Bau
ketiak yang tidak sedap memang sering mendatangkan masalah. Bagaimana
cara mengatasi bau ketiak tersebut? Kita maklum bahawa bau ketiak
dihasilkan oleh peluh di ketiak. Peluh ini berasal dari mana? Sebenarnya
peluh kita dihasilkan oleh dua kelenjar, iaitu kelenjar accrine dan
kelenjar apocrine.
Kelenjar
accrine menghasilkan peluh yang tidak berbau yang dikeluarkan sejak
bayi, dan biasanya muncul di tapak tangan, tapak kaki, leher, dahi dan
sebagainya. Kelenjar accrine mengeluarkan cairan yang banyak mengandung
air yang tidak berbau. Cairan tersebut berfungsi menurunkan paras suhu
badan kita pada waktu tertentu.
Sementara
kelenjar apocrine mengandung asam lemak penuh dengan cairan lebih
kental dan berminyak. Kelenjar apocrine terdapat di tempat-tempat
tertentu, seperti di ketiak dan di kemaluan. Kelenjar apocrine bersifat
aktif setelah kita akil baligh. Sebenarnya, bulu di sekitar kemaluan
juga boleh membuatkan bau badan menjadi tak sedap, namun karena letaknya
jauh dari hidung selaku pancaindera untuk menghidu, maka bau yang
muncul pun tak terlalu dirasakan sepeti di ketiak.
Cairan
yang dihasilkan oleh kelenjar apocrine ini berbau lemak. Kemudian, di
setiap kelenjar apocrine terdapat bakteria yang berperan dalam proses
pembusukan, maka timbullah bau ketiak yang tak sedap. Ada orang yang
mempunyai kelenjar apocrine besar, menyebabkan pengeluaran peluhnya
lebih banyak dan pembusukan bakterianya juga lebih banyak.
Banyak
cara dilakukan untuk menghilangkan bau ketiak yang tak sedap. Kini,
banyak produk penghilang bau ketiak yang dijual di pasaran, seperti
deodoran, minuman kesihatan, bedak, suntikan botox dan pembedahan. Namun
cara yang paling mudah dan selamat untuk mencegah bau ketiak sebenarnya
lebih mudah dan murah dengan memahami faktor-faktor ketiak berbau
seperti berikut:-
1. Kegemukan
Faktor
bau ketiak pertama adalah kegemukan. Orang gemuk banyak lemak. Lemak
ini disingkirkan dari badan melalui proses perpeluhan. Pada orang gemuk
juga, peluh lebih mudah terperangkap di antara lipatan-lipatan kulit di
ketiaknya. Oleh hal yang demikian, untuk mengurangkan bau ketiak anda,
pastikan anda mengamalkan diet-diet tertentu untuk mengurangkan lemak
seterusnya mengurangkan kegemukan anda.
2. Tidak menjaga kebersihan ketiak
Bau
ketiak dapat dicegah jika kita rajin menjaga kebersihan ketiak. Yang
terpenting adalah bagaimana caranya selalu menjaga kebersihan ketiak.
Kebersihan ketiak boleh dijaga dengan menukar pakaian yang kita kenakan
secara teratur, kemudian membersihkan ketiak atau mandi
sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita selalu menjaga kebersihan
ketiak, maka bau ketiak tidak akan muncul. Ini kerana, jika keringat
yang dihasilkan kelenjar apocrine dihilangkan, bakteria pun tidak akan
melakukan proses pembusukan. Jika kelenjar apocrine mengeluarkan
keringat sedikit tapi kita tidak membersihkannya dan kemudian tercampur
bakteria, bau ketiak pun akan muncul di tubuh kita. Oleh itu kita
hendaklah selalu membersihkan ketiak dengan sabun antiseptik setiap kali
mandi. Setelah mandi, keringkan ketiak dan sapu bedak antiseptik.
3. Bulu ketiak
Bulu
ketiak juga adalah penyebab bau ketiak. Dalam ilmu perubatan, bulu
ketiak berfungsi memperluaskan permukaan lubang-lubang pada epidermis
kulit untuk mengeluarkan peluh. Apabila lubang-lubang pada epidermis
kulit semakin luas dan besar, maka semakin banyak peluh dihasilkan.
4. Pemakanan
Untuk
mengurangkan bau peluh pada ketiak, kita hendaklah menjaga makanan yang
kita ambil. Jika kita sering mengambil makanan seperti daging kambing,
durian, bawang goreng, merokok, minuman keras, dan ubat antibiotik,
semuanya itu akan menghasilkan lemak yang menyebabkan peluh kita berbau.
Oleh itu itu, perlulah kita memperbanyakkan memakan buah, sayur, serta
minum air kosong agar dapat menyebabkan bau peluh pada ketiak menjadi
berkurang.
5. Tekanan
Keadaan
jiwa seseorang, seperti stress atau emosi, sebenarnya juga mempengaruhi
kelenjar apocrine bekerja lebih efektif dan produktif, sehingga
mempengaruhi bau ketiak.
6. Faktor genetik
Bau ketiak yang tak sedap juga dipengaruhi oleh faktor genetik. Namun, perkara ini tidak menjamin 100%.
No comments:
Post a Comment