Thursday, May 27, 2010

Promosi Urutan Aromaterapi RM 55 @ Yoyoy Kamphora Spa


Kami di Yoyoy Kamphora Spa menggunakan minyak dengan aroma yang romantik, menimbulkan rasa tenang serta dapat membangkitkan kesegaran pada tubuh dan minda. Ia memberikan rasa dingin dan harum sebagai terapi untuk kesihatan.


FAKTA: Faedah urutan

-Menyingkirkan lebihan toksin badan.
-Mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
-Merehatkan otot-otot yang selama ini mungkin mengalami ketegangan.
-Melicinkan tekstur kulit yang menjadi organ tubuh manusia paling besar.


-Melancarkan sistem pencernaan.
-Membentuk badan.
-Menyeimbangkan minda, rohani dan jasmani.
-Mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental


Sila ke Yoyoy Kamphora Spa untuk sesi rundingan kecantikan secara percuma.

Sila lawati website kami untuk maklumat lanjut (http://yoyoyspa.com/)

No.19-1, Jalan PGN-1A/1, Jalan Pinggiran Batu Caves,
68100 Batu Caves, Gombak

Telefon :
03-4146 4378
03-6184 1455
012-308 4479

Promosi Pakej Rawatan Body Whitening HANYA RM 180 @ Yoyoy Kamphora Spa



Rawatan body whitening di Yoyoy Kamphora Spa menyediakan lulur dan yang terdiri vitamin C & E yang dapat membantu mencerahkan, melembutkan dan yang penting, mengurangkan proses penuaan sel2 agar kulit tampak segar dan berseri.


Diadun dengan susu kambing dan susu beras untuk memelihara kelembapan kulit dan menyegarkan kulit. Goat milk and rice milk is a perfect ingredients to ligthen dull skin, leaving skin silky smooth and as fair as pearl...


Rawatan body whitening adalah rawatan kecantikan yang menjadi kebiasaan buat masa kini terutama bagi wanita bekerjaya yang ingin tampil anggun bergaya dan memerlukan berjumpa ramai orang.



Sesuai untuk:

* wanita-wanita baik suri rumah atau bekerjaya yang ingin tampil anggun dan jelita.
* bakal pengantin yang kulitnya sensitif tak tahan sakit waxing badan.
* bakal pengantin yang ingin tampak lebih halus dan cerah serta merta kulitnya.
* sports woman yang ingin cerah dengan serta-merta.
* meningkatkan keyakinan seseorang.
* membuang parut-parut lama di tubuh badan.


Promosi Rawatan Kecantikan Body Whitening @ Yoyoy Kamphora Spa hanya RM 180 sahaja untuk sesi mencerah, menghalus, mengurangkan parut-parut di tubuh badan, menegangkan kulit, merehatkan tubuh badan serta membantu melancarkan perjalanan ke seluruh tubuh badan.


Promosi rawatan pakej body whitening ini termasuk:
  • Sauna Aromatherapy
  • Full Body Scrub
  • Full Lulur Body Whitening
  • Full Lulur Milk Mask
  • Aroma Eye Pillow Treatment
  • Honey Drink

Sila ke Yoyoy Kamphora Spa untuk sesi rundingan kecantikan secara percuma di: Sila lawati website kami untuk maklumat lanjut (http://yoyoyspa.com/)


No.19-1, Jalan PGN-1A/1, Jalan Pinggiran Batu Caves, 68100 Batu Caves, Gombak

Telefon : 03-4146 4378 03-6184 1455 012-308 4479

Email : mail@yoyoyspa.com

10 a.m. - 9 p.m. : Isnin - Sabtu

10 a.m. - 7 p.m. : Ahad

Kelebihan Solat Dhuha



Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


Tuesday, May 25, 2010

10 Ways To Better Your Memory



It’s not always easy to remember every name, face, number, or important piece of information. Memorizing, especially for students, may seem like a dull a task and this idea makes accomplishing it all the more difficult. But th
ere are ways to make it more interesting and easier to do. For others, it can get so frustrating when you can’t remember a name or a word but you feel it on the tip of your tongue. It can also be embarrassing when you bump into someone and you completely forgot his name. When you go out at night and you meet somebody interesting, memorizing that person’s phone number when you don’t have a pen with you and while you’re already on your third drink may seem impossible to do. But with these tips, it shouldn’t be too much of a headache anymore.

Khasiat Royal Jelly

Dalam AL- Quran, Surat An-Nahl ayat 69,hasil penelitian para ahli serta pengalaman para peternak lebah sebagai berikut :


1. Berdasarkan Alquran surat An-Nahl ayat 69 "dari dalam perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang memikirkannya."


2. Hasil penelitian para ahli dan pengalaman


a. Khasiat madu : menyeimbangkan fungsi hati, kecantikan kulit, darah tinggi, radang lambung, diare, anti bakteri, menetralisir racun, melenyapkan rasa sakit, radang tenggorokan, batuk kering dll.


b. Khasiat Bee Polen : menyetabilkan regenerasi dan rehabilitasi menyetabilkan sel, mengatasi sembelit, anti biotika, awet muda.


c. Khasiat Royal Jelly : Mengandung hormon alami, menormalkan semua fungsi organ tubuh, anti kanker, anti virus, menurunkan kolesterol, dan meningkatkan seksual pria, meremajakan kulit, menghilangkan kerut diwajah, awet muda dll. Royal Jelly mengandung protein antibacteri yang sangat kuat, oleh ilmuwan Jepang disebut royalisin. Royalisin ini kaya asam amino dan effektif khususnya untuk melawan bakteri Gram-positive termasuk di dalamnya staph dan strep species.



