Friday, March 12, 2010

Jika Mahu Menipu Ejaan Biar Betul!

Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS melalui kenyataan Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi mengharamkan penggunaan sijil dan logo halal dikeluarkan syarikat swasta di Selangor.

Sebentar tadi saya menerima emel dikirim kakitangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM, Faedzah Fuad (baca: terima kasih).

Namun kes ini, pada hemat saya tiada hubungkait dengan logo halal dikeluarkan syarikat swasta.

'PPIM telah menerima aduan daripada pengguna berkenaan logo halal 'Jabatan Baru' diambil pada 7 Mac 2010 di Carrefour, Kota Damansara. Sila rujuk lampiran gambar atau laman web PPIM'.

Aduan terbabit berhubung logo halal di bungkusan kentang goreng berikut.


Ok. Di mana salahnya?

Teliti logo halal berikut apabila dibesarkan.


Baca ejaan 'Jabatan Baharu' terbabit.

Haaa! Jangan ketawa!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...