Antara peristiwa penting yang perlu diperhatikan oleh umat Islam akhir
zaman ini ialah perkembangan yang berlaku di Tanah Hijaz (Saudi Arabia).
Kerana antara tanda-tanda dekatnya kemunculan Imam Mahdi ialah
berlakunya peristiwa seperti dikhabarkan dalam riwayat berikut;
عن رسول الله (ص):
(يحكم الحجاز رجل اسمه اسم حيوان ، إذا رأيته حسبت في عينه الحول من البعيد
، وإذا اقتربت منه لاترى في عينه شيئاً ، يخلفه أخ له اسمه عبدالله. ويل
لشيعتنا منه ، أعادها ثلاثاً ؛ بشروني بموته أبشركم بظهور الحجة )
مئتان وخمسون علامة: 122
Akan diperintah tanah Hijaz(Saudi) oleh seorang lelaki bernama haiwan,
jika kamu melihatnya dari jauh, kamu mengira matanya kuyu, jika kamu
dekatinya kamu tidak lihat ada sebarang masalah pada matanya. Dia kelak
akan digantikan oleh abangnya bernama Abdullah. Celakalah sesiapa yang
menjadi pengikutnya! - diulanginya 3 kali - Berikan khabar gembira
kepadaku tentang kematiannya, dan aku akan memberi tahu kamu khabar
gembira tentang munculnya hujjah (Imam Mahdi).
Raja Abdullah sekarang ini berusia lanjut dan dalam keadaan uzur oleh
itu siapakah calun penggantinya sedang hangat diperkatakan dan
diperhatikan oleh masyarakat dunia terutamanya oleh kuasa-kuasa besar
kerana kedudukannya strategik dalam percaturan mereka untuk menguasai
umat Islam.
Kematian Putera Mahkota Nayef
Abdul Aziz al-Saud sekali lagi menimbulkan tandatanya terhadap masalah
pengganti takhta pemerintah Saudi Arabia yang semakin genting. Saudi
Arabia ataupun nama asalnya Hijaz adalah tempat terletaknya Kaabah yang
merupakan kiblat umat Islam, pastinya pergolakan yang berlaku disini
akan memberi kesan yang besar terhadap dunia Islam.
Putera Nayef merupakan putera
mahkota bakal pewaris takhta yang kedua meninggal dalam masa setahun ini
selepas kematian Putera Sultan. Raja Abdullah yang berusia 88 tahun
berada dalam keadaan kesihatan yang tidak menentu, masa nampaknya makin
suntuk untuk mencari pengganti bagi putera-putera kerajaan beraja
tersebut yang memerintah sejak tahun 1953.
Kematian pimpinan yang
berpengaruh sejak sekian lama itu tiba pada waktu kebimbangan Saudi
menghadapi kebangkitan arab yang telah menumbangkan negara-negara arab
yang lain. Kebanyakan waris pengganti adalah muka-muka lama dan ramai
yang mempersoalkan sepatutnya ia diambil alih oleh generasi baru, yang
kebanyakannya adalah cucu-cucu kepada pengasasnya Raja Abdul Aziz
al-Saud, dan kebanyakkanya dalam lingkungan umur 50an dan 60an. Setakat
ini bagaimana dan bila mereka akan melakukannya tidak diketahui.
Keputusan melantik pengganti
dibuat oleh anggota keluarga yang paling tua dalam keadaan tertutup.
Pemilihan Putera Salman bin Abdul Aziz al-Saud pada Isnin lepas sebagai
Putera Mahkota yang baru dan pewaris takhta adalah tidak memeranjatkan.
Putera Salman yang 12 tahun muda
dari Raja Abdullah, memegang kuasa sebagai gabenor Riyadh berdekad lalu
sebelum menjadi menteri pertahanan selepas kematian Putera Sultan tahun
lepas. Semasa menjadi gabenor beliau telah menukarkan Riyadh (Najd)
ibukota Saudi itu dari sebuah bandar biasa kepada kotaraya metropolis
seperti Dallas, lengkap dengan bangunan pencakar langit futuristik,
seperti bangunan tertinggi didunia, Kingdom Tower yang dimiliki Putera
al-Waleed bin Talal.
