Setiap manusia Allah SWT berikan emosi marah dalam diri mereka. Hatta kepada orang bukan siuman pun mereka tetap mempunyai perasaan marah. Emosi marah bukan emosi yang tidak baik jika digunakan pada keadaan yang tepat. Emosi marah juga sebahagian daripada cara untuk menunjukkan ketegasan. Namun emosi ini menjadi negatif jika anda seorang yang panas baran. Panas baran sering kali membuatkan watak seorang pemarah lebih agresif dari marah yang biasa. Suka saya kongsikan bahawa ada empat kategori pemarah:
Cepat marah cepat sejuk
Jika anda seorang yang begini, anda masih mampu mengawal perasaan marah anda. Cuma ada kalanya anda tidak dapat menahannya lantas memberikan kesan pada orang lain. Bagusnya berkemungkinan anda akan lekas meminta maaf dan memaafkan orang lain, tidak perlu menunggu waktu yang lama.
Cepat marah lambat sejuk
Berhati-hati! Jangan sekali-kali naikkan kemarahan orang sebegini. Sangat bahaya! Kerana kemarahannya akan bertukar menjadi benci dan dendam kesumat. Apabila menjadi dua penyakit ini maka marah tadi akan menjadi barah yang akan sentiasa mengingatkan wajah yang dibenci. Mereka yang begini sukar untuk memaafkan orang lain. Kalau disuruh pergi meminta maaf, jauh langit dari bumi. Jiwa masyarakat Melayu banyak yang seperti ini. Awas!
Lambat marah lambat sejuk
Pada penelitian saya tidak ramai yang termasuk dalam kategori ini. Namun bila difikirkan bahaya juga kerana mereka tetap menyimpan marah yang lama pada anda. Bagusnya jangan sekali-kali untuk memaksanya menjadi pemarah. Mungkin kalau anda nak bergurau dengan mereka seperti ini jangan berlebih-lebihan. Sekali dia marah anda mungkin bermasalah untuk pulihkan hubungan persahabatan dengannya.
Lambat marah cepat sejuk
Wow! Tahniah jika anda adalah kategori ini. Bagi saya anda yang seperti ini adalah seorang yang penyabar dan juga pemaaf. Dua sifat ini akan menjadikan anda mudah didampingi oleh orang lain. Ramai orang suka berkawan dan minta pertolongan dari anda. Sejujurnya saya katakan anda akan mudah disayangi. Bukan senang nak jumpa mereka yang seperti ini dalam dunia sekarang.
2 comments:
weeeeeeee
adalah dimaklumkan bahawa
wa kategori last. ekekkekeke
>>___<<
yeke..alhmdllh la kalu camtu..:)
Post a Comment