Thursday, July 12, 2012

Puasa Mengubati Penyakit

Betapa indahnya alam, Maha Pencipta telah mengatur alam semesta secara seimbang dan menetapkan hukum serta ketentuan dengan ketepatan yang menakjubkan.
Misalnya, sinaran matahari memancarkan tenaga ke bumi secara bergilir, air laut pasang dan surut dari satu waktu ke satu waktu seterusnya. Itu mempengaruhi kitaran hidup manusia. Begitu juga denga sistem tubuh badan kita. Pengambilan makanan dihadkan pada suatu tempoh, dengan niat ibadah tetapi secara ilmiah sains, berpuasa merupakan suatu terapi.

Manfaat berpuasa bagi kesihatan adalah cukup jelas. Manfaat yang terserlah adalah kerana ia membantu detoksifikasi atau pengeluaran toksid daripada badan dan memberi peluang untuk organ-organ dalaman berehat, sekaligus mencergaskan semula organ utama seperti hati, kelenjar pencernaan dan buah pinggang.
Puasa mencegah dan mengubati kesan radikal bebas serta menangani pelbagai penyakit yang berpunca daripada nurisi yang berlebihan dari tubuh badan. Puasa dapat memanfaatkan bagi pesakit penyakit berikut :

1. Sakit Jantung
2. Sakit Buah Pinggang
3. Barah /Kanser
4. Hipertiroid
5. Pelemakan Hati
6. Hepatitis Kronik
7. Darah Tinggi
8. Kegemukan
9. Kencing Manis
10. Masalah Prostat
11. Asid di dalam tubuh/urat yang berlebihan
12. Kolestrol Tinggi

Air kencing dan najis orang yang berpuasa mengandungi toksik "organophosphate". Ini membuktikan bahawa puasa membantu detoksifikasi semulajadi. Ketika berpuasa, toksik yang disimpan dalam sel-sel adipose atau lemak boleh dikeluarkan dengan pantas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...