Sebelum ni isu pohon Gharqad, hari ni muncul
isu Hina Nabi Musa pula semasa pembukaan Sukan Olimpik London 2012. Ni
semua paranoid dengan Illuminati & Freemason. Bayangkan isu terbaru
pasal Nabi Musa tu, diulas semberono je. Riwayat mana menyatakan Nabi
Musa tingginya 40 hasta? 40 hasta tu bersamaan 18.2 meter. Tinggi.. Dari
hujah ni pun kita tahu ia diada-adakan. Bukankah kita sudah melihat
sendiri bagaimana Mumia Firaun di Muzium Mesir yang terawet? Melihat
besarnya? Melihat ketinggiannya? Bukankah Firaun yang diawet ini hidup
sezaman dengan Nabi Musa? Sudah pasti tingginya sama. Dalam Jejak Rasul
acapkali perihal Firaun diketengahkan.
Hanya ada 1 jawapan kenapa ia berlaku : Paranoid!
Paranoid sehingga mengada-adakan perkara yang tidak ada. Benar logo Olimpik 2012 berbentuk tulisan ZION, benar maskot Olimpik bermata 1, tetapi takkanlah kesemua tentang Olimpik nak dikaitkan dengan Illuminati/ Freemason/ Yahudi/ Zionis?
Dari posting mereka ini, siap dinyatakan lagi : "Insyaallah lepas ni kajian akan dibuat lagi dan akan dibongkarkan. Sebarkan kepada kawan2 yang lain agar kita tahu."
Hanya ada 1 jawapan kenapa ia berlaku : Paranoid!
Paranoid sehingga mengada-adakan perkara yang tidak ada. Benar logo Olimpik 2012 berbentuk tulisan ZION, benar maskot Olimpik bermata 1, tetapi takkanlah kesemua tentang Olimpik nak dikaitkan dengan Illuminati/ Freemason/ Yahudi/ Zionis?
Dari posting mereka ini, siap dinyatakan lagi : "Insyaallah lepas ni kajian akan dibuat lagi dan akan dibongkarkan. Sebarkan kepada kawan2 yang lain agar kita tahu."
2 perkara disebut. Pertama mereka kata ada lagi yang akan dibongkarkan. Entah apa la pula teori konspirasi yang akan mereka kaitkan. Silap-silap kemunculan Rowan Atkinson aka Mr Bean semasa Pembukaan Olimpik pun akan dikaitkan dengan Freemason. Kedua, selepas menyatakan ada kajian yang lain, mereka minta kita sebarkan. Lalu, tak pelik jika di news feed korang dipenuhi dengan berita ini.
Olimpik London 2012 = Perancangan Illuminati untuk menimbulkan kehuru-haraan.
Orang mula menghujani perkara ini di inbox saya. Soalan meminta pengesahan.
Maka di sini respon saya.
1 - Saya tidak pasti. Ada kemungkinan benar, dan besar kemungkinannya ini hanyalah paranoid sahaja. Orang membuat kajian, kita respect usahanya mengkaji. Benar atau tidak benar, kelihatan terlalu paranoid atau tidak, itu bergantung.
Kadangkala perkara-perkara konspirasi ni, sampai The Awakening Record(lambang dia Piramid) pun dituduh ejen Freemason. Angkat tangan kat dada sikit je, sudah dituduh upacara sembah Tuhan Matahari. Jadi kadangkala, ianya terlalu melebih-lebih.
Nak percaya 100% tak boleh, nak tolak 100% pun sebenarnya tak boleh juga.
2 - Cumanya saya suka la bila isu ini dibisingkan, untuk mengajak saudara-saudari yang ada di Page Hilal Asyraf(Official) ini muhasabah sebentar.
Kita lihat ya, gempak benar kita bila mendedahkan perancangan Freemason dan Illuminati. Kita hanya mampu tercengang, takut, tergamam, dan berharap ianya tidak terjadi, apabila setiap perancangan mereka didedahkan.
Nampak lemah sangat kita ni kan?
Kalau ianya didedahkan pun, kepada kuasa mana di atas muka bumi ini selain Allah SWT, mampu kita harapkan untuk menjadi wakil kita menghalang perancangan Illuminati dan Freemason?
Tiada. Ya, tiada.
3 - Ini adalah bukti betapa lemahnya kita. Hanya mampu mendedahkan, share, kemudian berharap dengan harapan kosong. Masalahnya di mana?
4 - Masalahnya adalah pada diri kita. Kita benci Illuminati dan Freemason, takut dengan perancangan mereka, gerun dengan betapa telitinya mereka. Namun kita sendiri tidak berusaha membina diri kita, mengumpulkan kekuatan kita, merancang perancangan dan strategi kita.
Kita tidak punya projek untuk membangunkan ummat ini, kita tidak punya strategic planning untuk menumbangkan sistem jahiliyyah hari ini.
Kita biarkan diri kita menjadi hamba kepada sistem, kita biarkan minda kita dibasuh dengan tatacara hidup barat, mengkagumi selebirti-selebriti, larut dengan hiburan.
Ada dari kalangan kita berdakwah, namun sekadar sibuk menjadi jaguh di Masjid, bergaduh sesama sendiri, dan sibuk membicarakan perkara yang tidak membangunkan minda serta ummah.
5 - Kemudian bila terdedah kepada kita perancangan Illuminati dan Freemason, yang sebenarnya kita sebarkan hakikatnya bukanlah awareness, tetapi KETAKUTAN kepada Illuminati dan Freemason itu sendiri, sekaligus bertepatan dengan perjuangan Illuminati dan Freemason yang mahu memperhambakan kita.
Kita hanya mampu TAKUT kerana?
Kerana kita sendiri, sepanjang umur kita ini, tidak pernah bersedia, membina kekuatan, melaksanakan strategi, mengumpul angka mereka yang sudi mahu berjuang, melahirkan pemimpin-pemimpin yang mantap, membina minda, membina daya saing kepada jahiliyyah yang kini memegang sistem hari ini.
Akhir kata daripada saya akan hal ini,
bukanlah kegemparan dan ketakutan terhadap Illuminati dan Freemason untuk rancangan mereka pada Olimpik 2012 ini(jika benar) yang patut kita besar-besarkan.
Tetapi malulah pada diri sendiri,
kerana hanya mampu takut dan gentar,
dan terpana dengan 'kelicinan, kelicikan, kebijakan mereka dalam merancang dan menyusun pergerakan'.
Marilah kuatkan diri.
Bina peribadi.
Masyarakat.
Keluarga.
Negara.
Kembalilah kepada Islam yang sebenarnya, memperbaiki diri dan mengajak orang lain. InsyaAllah, bermula dari situlah akan datangnya kekuatan kita.
No comments:
Post a Comment