Yoyoy Kamphora Spa menyediakan rawatan bekam khas untuk kaum wanita. Kami menyediakan perkhidmatan pembekam wanita untuk rawatan bekam alhijamah, bekam darah, bekam angin dan bekam sunnah khas untuk kaum wanita.
Kami juga menyediakan perkhidmatan sauna aromatherapy dan urutan menenangkan seluruh badan sebelum melakukan rawatan bekam.Kami melakukan rawatan bekam darah, bekam angin dan bekam alhijamah di Gombak, Selayang, Batu Caves, Seri Gombak, Pinggiran Batu Caves, Selangor dan Kuala Lumpur.
Urutan seluruh badan dan sauna bertujuan untuk melancarkan darah ke seluruh badan dan membolehkan proses berbekam untuk mengeluarkan darah yang kotor, bertoksin dan berkolestrol akan keluar lebih sempurna.
Bekam Sunnah merupakan amalan yang pernah dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. semasa hayat baginda . Ulama telah membuat kajian terperinci berkenaan amalan berbekam ini dengan berpandukan hadis-hadis sahih.Ulama Islam telah menganjurkan umat Islam supaya melakukan amalan berbekam ini sebagai amalan yang mendapat pahala bagi yang mengamalkannya. Malahan ia diredhai oleh Allah Subhanahuwataala.
Kami juga merupakan pembekal peralatan untuk bekam, jarum dan pen lancet. Kami juga pembekal jarum akupuntur.
Bekam darah adalah bekam sunnah dan ia dapat menghindari 93 jenis penyakit dimasa-masa akan datang.
Bekam darah amat berkesan dalam merawat penyakit:
- darah tinggi
- kencing manis
- migrain
- resdung
- gout
- sihir
- saka
- penyakit kulit
KEBAIKAN RAWATAN BEKAM DARAH
1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
4) Bermanfaat bagi penderita asma,pneumonia dan angina pectoris.
5) Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.
6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
8) Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.
9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.
10) Ketika mengalami sakit bahu,dada dan punggung.
11) Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur.
12) Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit.
13) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
14) Bermanfaat mengatasi keracunan.
15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.
KEBAIKAN RAWATAN BEKAM ANGIN
1) Meringankan rasa sakit dan mengurangi pengumpulan darah beku.
2) Bermanfaat untuk penyakit paru-paru yang kronik.
3) Mengubati nephritis.
4) Mengatasi radang selaput jantung,radang urat saraf pada bahagian punggung bawah dan radang pada bahagian celah-celang tulang dada.
5) Untuk menahan derasnya darah haid dan hidung berdarah.
6) Untuk mengatasi masuk angin.
7) Bekam angin juga berfungsi seperti pemindahan darah dari pembuluh darah pesakit dan menginjeksikannya ke otot paha,khususnya bagi anak-anak atau siapa saja yang urat nadi mereka susah ditemui disebabkan terlalu tua.
No comments:
Post a Comment