(Fujiwara S, Journal of Biological Chemistry, July 5, 1990: 265:11333-7). Royal jelly mempunyai sifat anti-tumor. Suatu tim peneliti Jepang memberikan royal jelly ke sekelompok tikus di laboratorium sebelum ditranspallasi berbagai sell cancer ke dalamnya. Royal jelly tidak menunjukkan adanya effect pada cel leukemia tetapi mempunyai effect dramatic pada sarcoma cells. Umur tikus menjadi lebih panjang kira-kira seperlima dan ukuran tumor kira-kira menjadi setengahnya bila dibandingkan dengan tikus yang tidak diberi apa-apa.


The Journal Nippon Yakurigaku Zasshji-Folia Pharmacologica japonica (Feb. 1987; 89:73-80).


d. Khasiat propolis : propolis adalah perekat sel sarang lebah yang dibuat dari getah tanaham dan berkhasiat sesuai dengan tanan-tanaman tsb, diantaranya : antibiotika, ganguan saluran pernapasan, sinusitis, hay fever (alergi) dll.


e. Feremon sejenis senyawa kimia yang diproduksi oleh rati lebah dan berkhasiat merangsangsek lebah jantan dan mengatur aktivitas lebah pekerja.

Kami adalah pembekal bagi Madu Iran, Royall Jelly dan Madu Khaula.

Untuk mendapatkan petua dalam menjaga kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman sila hubungi kami di:


Sila lawati website kami untuk maklumat lanjut (http://yoyoyspa.com/)

No.19-1, Jalan PGN-1A/1, Jalan Pinggiran Batu Caves,
68100 Batu Caves, Gombak

Telefon :
03-4146 4378
03-6184 1455
012-308 4479

Email : mail@yoyoyspa.com

10 a.m. - 9 p.m. : Isnin - Sabtu
10 a.m. - 7 p.m. : Ahad

Monday, May 24, 2010

Memahami emosi pemarah



Setiap manusia Allah SWT berikan emosi marah dalam diri mereka. Hatta kepada orang bukan siuman pun mereka tetap mempunyai perasaan marah. Emosi marah bukan emosi yang tidak baik jika digunakan pada keadaan yang tepat. Emosi marah juga sebahagian daripada cara untuk menunjukkan ketegasan. Namun emosi ini menjadi negatif jika anda seorang yang panas baran. Panas baran sering kali membuatkan watak seorang pemarah lebih agresif dari marah yang biasa. Suka saya kongsikan bahawa ada empat kategori pemarah:

Cepat marah cepat sejuk
Jika anda seorang yang begini, anda masih mampu mengawal perasaan marah anda. Cuma ada kalanya anda tidak dapat menahannya lantas memberikan kesan pada orang lain. Bagusnya berkemungkinan anda akan lekas meminta maaf dan memaafkan orang lain, tidak perlu menunggu waktu yang lama.

Cepat marah lambat sejuk
Berhati-hati! Jangan sekali-kali naikkan kemarahan orang sebegini. Sangat bahaya! Kerana kemarahannya akan bertukar menjadi benci dan dendam kesumat. Apabila menjadi dua penyakit ini maka marah tadi akan menjadi barah yang akan sentiasa mengingatkan wajah yang dibenci. Mereka yang begini sukar untuk memaafkan orang lain. Kalau disuruh pergi meminta maaf, jauh langit dari bumi. Jiwa masyarakat Melayu banyak yang seperti ini. Awas!

Lambat marah lambat sejuk
Pada penelitian saya tidak ramai yang termasuk dalam kategori ini. Namun bila difikirkan bahaya juga kerana mereka tetap menyimpan marah yang lama pada anda. Bagusnya jangan sekali-kali untuk memaksanya menjadi pemarah. Mungkin kalau anda nak bergurau dengan mereka seperti ini jangan berlebih-lebihan. Sekali dia marah anda mungkin bermasalah untuk pulihkan hubungan persahabatan dengannya.

Lambat marah cepat sejuk
Wow! Tahniah jika anda adalah kategori ini. Bagi saya anda yang seperti ini adalah seorang yang penyabar dan juga pemaaf. Dua sifat ini akan menjadikan anda mudah didampingi oleh orang lain. Ramai orang suka berkawan dan minta pertolongan dari anda. Sejujurnya saya katakan anda akan mudah disayangi. Bukan senang nak jumpa mereka yang seperti ini dalam dunia sekarang.

Metodologi Menangani Stres



Saya terbaca satu cara dalam menangani stres menggunakan kaedah IDEAL. Kuasailah kaedah ini mudah-mudahan stres dan tekanan kerja harian makin dapat diselesaikan dengan bijak.

I (Identify the problem) - Kenal pasti masalah yang sedang anda hadapi. Tidak ramai yang mampu memikirkannya. Sebaliknya bila tertekan terus menunjukkan ekspressi akibat tekanan yang diterima. Jadi sudah pasti masalah tetap juga tidak akan selesai.

D (Describe posibble options) - Masalah sudah dikenal pasti, maka teruskan langkah kedua dengan menyenaraikan segala pilihan yang ada untuk menyelesaikan masalah anda tersebut. Senaraikan semuanya.