Pemilihan seterusnya untuk
pengganti putera mahkota dan takhta raja menjadi semakin sulit. Buat
masa ini terdapat 16 orang putera kepada pengasasnya masih hidup,
sebahagiannya tidak lagi layak atau tidak mempunyai pengaruh yang kuat
dalam keluarga diraja tersebut.
Yang tinggal hanyalah dua orang
sahaja yang sering dikatakan sebagai raja pengganti, iaitu Putera Ahmad
bin Abdul Aziz, 72 yang menggantikan Putera Nayef sebagai menteri dalam
negeri, dan Putera Muqrin bin Abdul Aziz, 69 sebagai ketua Agensi
Perisikan Saudi; walaupun begitu terdapat keraguan terhadap Putera
Muqrin kerana ibunya seorang Yaman.
Satu kemungkinan yang perlu
diberi perhatian ialah bakal pemimpin de facto untuk takhta tersebut
apabila terpilih sebagai timbalan perdana menteri pertama. Raja juga
memegang jawatan perdana menteri dan putera mahkota sebagai
timbalannya.
Namun begitu, di negara yang
terkenal dengan “Piagam Abdul Aziz” yang tertulis, “selama anak-anak
saya masih hidup, kekuasaan tidak akan berpindah ke cucu-cucu saya”,
bahaya pertelingkahan terbuka mengenai siapa yang akan mewarisi tahta
sekiranya kedua-dua Raja dan Putera Mahkota meninggal dunia. Ini kerana
kesemua saudara Raja Abdulah yang masih hidup telahpun lanjut usianya.
Mungkinkah selepas ini, tahta
Arab Saudi bakal diwarisi oleh cucu Ibn Saud. Masalahnya sekarang
siapakah di antara cucu-cucu Ibn Saud itu yang berkelayakan bagi
mengambil alih tahta pemerintahan. Sudah pasti kesemua anak Raja-Raja
yang pernah memerintah akan menuntut hak.
Pastinya Amerika Syarikat dan sekutunya akan memastikan bakal pewaris
tahta negara tersebut sebulu dengannya. Amerika Syarikat sudah pasti
tidak mahu kehilangan sekutu utamanya itu. Menguasai Arab Saudi bermakna
menguasai seluruh Dunia Islam dan yang lebih penting ialah akan dapat
memastikan keselamatan kewujudan negara Israel dan pendudukannya ke atas
Baitulmaqdis.
Penguasaan ke atas Baitulmaqdis pula akan memastikan penguasaan Amerika
Syarikat dan Israel ke atas dunia keseluruhannya. Justeru pembebasan
Baitulmaqdis daripada cengkaman Zionis pastinya tidak akan tercapai
tanpa terlebih dahulu membebaskan “2 Tanah Suci” dari penguasaan Amerika
Syarikat dan kuncu-kuncunya.
Mungkinkah apa yang sedang dan
akan berlaku di Arab Saudi kini adalah “permulaan kepada pengakhiran”
yang mana bakal menyaksikan kemunculan Imam Mahdi sebagaimana hadis di
bawah;
Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia akan berbalah setelah
kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan
dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima
bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam.
Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka
akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah).
Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq
untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish
yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan;
peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan
ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan
membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW.
Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].
Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas. Sabda Rasululullah SAW;
“Ya Allah, berkatilah Syam
kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga
Najd kita..?”, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa) : “Ya Allah,
berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya
Rasulullah, juga Najd kita..?”,(Rasulullah diam dan kembali berdoa) :
“Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka
berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kami..??”, beliau SAW kemudian
menjawab : “Dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari
sana (Najd) akan muncul tanduk setan!” (Sahih Al Bukhari)
No comments:
Post a Comment