Keadaan cuaca di bulan suci Ramadhan sangat berpengaruh terhadap
kecantikan diri anda. Ditambah pula dengan mengerjakan ibadah puasa,
sudah tentunya badan anda akan mengalami kekurangan air yang amat
penting untuk tubuh. Kekurangan air memberi kesan tersendiri pada badan
dan keadaan kulit terutama kulit muka. Kulit muka akan menjadi kusam,
kasar dan kering. Untuk mengatasi keadaan ini, ikutila beberapa panduan
ini setiap hari.
1.Keperluan Air untuk Kulit Muka
Anda perlu minum air putih sebanyak yang mungkin ketika bersahur dan
berbuka puasa kerana kesegaran kulit diperoleh dari jumlah cecair yang
masuk dalam tubuh. Secara purata tubuh memerlukan 8 gelas air sehari.
Elakkan minuman seperti kopi dan teh kerana ia bersifat diuretic atau
mendorong pengeluaran air kencing. Anda juga boleh memakan buah-buahan
segar ketika berbuka atau bersahur untuk membantu kemasukan air dalam
tubuh
2.Penjagaan Kulit Muka di Pejabat
Jika anda bekerja di pejabat atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh kekalkan dengan air mineral dalam bentuk spray. Semburkan air mineral ke wajah untuk menggelakkan kekeringan.
Jika anda bekerja di pejabat atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh kekalkan dengan air mineral dalam bentuk spray. Semburkan air mineral ke wajah untuk menggelakkan kekeringan.
3.Gunakan Krim Pelembap
Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan yang sangat penting di bulan puasa. Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pakai krim yang mengandungi kolagen untuk memaksimumkan fungsinya. ( cosmoderm produk)
Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan yang sangat penting di bulan puasa. Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pakai krim yang mengandungi kolagen untuk memaksimumkan fungsinya. ( cosmoderm produk)
4.Masalah Nafas Berbau
Salah satu masalah yang sukar dihidari ketika berpuasa adalah masalah nafas berbau. Untuk mengatasinya, banyakkan minum air ketika berbuka dan bersahur. Gunakan juga ubat kumur yang mengandungi antiseptik.
Salah satu masalah yang sukar dihidari ketika berpuasa adalah masalah nafas berbau. Untuk mengatasinya, banyakkan minum air ketika berbuka dan bersahur. Gunakan juga ubat kumur yang mengandungi antiseptik.
5.Amalkan pemakanan buah Kurma.
Buah
kurma banyak khasiatnya. Bukan sahaja baik untuk kesihatan badan.Namun
juga untuk kulit wajah kita. Buah ini mengandungi protein dan vitamin
B6,serat dan mineral. Buah kurma dapat menjauhkan diri kita daripada
infeksi kulit dan juga dapat melambatkan proses penuaan.
Amalan
memakan kurma adalah sunat. Ambillah 3 biji kurma sebagai amalan
berbuka puasa kerana ia dapat membantu mengembalikan kembali pras gula
yang rendah dalam darah menjadi paras yang normal.
Amalkanlah memakan buah kurma ini. Bukan sahaja pada bulan amadhan sahaja,malah pada bila-bila masa sahaja.
6. mandi dengan air sejuk
Mandi dengan air
panas dapat mengakibatkan hilangnya lemak pada lapisan epidermis kulit
sehingga menyebabkan kulit menjadi kering. Kerana itu selama menjalankan
ibadah puasa, lebih baik mandi menggunakan air sejuk.
7.Mengambil vitamin dan multivitamin.
Agar selalu lebih
cantik dan segar sepanjang berpuasa, pastikan anda cukup mengambil
vitamin A, C, dan E untuk menjaga kehalusan kulit. Jika merasa
diperlukan ambillah multivitamin namun sebaiknya berbincanglah dengan doktor apabila hendak mengambil multivitamin.
8.Tetap menggunakan scrub untuk menghapuskan sel kulit mati.
Untuk merawat kulit
wajah selama menjalankan puasa, lakukan facial untuk membersihkan,
melembapkan dan menghilangkan sel kulit mati.
9.Gunakan pelembap bibir yang mengandung gliserin atau vaselin
Agar bibir tidak
kering selama menjalankan ibadah puasa, rawatlah bibir dengan
menggunakan lip conditioning / pelembab yang mengandung gliserin yang
dapat dibeli di kedai kesihatan,farmasi,guardian atau watson.
10.Lakukan senaman ringan.
Senaman baik untuk
melancarkan peredaran darah, melembutkan otot yang keras. Senaman ringan
sangat penting untuk dilakukan selama ibadah puasa agar darah yang
lancar akan membawa oksigen untuk mampu menyalur ke sel-sel kulit
sehingga kulit menjadi sihat. Ini termasuklah pada kulit wajah kita.
Lakukan senaman ringan 1- 2 jam sebelum berbuka puasa.
PENUTUP :
Sememangnya kecantikan dan penjagaan kulit muka amat penting
terutamanya bagi kaum wanita. Tetapi harus diingat di bulan Ramadhan
yang mulia ini kita juga perlu menjaga kecantikan dalaman (rohaniah)
dengan menggandakan amal ibadah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada
Allah S.W.T dan memohon keampunan daripadaNya.
1 comment:
Expert shares views on ipad repair london, iphone camera fault, iphone camera problems, iphone unlock london, iphone software upgrade, iphone battery fault, iphone battery problem.
Post a Comment