Wanita
dan bahagian peribadinya tidak boleh dipisahkan. Ia berkaitan dengan
fungsi seksual, haid dan reproduktif. Penjagaan alat sulit ini penting
bagi kesihatan wanita untuk jangka panjang.
Kesihatan bermula dari kebersihan
Bagi
wanita yang telah berkahwin, penyakit kelamin menjadi ancaman dalam
hidup mereka. Ini kerana aktiviti seks bersama pasangan memerlukan tahap
penjagaan organ seks ini lebih tinggi. Jika diabaikan kesihatan ini,
mereka boleh mendapat penyakit kelamin yang disebabkan oleh jangkitan
virus, kuman, bakteria ataupun kulat. Antara penyakit kelamin yang biasa
dihidapi adalah seperti Aids, Herpes, Hepatitis B, Gonorrhoea,
jangkitan kulat, ketuat kelamin dan kutu ari-ari.
Di
kalangan wanita yang belum berkahwin pula, pada kebiasaannya mereka
mengalami masalah keputihan. Keputihan adalah cecair atau lendir
daripada alat sulit wanita. Keputihan yang normal tidak berbau dan tidak
gatal. Tetapi lelehan keputihan yang banyak, berbau, gatal, warna
kuning dan ada kalanya kehijauan, ia menandakan berlaku jangkitan
bakteria, perasit atau virus.
Wanita
yang mengalami masalah pada alat sulitnya sering berasa gelisah,
runsing dan rasa rendah diri. Ia akan menjejaskan keyakinan diri apabila
berhadapan dengan orang ramai. Mereka akan berasa kurang selesa untuk
berada lama di tempat awam kerana bau dan kegatalan bahagian peribadinya
menyebabkan mereka ingin menjauhkan diri. Sebagai langkah pencegahan,
setiap wanita perlu menjaga kebersihan diri terutama bahagian
peribadinya. Oleh kerana bahagian peribadi wanita selalu lembap
disebabkan berpeluh, lalu bakteria juga mudah membiak dan ia boleh
mendatangkan bau yang tidak dikehendaki.
Di sini, beberapa tips dan panduan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan alat sulit wanita, vagina;
1. Cuci tangan sehingga bersih.
2. Cuci bahagian luar alat sulit dengan air bersih sudah memadai.
3. Gunakan waktu mandi dan membuang air untuk membersihkan alat sulit.
4. Gunakan air bersih untuk mencuci.
5. Gunakan sabun khusus jika perlu.
6. Gunakan seluar dalam yang sentiasa bersih.
7. Pakai seluar dalam yang selesa.
8. Pilih seluar dalam daripada kain kapas.
9. Gunakan pantyliner atau tuala wanita nipis bagi mereka yang mempunyai masalah keputihan.
10. Potong atau cukur rambut pada bahagian peribadi untuk mengelakkan perpeluhan berlebihan dan pembiakan bakteria.
11. Pastikan alat pencukur atau gunting itu bersih.
12. Elakkan mengguna seluar dalam orang lain.
13. Sebaik-baiknya gunakan air suam untuk pencucian.
14. Sewaktu haid, gunakan tuala wanita yang sesuai.
15. Ganti tuala wanita beberapa kali sehari.
16. Selepas membersihkan bahagian sulit, keringkan dahulu kemudian barulah pakai seluar dalam.
17.
Menyembur ataupun memercikkan air ke dalam vagina (menggunakan
alat/produk yang dijual atau botol khusus) untuk membersihkan bahagian
dalam alat sulit wanita tidak digalakkan. Dapatkan dahulu nasihat
daripada pihak yang arif (seperti ahli farmasi) tentang cara
penggunaannya.
18. Anda boleh gunakan air sirih (rebus beberapa helai dauh sirih) untuk membersihkan alat sulit.
19.
Elakkan mengguna produk haruman seperti bedak dan pewangi pada vagina.
Ini kerana keseimbangan pH dalam vagina sangat sensitif.
Sebenarnya
vagina wanita mempunyai mekanisme semulajadi untuk membersihkan diri.
Maka pembersihan pada bahagian luar alat sulit sudah memadai. Sekiranya
terdapat tanda-tanda seperti gatal, keputihan berlebihan, berbau, sakit
atau bengkak pada alat sulit, pergilah berjumpa doktor. Jika dibiarkan,
ia boleh menjejaskan kesihatan, tahap reproduksi dan seksualiti wanita.
No comments:
Post a Comment