajaan ataupun pihak majikan yang tidak memberi kerja. Kerja itukan hak majikan dan anda sebagai graduan hendak "mintak" kerja. Bermakna kerja itu bukan anda yang punya tapi majikan yang punya. Majikan yang akan keluarkan duit untuk bagi pada anda. Bila kerja tu bukan anda yang punya maka anda seharusnya paham bahawa anda nak minta sesuatu yang orang punya in return of delivering your services and expertices to them.....
Habis tu kalau anda pada mata majikan (baik sektor awam dan swasta) tidak mampu memberikan services dan expertices seperti yang dikehendaki maka macam mana majikan nak ambik anda bekerja... senang-senanggggg je bagi duit free??. Untuk itu graduan perlulah melengkapkan diri sepanjang belajar di IPT agar bila grad nanti anda bukan juga cemerlang dalam akademik tetapi juga anda memiliki segala skills atau kebolehan yang majikan perlukan. Result memanglah perkara pertama sebab sebelum anda datang temuduga anda dah hantar resume. Sebelum majikan kenal anda waktu interview mereka dah tahu anda ni rajin ke tak belajar dulu... 4.00 PNG ke atau sekadar 2nd classs degree (or worst general degree)... diploma lagilaaa....kursus yang tak relevan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii laaaaaaaaaaaaaa... heheeh...
Sebut pasal skills lain selain akademik ianya cukup luas dan pastinya semakin banyak skills dan kebolehan lain yang ada pada anda maka semakin tinggi peluang untuk diambil bekerja. Salah satunya ialah keterampilan diri. Anda adalah graduan yang cemerlang akademik tetapi cakappun terketar-ketar. Cara berjalanpun macam kebudak-budakkan. Tak matured langsung. Takde keterampilan. Takkanlah majikan nak bagi free je duit diorang kat anda. Keterampilan diri perlulah menjadi faktor yang paling penting terutama sewaktu temuduga. Gaya berjalan, bercakap, berpakaian, semuanya melambangkan keterampilan anda. Jika masa belajar anda seorang yang berkawan dengan "click" anda je... tak banyak bertanya dalam kelas, mengutuk orang yang bertanya dalam kelas, mengutuk orang yang baik dengan lecturer kononnya mereka ni kaki bodek dan sebagainya, anda sebenarnya mengutuk diri anda sendiri sebab orang yang anda kutuk tu sebenarnya sedang memperkasakan skills dan keterampilan dirinya.
Saya masih ingat lagi masa belajar di IPTA dulu. Ada seorang rakan baik saya yang bernama "Mr. A" tidak berapa disenangi oleh kebanyakan rakan sekelas. Maklumlah dari tahun 1 sampai habis belajar kat IPT die pakai long sleeve, pkai slack dan most of the day pakai tie ke kelas. Apa lagi takde orang nak kawanpun. Masih ingat masa study...takde orang nak accept dia untuk jadi member dalam group assignment. He don't care... Group assignment pun takde group... bila time present dia present sorang-sorang... submit assignment to the lecturer and he manage tro get A for the subject. Budak-budak lain yang 5 orang satu group tu masa "Mr. A" present diorang dok kutuk "Mr. A" katt belakang..sok sek..sok sek... bila time sesi soal jawab sengaja tanya stupid question nak suruh "Mr. A" tak boleh jawab. Nampak tak perangai sakit hati, busuk hati, jahat yang ada dalam diri bangsa kita. But... for him, dia tak kisah langsung lantak laa... sebab bagi "Mr. A" semua dugaan dan cabaran ini adalah cara tuhan nak latih kita jadi manusia hebat.
Presentation yang sepatutnya setengah jam satu kumpulan ( 5 minit seorang satu kumpulan)... "Mr. A" yang present sorang-sorang ni 1 jam setengah dia balun... pastu bila final exam dapat A pulak... pehhh....Bila grad budak-budak yang dok ngutuk...dok mengata "Mr. A" masa belajar dulu tengok-tengok menanggur jugak. "Mr. A" final semester tak habis belajar lagi dah dapat 3 offer kerja. And after a few years graduate "Mr. A" ada company sendiri... what about those yang mengutuk kita kat Universiti dulu... adalaa tuhan pertemukan sebahagian dari mereka... heheeh... malasla nak cerita kan... apa lagi nak cakap pasal career, income dll.. heheh...
Hard skill dapat dinilai dari technical test atau practical test. Contoh graduan Computer Engineering @ Information Technology ( tengok course ) mesti tahu nak buat software application programming, networking etc...graduan multimedia mesti tau grafik etc...graduan architecture jgn tau autocad sahaja..dan graduan2 lain yang seangkatannye..Pelbagai kan skill anda agar majikan nampak kebolehan skill anda semasa interview..Jadikan diri anda multi skill serba boleh...Hehe macam2 ada baru semua majikan berebuat nak ambil anda bekerja...Promote diri anda!!
No comments:
Post a Comment