E (Evaluate consequences of each option – the pro’s and con’s) - Setiap pilihan yang disenaraikan tidak semuanya tepat maka anda perlu menganalisis setiap pilihan tersebut sama ada sesuai atau tidak. Fikirkan baik buruknya juga sebelum anda menetapkan keputusan.

A (Act) – Bertindaklah mengikut pilihan terbaik yang anda ada. Analisis yang telah dilakukan akan memberikan tindakan yang tepat kepada masalah anda.

L – (Learn) - Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Belajarlah dari pengalaman anda terhadap sesuatu masalah. Tidak salah juga jika anda menulis masalah tersebut dan menyimpannya sebagai satu cara untuk membantu anda menghilangkan masalah stres.

Saturday, May 22, 2010

8 Beauty Tips to Enhance Your Skin Naturally


Presented here are some simple tips that you can use effectively to make your skin look soft and healthy.


* Scientists have established a direct link between premature aging of your skin and smoking. So if you are into smoking, get rid of it.


* Stay away from sunbathing and tanning salons. Avoid the hot midday sun, preferably from 10 am to 4 pm, as the sun’s rays are strongest during this time, if you do not wish to end up with freckles, age spots or blotchy complexion on your skin. And if you still have to be outside during this time, ensure you have enough protective measure taken, like a protective hat, log sleeved shirt or sunglasses.


* Use sunscreen regularly, especially those which provide both UVB and UVA protection and with SPF that is higher than 15. Too much of unprotected exposure to the sun results in the formation of fine wrinkles and uneven skin tone, a phenomenon termed as ‘photoaging.’

* Be aware of skin cancer, and if you notice anything unusual about your skin, seek medical advice immediately. This applies more for older and fair skinned people who are at a greater risk than anybody else.

* Use a humidifier like moisturizing soaps or lotions to keep your skin soft and smooth and see your doctor if its otherwise.

* Maintain a healthy food habit and see to it that you drink lots of water. This will ensure your skin is hydrated from inside out.


* There are several anti aging products in the form of lotions and creams available off the shelf which, women above 50 can make the best use of for revitalizing their skin. Among these, products laced with pentapeptides that promote the development of collagen, the support structure that is responsible for giving a firm look to the skin, can be used for best results. There’s also the option of prescription treatments and retinoid creams that you can make the best use of.

* There is a range of skin treatments available that can impart a youthful look to the skin. This includes botox injections to get rid of wrinkles from the upper third of the face, chemical peeling methods for erasing fine lines especially around the eyes and mouth or wrinkle fillers to plump up the skin. Another method to remove ultra fine lines, rejuvenate skin complexion and improve skin color and tone is microdermabrasion. Intense Pulse Light is still another method that allows doctors to take care of skin that may have been damaged by the sun, scars and other facial problems.

Thursday, May 20, 2010

Muslimah Ideal



bagaimanakah menjadi Muslimah yg ideal?
ideal ya, bukan idealisitik.
haruslah menjaga 3 perkara besar ini:
1. BODY

  • besederhana dalam makan dan minum.
  • beriadah.
  • jaga kebersihan pakaian dan tubuh badan.
  • jaga kebersihan mulut dan gigi.
  • jaga kebersihan rambut.
  • menunjukkan penampilan yang bagus.
  • tidak berlebih2an dalam berhias.

2. MIND
  • giat mencari ilmu.
  • berusaha untuk mendalami bidang yg diceburi.
  • tidak dipengaruhi perkara2 karut dan mitos.
  • tidak berhenti belajar dan membaca.
3. SOUL
  • beribadah dengan konsisten.
  • bersama2 dengan orang2 yang menegakkan agama Allah.
  • sentiasa berzikir dan berselawat.
  • mengikut sunnah.

Ujian


apa tu ujian?

kalau di sekolah, ujian adalah masanya untuk menguji sama ada budak sekolah betul2 faham atau tak ape yang cikgu ajar. walaupun ada yang meniru, sekurang2nya mereka mempunyai daya pemikiran yang agak sihat untuk berfikir bagi mencapai kejayaan.

ujian dalam hidup, ujian Allah bagaimana?

tapisan untuk membuktikan kita benar2 hamba-Nya, umat Islam yang sejati.

kenapa orang CUMA sebut benda SUSAH itu sebagai ujian?

kenapa hanya bila diuji dengan kesusahan saja kita patut bersabar? benda yang senang tak perlukah bersabar?

ujian Allah tu tak datang dalam bentuk susah je... harta banyak pun ujian, anak2 pun ujian. tapi kenapa kita cuma nampak benda susah je sebagai ujian & benda senang tanda Allah sayang ke?

Allah ni beri senang pada orang yg Dia sayang supaya orang tu terus bersyukur, tapi Dia juga bagi senang pada orang yang Dia tak sayang supaya orang tu terus-terusan kufur. Dia juga bagi susah pada orang yang Dia sayang supaya orang tu terus-terusan ingat Dia, tapi Dia juga bagi susah pada orang yang Dia tak sayang supaya orang tu terus-terusan berkeluh kesah.

jadi, antara cara nak ukur kasih sayang ke ujian Allah ke, cuba tengok penerimaan kita terhadap sesatu pemberian tu. then.. sendiri mau ingatlah.

