بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu..hilanglah cintaku padamu"
(Imam Nawawi)
Rasulullah SAW bersabda :
“Dinikahi
perempuan itu kerana 4 perkara: Pertama, kerana hartanya. Kedua, kerana
keturunannya. Ketiga, kerana kecantikannya. Keempat, kerana agamanya.
Maka yang lebih utama adalah perempuan yang beragama, pasti engkau akan
beruntung.”
(HR. Bukhari Muslim)
Kerana agama, aku memilih dikau. Kerana agama, bukan rupa, bukan harta..tetapi agama.
Saya pernah terbaca, hadith
tersebut bukan sahaja kita gunakan sebagai kriteria pemilihan isteri
bahkan juga seorang suami. Meskipun tak dinafikan harta itu penting,
paras rupa itu penting, keturunan itu penting..tetapi, syarat paling
utama ialah ketaatan nya dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.
Jika itu menjadi dasar yang
paling penting, insyaAllah semuanya akan menjadi mudah seperti
dimurahkan rezeki sama ada dari sudut harta mahupun anak bahkan menjadi
penyejuk mata serta sedap memandang begi pasangan hidup masing-masing.
Bukankah itu lebih baik?
Saya pernah menonton satu slot
di tv al hijrah iaitu Madrasah Syariah tentang kriteria pemilihan
pasangan hidup. Ustaz tu kata, kalau nak diikutkan statistik..mereka
yang bernikah disebabkan agama..penceraian yang berlaku adalah lebih
kecil berbanding mereka yang bernikah atas dasar nafsu semata-mata.
Bahkan daripada penceraian tersebut pula adalah disebabkan kehadiran
orang ketiga dan bukan atas dasar pasangan itu sendiri contohnya masuk
campur ahli keluarga dan lain-lain.
Memang dalam Islam, penceraian
itu adalah halal dan bercerai juga adalah salah satu jalan terbaik
sekiranya sudah tiada persefahaman dalam hidup. Namun, ia adalah jalan
terakhir. Setiap orang yang bernikah pasti ada impian untuk bersama-sama
sampai bila-bila dan yang paling penting, cinta sampai ke syurga. Betul
kan?
Sumai perlu menjadi imam..bukan
sahaja di dalam solat, bahkan di luar solat. Imam juga bermaksud ketua,
suami jadi tempat rujuk dan dia juga perlu pastikan isteri dan
keluarganya tetap pada jalan Allah. Jika tiada ilmu agama, mana mungkin
keluarga sakinah ini akan wujud? Isteri juga begitu, menjadi makmum.
Perlu mengikut apa yang disuruh oleh suami selagi mana tidak bercanggah
dengan agama. Jika tiada agama, mana mungkin ia akan berlaku?
Jika lelaki seorang yang kuat,
dia boleh memilih wanita yang kurang agamanya untuk dijadikan isteri.
Namun, janji Allah itu pasti. Jika inginkan pasangan beriman, kita mesti
jadi orang yang beriman.
Surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud :
“Perempuan
yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk
perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
Dalam kriteria pemilihan pasangan
hidup, pastikan agama adalah yang paling penting malah melebihi
syarat-syarat yang lain. InsyaAllah akan selamat hidup kita ♥
"Kerana agama, aku jatuh cinta"
No comments:
Post a Comment