Monday, March 22, 2010

Inflasi naik 1.2 peratus tahun ke tahun

Inflasi kekal pada paras yang rendah dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Februari 2010 naik 1.2 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas tetapi tidak berubah bulan ke bulan.

Bagi tempoh Januari hingga Februari, IHP meningkat 1.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini.

Tahun ke tahun, indeks makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan masing-masing meningkat 1.3 peratus dan 1.1 peratus.

Indeks makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 0.1 peratus bulan ke bulan tetapi indeks bukan makanan kekal tidak berubah, kata jabatan itu.

Bagi asas bulan ke bulan, jabatan itu berkata, enam kumpulan utama menunjukkan peningkatan, iaitu restoran dan hotel sebanyak 0.3 peratus; kesihatan 0.2 peratus; pendidikan 0.2 peratus; makanan dan minuman bukan alkohol 0.1 peratus; perumahan, air, elektrik dan bahan api lain 0.1 peratus; dan pengangkutan 0.1 peratus.

Ia berkata, penurunan ditunjukkan oleh kumpulan pakaian dan kasut (-0.8 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (-0.2 peratus); dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraaan isi rumah (-0.1 peratus).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...