Wednesday, May 19, 2010

Solat Di Awal Waktu


1) Hadith:

الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)

Ertinya: " Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)


2 ) Sabda Nabi SAW


سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)

Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)


3- Nabi SAW bersabda.

Ertinya : "Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam." ( Hadith Shohih riwayat Al-Bukhari)


4- Nabi SAW bersabda :

Ertinya : "Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam"


5- Nabi SAW bersabda :

Ertinya "Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya" (Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)


6- Nabi SAW Bersabda :

Ertinya : "Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung ganjarannya" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)


Demikian, hadith umum tentang fadhilat solat di awal waktu, bagaimanapun terdapat beberapa hadith yang lain yang dianggap ditakhsiskan awal waktu tersebut. Yang mana ianya memberi kesan terhadap pandangan para fuqaha mazhab. Terlebih dahulu, dikemukakan pandangan mazahab empat :-



Mazhab Hanafi:

Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal.
Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, krn bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.


Mazhab Maliki:

Sebaik2 waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk berdalilkan kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.


Mazhab Syafie:

Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.


Mazhab Hanbali:

Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.

Kesimpulan menurut penulis: Umumnya, solat di awal waktu terlebih afdhal ketika tiada maslahat-maslahat lain yang ingin dicapai seperti meramaikan jemaah bagi waktu subuh, Memperbanyakkan solat sunat sebelum asar, Membolehkan Qiamullail bagi Isyak dan menyejukkan bahang bagi Zohor. Tanpa Alasan dan maslahat tadi maka , semua solat adalah afdhal di awalnya.

Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ?

Telah banyak kali rasanya disebutkan oleh ribuan malah jutaan ilmuan Islam di seluruh dunia, bahawa menderma dan bersedeqah itu menambahkan rezeki dan bukan mengurangkannya.

Namun sudah tentu akan tetap wujud individu yang masih belum mampu memperolehi keyakinan bahawa rezekinya akan bertambah apabila menghulurkan sejumlah wang yang diusahakan dengan penat lelah itu.

Ini berlaku biasanya, disebabkan oleh minda individu terbabit yang mengecilkan skop rezeki hanya kepada penilaian naik turun harta dan wang di hadapan mata. Akibat dari itu, apa yang berkurang akan dirasa sentiasa menurun. Perasaan itu terus menerus mengunci dirinya untuk bersedeqah dan menyumbang, malah lebih serius apabila ada sebahagiannya menahan diri dari berbelanja untuk diri dan keluarganya.

MAKSUD REZEKI DALAM ISLAM

Bagaimana sebenarnya maksud rezeki di dalam Islam?

Rezeki di dalam Islam bukan hanya terhad kepada wang dan harta. Jangkauan rezeki yang disebut oleh Allah ta'ala dan Rasulullah terlalu amat luas meliputi rezeki yang rencam. Hakikatnya orang yang ‘memberi' dan menyumbang akan memperolehi pulangan dari Allah dalam bentuk yang amat pelbagai, juga mencakupi material dan spiritual.

Namun sebelum itu, perlu difahami, sebagaimana rezeki yang tidak boleh dikecilkan skopnya hanya kepada harta, begitu juga ‘pemberian' dan ‘sumbangan' yang juga tidak terhad kepada wang dan harta. Bahawa mengajak orang kepada kebaikan dan melarangnya dari kemungkaran adalah sebuah pemberian berharga, membantu mereka yang melakukan kerja yang baik itu pemberian, dan menahan diri dari melakukan maksiat itu sendiri merupakan sebuah pemberian amat bermakna.

Apa yang jelas, semua jenis ‘pemberian' dan ‘sumbangan' itu adalah amalan kebajikan apabila ia menepati dua syarat yang paling minima iaitu :-

  • 1) Ikhlas kerana Allah
  • 2) Ia berupa sumbangan ke arah kebaikan berdasarkan penilaian hukum Islam.
Justeru, apa sahaja yang disumbangkan, sama ada idea, ilmu, teguran, nasihat, tenaga untuk kerja, masa, perasaan, emosi dan sebagainya untuk membawa kebaikan untuk Islam, ia adalah sumber terbukanya rezeki di sisi Islam. Ia juga merupakan sumber kewujudan unsur ‘berkat' di dalam kehidupan dan harta.

Bolehkah Peguam Syarie Bukan Muslim?

Selain isu pemberian lesen perjudian untuk mengendalikan perjudian sewaktu piala dunia pada bulan hadapan, isu berkait Islam yang banyak ditanyakan adalah berkaitan Perlantikan Peguam Syari'e dari kalangan bukan Islam. Apakah terdapat larangan khusus atau keharusan tentangnya di dalam Islam?


