1) Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar,seeloknya menggunakan air.
2) Ketika haid,wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita
terutama pada hari-hari yang banyak darah.Ini kerana darah merupakan
media yang sesuai untuk kuman membiak.Bagi wanita yang menggunakan
‘tampon’mereka perlu ingat untuk menukarkannya.
3) Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu iatu memasukkan jari
atau pancutan ke dalam faraj dengan dengan tujuan membersihkan bahagian
dalam faraj.Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bacteria
loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar
kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
4) Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat
kelamin kerana ia mungkin menyebabka kekeringan dan iritasi kulit dan
menjadi gatal.Sesetengah wanita sensitive dan alah pada pewangi dan buih
sabun.
5) Pasangan suami isteri diggalakkan membersih alat kelamin dengan
air sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang
optimum.Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas
hubungan seks untuk mengurankan risikojangkitan kuman pada pundi
kencing.
6) Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari
mengalami keputihan ,lebih baik memakai penty liner supaya ia tidak
melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.
7) Selain dari itu,bengkak nanah dikaitkan dengan jangkitan kuman dan
pesakit mengadu sakit serta demam.Rawatan adalah secara incisional dan
drainage untuk menggeluarkan nanah dan pengambilan antibiotic.Bisul juga
boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur .Oleh itu kebersihan
pencukur perlu dititikberatkan.
8) Wanita yang mengalami keputihan dengan penjagaan alat sulit
seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang
berpenyakit.Keputihan normal boleh berlaku pada waktu –waktu berikut
seperti beberapa hari sebelum haid,ketika ghairah seks,kehamilan dan
klimakterik ataupun selepas menopause.
9) Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran
warna dari jernih,putih kekuningan atau kehijauan atau
berdarah.Sekiranya keputihan terlalu banyak ,berketul-ketul kecil,gatal
dan berbau,tanda-tanda bengkak,pedih atau sakit pada alat
kelamin.Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau system
peranakan,wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta
demam.
10) Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan
dinasihatkan berjumpa doctor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia
berpenyakit atau tidak,supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit
lebih serius.
11) Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat
penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas
diikut dengan bijak.Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan
kuman dan keputihan yang tidak normal.
12) Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih
dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran.Mereka
dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan
sampingan,yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.
13) Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa
gatal,pedih,kemerahan,wanita itu dinasihatkan tidak menggunakannya lagi
dan berjumpalah doctor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
No comments:
Post a Comment