  • Ingin Simpan Emas Secara Halal?
  • Perjudian Bolasepak Akan Di'Halal'kan?
  • Dosa-Dosa & Facebook
  • Kiamat besar & Kiamat Kecil Datang Tiba-tiba
  • Dua Isu Sukar Dipermudah : Kewangan Islam & Wahabi
  • Sekatan Yang Membantut Perbankan Islam
  • Jaga Adab, Bertambah Berkat
  • Walau Siapa Dirimu, Jangan Lupakan Tugas Ini
  • Bolehkah Menyelamat Pesalah di Mahkamah ?
  • Rezeki, Berkat & Apa Pula Untukmu ?
  • Buku Ke 11 : Mutiara Akidah & Ibadah
  • Ulama Jadi 'Tuhan' & Kenapa Berbeza Pendapat?
  • Deraan & Kematian Syafiah : Apa Diperlukan Kini?
  • Status Hukum Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM100
  • Ingatan Buatmu Ya Rasulullah

Ilmu: rapatkanlah saf sembahyang

BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM

Ketika solat berjemaah, jarak yang terbaik adalah, sehingga menyentuh jari kaki ahli jemaah lain disebelah kita. Ia sekaligus mempertautkan ukhuwwah serta mampu membuang rasa keegoan diri. Terdapat banyak hadith yang menyokong kesimpulan ini, antaranya hadith shohih riwayat al-Bukhari menyebut :


وكَانَ أحَدُنَا يُلزِقُ مَنْكِبَهُ بمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمُه بقدمِه

Ertinya : "Adalah semua kami (sahabat) bersentuh bahu kami dengan yang lain, demikian juga hujung kaki" ( Riwayat al-Bukhari) [4] Sohih Al-Bukhari, no 692, 1/254

Western Digital labur AS$1.2b


Western Digital (WD) Corporation bersetuju meluaskan lagi aktiviti pembangunan dan penyelidikan (R&D) pengeluarannya di Malaysia, yang membabitkan pelaburan bernilai AS$1.2 bilion.

Pengumuman itu dibuat pada pertemuan antara Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Western Digital Datuk Jhon F. Coyne dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini.

Keputusan Western Digital menjayakan projek di sini juga dibuat susulan perbincangan dengan Perdana Menteri semasa lawatan kerja Najib ke Washington bulan lepas.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata Western Digital memilih Malaysia untuk peluasan terkininya berikutan kejayaan operasinya di sini sejak 38 tahun lepas.

Pelaburan itu membabitkan pembinaan kemudahan baharu seluas 1.5 juta kaki persegi untuk R&D kepala magnetik dan komponen media serta pemacu cakera keras.

Pembinaan itu dijadual siap menjelang suku ketiga 2011 dan beroperasi pada kapasiti penuh dalam tempoh lima tahun berikutnya.

"Sebanyak 10,000 pekerjaan tambahan, yang sebahagian besarnya memerlukan pekerja berkelayakan tinggi, 100 lulusan PhD, 1,000 lulusan ijazah, 3,000 lulusan diploma dan sijil, akan diwujudkan," kata kenyataan itu.

Ini selari dengan matlamat model baru ekonomi bagi mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi.

Western Digital ialah peneraju global dalam pembangunan dan pengeluar pemacu keras dan pemacu padu untuk aplikasi dalaman, luaran, mudah alih dan storan perkongsian.

Syarikat itu yang akan meraikan ulang tahun ke-49 tahun ini, memulakan operasi di Malaysia sejak 1972, dengan jumlah pelaburan setakat ini sebanyak AS$2.5 bilion dan menyediakan 19,000 peluang pekerjaan.


Pelaburan China masih sedikit

Malaysia dan China mencatatkan prestasi perdagangan yang lebih baik tetapi pelaburan China di Malaysia masih lagi sedikit, kata Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Konsul Pelaburan merangkap Pengarahnya di Shanghai, Lee Yong Ming berkata, MIDA telah meluluskan 17 projek pelaburan China bernilai AS$47.4 juta (RM152.32 juta) pada 2009 manakala jumlah perdagangan antara kedua-dua negara bernilai AS$51 bilion (RM163.88 bilion) tahun lepas.

"Justeru itu, MIDA mengalu-alukan pelabur China, terutamanya perusahaan di Wenzhou, untuk meneroka Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan, bukan hanya dalam perdagangan tetapi juga pelaburan," katanya semasa ditemui di misi perdagangan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak ke Wenzhou dari 10 hingga 15 Mei.

Misi perdagangan yang disertai 20 pegawai kerajaan negeri dan juga ahli perniagaan itu diketuai oleh Exco Kanan Negeri, Datuk Hamidah Osman.

Yong Ming berkata, Malaysia mempunyai dasar pelaburan yang liberal dalam pembuatan, sektor berkaitan pembuatan dan sektor perkhidmatan dan justeru itu, pelabur China harus meneroka insentif dan sokongan yang disediakan oleh kerajaan.

"Perusahaan Wenzhou harus melawat Malaysia dan Perak untuk meneroka peluang pertumbuhan perniagaan yang besar di negara itu," katanya.

Ahli perniagaan dari Malaysia dan China perlu merebut peluang itu untuk meningkatkan lagi hubungan perdagangan dua hala kerana Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang menjalin hubungan diplomatik dengan China.

Kita mampu capai status negara maju


Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz yakin Malaysia mampu mencapai status negara maju menjelang 2020 walaupun tidak mencapai sasaran purata kadar pertumbuhan tahunan tujuh peratus.

Rafidah berkata, kerajaan melakukan segala yang mungkin untuk memulihkan negara daripada kesan krisis kewangan global.

"Kita perlu berusaha lebih gigih untuk mencapai kadar pertumbuhan tinggi dalam tempoh sembilan tahun akan datang. Saya positif memandangkan masa dalam tempoh sembilan tahun, kita pasti mampu melakukannya, mungkin bukan betul-betul pertumbuhan tujuh peratus tetapi lebih enam peratus sudah cukup baik, kita mencapai ke arah itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan kertas kerjanya di Forum Ahli Perniagaan Wanita Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Keenam, di sini, hari ini.

Thursday, May 13, 2010

Ungu ~ ANDAI KU TAHU

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…


Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.


Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.


Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.


Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.


Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.


Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.


Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.


Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.



Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Kebaikan Mandi Susu


Mandi susu memang sudah dikenal sejak jaman Cleopatra. Jika pada umumnya, mandi susu hanya dinikmati perempuan dewasa yang ingin merawat kecantikan kulitnya, namun di Cina seorang bayi sudah dimanjakan dengan mandi susu diusianya yang baru enam minggu. Air susu yang digunakannya pun bukan sembarangan, melainkan Air Susu Ibu (ASI).

Kenikmatan mandi susu dirasakan Shan Shan, karena sang ibu, Ny. Luo mengeluarkan ASI yang sangat berlimpah. Bayangkan saja, dalam seharinya, Ia mengaku bisa mengeluarkan ASI lebih dari dua liter.


Sudah pasti jumlah tersebut cukup berlebih jika hanya untuk menyusui putri pertamanya. Tidak ingin ASI nya terbuang dengan percuma, Ia meminta seluruh anggota keluarga seperti ibu, suami dan ibu mertuanya agar ikut menikmati ASI tersebut. Namun, meskipun telah banyak yang mereka konsumsi, tetap saja ASI yang dikeluarkan masih berlebih.


Hingga akhirnya sang ibu mertua mengusulkan sebuah ide. Ia menyarankan kepada menantunya, agar ASI tersebut digunakan sebagai air mandi bayinya.

“Saya menyarankan mengapa tidak digunakan untuk mandi bayi saja. Mereka kemudian menyetujui saran saya,” ungkapnya.


Layaknya sang Cleopatra, Shan Shan pun kemudian dimanjakan dengan mandi susu. Luo mengatakan bahwa mandi susu membuat kulit buah hatinya terlihat lebih lembut dan putih. Meskipun demikian, Luo tidak mau terlalu sering memanjakan bayinya dengan mandi susu. Ia berniat untuk memberikan kelebihan ASI yang dikeluarkannya kepada orang lain yang lebih memerlukannnya.

Mandi susu sangat digemari kerana ia boleh melembut dan mencerahkan kulit.Ada lima kebaikan mandi susu iaitu :


* menyental kulit mati * melembab * mengembali keanjalan kulit * mengurangkan tekanan * menghalang kedut

Wanita Asli Kecantikan Semulajadi..


Ramai wanita yang terpengaruh dan membenarkan diri mereka di pengaruhi oleh iklan-iklan kecantikan di majalah dan juga media seperti television, semata mata untuk kelihatan cantik.

Tetapi mereka tidak sedar yang tujuan sebenar iklan-iklan tersebut adalah untuk merendah-rendahkan kecantikan semulajadi wanita dan dengan membeli

Wanita sememangnya adalah makhluk yang di ciptakan allah cantik secara semulajadinya. Mereka lupa kecantikan semulajadi adalah dari dalam diri sendiri. Saksikan video di bawah di mana wanita ini “di cantikan” oleh media.




Cantik semula jadi


ALAM semula jadi sememangnya kaya dengan rahsia yang masih belum tersingkap. Buah-buahan dan sayur-sayuran misalnya adalah anugerah Maha Pencipta yang bukan saja enak dinikmati malah banyak khasiat di sebaliknya termasuk untuk kecantikan.

PISANG

Musa sapentium L
Pisang sememangnya kaya dengan potassium dan mengandungi bahan pelembap yang menakjubkan apabila digunakan untuk merawat rambut dan kulit.

Resipi

*Sebiji pisang masak
*1 sudu madu
*1/2 sudu minyak jojoba
*1 sudu yogurt
*Putih telur
*1 sudu tanah liat putih

Pukul putih telur, kemudian campur yogurt, minyak jojoba, madu dan tanah liat sehingga menjadi adunan berkrim dan lembut.

Dalam mangkuk berasingan, lecek pisang dan masukkan ke dalam campuran bahan pertama.

Sapu adunan tersebut di muka, leher dan bahu. Urut perlahan dan biarkan selama 15 minit sebelum dibersihkan. Resipi ini membantu melembut dan menganjalkan kulit.

YOGURT

Produk tenusu ini mengandungi bakteria ‘baik’. Ia boleh digunakan dalam rawatan melembapkan dan membersihkan kulit.

Resipi
*1/4 cawan yogurt
*3 sudu T Honey
*3 sudu puri labu atau
*3 sudu puri lobak merah

Kisar puri labu atau lobak merah (sama ada di dalam tin tanpa bahan pengawet) atau yang dimasak. Campurkan bersama yogurt dan madu. Manjakan seluruh tubuh dengan adunan tersebut dan berendam dalam air suam selama 20 minit, kemudian bilas.


TIMUN

Cucumis sativus
Sayuran ini terkenal kerana kelebihan bahan penyejuk dan astringen yang terdapat di dalamnya. Cuba beberapa hirisan timun untuk melegakan mata yang letih.
Cuba resipi ini untuk merawat rambut akibat klorin selepas berenang di kolam renang.

Resipi
*1 butir telur
*3 sudu minyak zaitun
*1/4 cawan timur yang telah dihancurkan.

Kisar telur, minyak zaitun dan timun. Ratakan campuran bahan tersebut pada rambut, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Untuk hasil yang memuaskan, amalkan resipi ini berterusan.
Lemon

Citrus limonum
Buah ini kaya dengan bahan penyegar dan anti-viral. Cuba buat sendiri semburan untuk rambut menggunakan lemon sebagai bahan asas.

Resipi
*1 biji lemon
*3 cawan air
Hiris lemon dan didihkan secara double boiler. Biarkan sehingga campuran bahan tinggal separuh. Tapis bahan tersebut dan masukkan ke dalam botol penyembur. Tambah setengah cawan air untuk mencairkan bahan tersebut jika perlu.
Semburkan cecair lemon kepada rambut apabila perlu. Oleh kerana ia lembut dan tidak mengandungi alkohol atau bahan kimia, cecair ini sesuai untuk kanak-kanak. Simpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.

Friday, May 7, 2010

10 Tip Cantikkan Diri Untuk Wanita


Untuk kelihatan cantik, tidak semestinya anda perlu bersolek, mendapat rawatan di salon-salon terkemuka. Anda hanya perlukan 5-10 minit untuk tampil menawan. bagaimanakah caranya?


1.
Jadikan aktiviti membersihkan wajah sebagai rutin wajib anda setiap pagi dan malam. pemeliharaan kulit merupakan asas penting dalam penampilan kecantikan anda.


2.
Anda perlu menjadi orang yang paling arif mengenai wajah anda. Apabila anda ingin membeli set penjagaan muka atau kosmetik, baca butiran dengan terperinci untuk mengelakkan sebarang komplikasi. seeloknya anda membeli pek perubaan. sekiranya serasi. buatlah keputusan untuk memilikinya.

Indeks disasar 1,465 mata akhir tahun ini

Sektor perbankan, penjagaan kesihatan dan pengguna sebagai pilihan utama pelabur dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang. Ketua Penyelidikan OSK Research Sdn. Bhd., Chris Eng berkata, pemilihan dibuat berdasarkan sentimen ekonomi global dan tempatan yang semakin pulih meskipun wujudnya ketidaktentuan pasaran dalam jangka pendek.


Beliau menjangkakan sektor perniagaan akan beroperasi seperti biasa menjelang suku ketiga tahun ini.

"Bagi tempoh jangka pendek iaitu dalam masa tiga bulan, para pelabur disarankan supaya meninjau sektor perbankan, pembinaan dan saham berkaitan dengan Sarawak.

"Saham syarikat automotif serta minyak dan gas (O&G) dilihat berpotensi bagi separuh kedua tahun ini berikutan sentimen pengguna yang kian pulih dan kemungkinan penyenaraian anak syarikat Petroliam Nasional Bhd. (Petronas)," katanya selepas melancarkan buku bertajuk 50 Jewels (Edisi 2010) Syarikat Bermodal Kecil Malaysia Teratas, di sini hari ini.

Eng berkata, pasaran saham bagi separuh pertama tahun depan dijangka baik berikutan pilihan raya negeri Sarawak dan penyenaraian Petronas dilihat merangsangkan minat O&G semula selain didorong oleh keadaan ekonomi global.

"Kami menjangka Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) berada pada paras 1,465 mata pada akhir tahun ini walaupun nilai yang munasabah yang ditetapkan sebelum ini adalah 1,345 mata,'' kata beliau sambil menambah nilai munasabah OSK Research pada tahun depan ialah 1,580.

Ditanya kesan pengukuhan nilai mata wang Ringgit terhadap pasaran saham, Eng berkata, pasaran saham agak seimbang dengan wajaran saham mewah dan kecairan dilihat positif.

"Ia memberi kelebihan untuk pihak yang terlibat dalam kegiatan pengimportan dan memberi kesan negatif terhadap pengeksport," tambah beliau.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan, Timbalan Ketua Penyelidikan, Jeffrey Tan berkata, sebanyak 19 syarikat baru merentasi pelbagai industri dan sektor telah dipilih untuk penyertaan dalam buku tersebut.

Katanya, dua kategori baru juga ditambahkan iaitu perkhidmatan kewangan dan konglomerat.

"Syarikat-syarikat ini dipilih berikutan faktor mangkin harga saham positif bergerak ke depan, penilaian yang tiada permintaan dan asas yang kukuh dan meningkat," ujarnya.

Tan menjelaskan, buku tersebut menampilkan 50 syarikat tetapi berbanding edisi sebelumnya, nilai permodalan pasaran telah ditingkatkan kepada RM1.5 bilion dari RM1 bilion.

"Ini adalah untuk mengekalkan liputan mendalam dan meluas serta memastikan syarikat bermodal kecil yang lebih baik diwakili.

"Kesemua 50 syarikat tersebut mempunyai potensi peningkatan antara lima hingga 15 peratus," kata beliau.

Politeknik dinaik taraf universiti

Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan semua politeknik di negara ini dinaik taraf menjadi universiti politeknik pada tahun 2015 bagi meneruskan kecemerlangan institusi kemahiran itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, buat masa ini pihaknya dalam perancangan untuk memastikan institusi kemahiran itu mampu menawarkan diploma, diploma lanjutan, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana sehinggalah kepada Doktor Falsafah (Ph.D).

''Sekarang ini politeknik hanya menawarkan diploma sahaja. Apabila mereka sudah tamat pengajian, mereka terpaksa melanjutkan pengajian ke universiti.

''Perancangan kita ialah kita mahu mereka ini meneruskan pengajian dari diploma sehingga ke doktor falsafah. Negara memerlukan siswazah yang mempunyai kemahiran yang tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kemasukan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled menyerahkan surat tawaran kepada 211 orang lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dari Sibu yang mendapat tawaran ke politeknik dan 190 orang yang mendapat tempat ke IPTA.

Ekonomi 9% tahun ini

Ekonomi dijangka tumbuh sekitar sembilan peratus tahun ini berikutan eksport yang bertambah baik dan meningkatnya perbelanjaan domestik, kata firma penarafan tempatan, RAM Holdings Bhd. (RAM) hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri C. Rajandram berkata, peningkatan pertumbuhan ekonomi dilihat cukup positif berikutan ramalan perkembangan pesat pada separuh kedua tahun ini dengan kadar tempahan dan permintaan yang tinggi.

Walaupun ekonomi dunia masih belum stabil, sektor eksport Malaysia didapati semakin meningkat.

"Tanda-tanda pemulihan itu akan mewujudkan satu fenomena yang memberangsangkan dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia," kata beliau selepas mesyuarat agung tahunan RAM Holdings di sini hari ini.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu, RAM mengekalkan kedudukan kewangan yang baik dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM11.52 juta dengan perolehan RM49.34 juta.

Menurut Rajandram, pihaknya melihat prestasi ekonomi pada separuh pertama tahun ini juga cukup memberangsangkan berikutan pencapaian suku pertama yang amat baik.

Katanya, kesan penstrukturan semula ekonomi kuasa besar, Amerika Syarikat (AS) dan China, memberi impak besar kepada pertumbuhan ekonomi tempatan khususnya pada suku pertama tahun ini.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, terbitan sukuk untuk tahun ini dijangka perlahan berbanding tahun lalu tetapi akan kembali rancak sebaik sahaja keadaan pasaran kembali seperti sedia kala, dirangsang oleh pelaburan dan pembiayaan besar terutamanya di negara-negara Asia dan Teluk.

Pertumbuhan sukuk lembap sejak enam bulan lepas ekoran keadaan pasaran kredit yang kurang memberangsangkan.

"Sebaik sahaja keyakinan kembali mungkin dalam enam hingga sembilan bulan ini, terbitan sukuk akan mempamerkan semula aliran penguasaannya dan kembali mencatat pertumbuhan dua digit," katanya.

Sementara itu, RAM menyasarkan bon korporat bernilai RM50 bilion hingga RM60 bilion akan diterbitkan pada tahun ini berbanding RM59 bilion tahun lalu.

Terbitan bon korporat menunjukkan peningkatan 18 peratus pada tahun lalu berbanding tahun 2008.

Rajandram berkata, jumlah bilangan terbitan bon yang mengalami mungkir bayar adalah lebih baik berbanding jangkaan.


Thursday, May 6, 2010

PROMOSI MEI 2010 @ Yoyoy Spa



Promosi hebat sempena hari ibu di Yoyoy Kamphora Spa.


  • Resdung 6 batang = RM 10
  • Sauna Aromatherapy = RM 15
  • Body Scrub Coffee = RM 35

  • Body Scrub Chocolate = RM 35
  • Full Lulur Body Whitening = RM 35
  • Full Body Moisturizing = RM 35
  • Facial Normal = RM 28

Tuesday, May 4, 2010

Kelebihan Rawatan Lulur Scrub Coffee


Manfaat kopi ini sangat baik iaitu:

  • Kopi boleh membuang sel-sel kulit mati sehingga memperbaiki kulit yang rosak.
  • Meneutralkan kulit yang bermasaalah sekaligus memberi nutrien pada kulit.
  • Menghilangkan bau badan.
  • Memperbaiki perjalanan darah dan mencegah lemak di tubuh yang boleh menimbulkan selulit.
  • Berfungsi sebagai astringent kerana kandungan ph nya 4.5 sama dengan kulit kita sehingga boleh mengurangi dan menghilangkan bekas jerawat, flek ataupun parut degil
  • Memberi perlindungan terhadap sinar UVA atau UVB.

Adat Resam Melayu


Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Dan kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.


Setelah kedatangan Islam lebih 700 tahun yang lalu amalan-amalan tertentu di dalam kehidupan seharian ini telah disesuaikan dengan tuntutan dan saranan agama, mana-mana amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam telah ditinggalkan serta tidak diamalkan lagi. Amalan ini juga dipanggil sebagai adat.



Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakkan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual.



Berikut adalah beberapa rentetan adat resam Melayu yang pernah diamalkan dan ada yang masih diamalkan hingga ke hari ini:

  • Melenggang Perut
  • Menyambut Kelahiran
  • Berendoi
  • Bercukur Jambul
  • Bersunat
  • Bertindik
  • Berkhatam Al-Quran
  • Menilik atau merisik
  • Meminang dan bertunang
  • Menghantar Belanja dan Akad Nikah
  • Berandam dan berasah gigi
  • Berinai di Pelamin
  • Bersanding
  • Mandi-mandian atau berlimau
  • Sambut-menyambut (Bertandang)
  • Meminang Perempuan Janda
  • Adat Berkahwin Janda
  • Adat Berkahwin Janda Berhias
  • Bersalin
  • Berpantang Empat Puluh Empat Hari
  • Mandi Selepas pantang
  • Kematian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...