Ramadan memberi peluang untuk kita mengenali diri kita. Sejauh mana kita sabar, ikhlas, bersyukur dan pelbagai nilai-nilai yang lain kerana kebiasaannya pada bulan Ramadan seseorang itu akan lebih peka terhadap persoalan-persoalan ini kerana ingin menjaga ibadah puasanya.
Ramadan adalah bulan yang baik bagi melatih kebiasaan pengurusan hidup yang baik. Sepanjang bulan Ramadan, urusan harian kita akan bertambah kerana kita masih perlu menunaikan kerjaa-kerja biasa di pejabat dan di rumah di samping itu juga melakukan pelbagai ibadah yang dianjurkan seperti Tarawih, Witir, Sahur, Tadarus bagi meraih fadilat Ramadan.
kita perlulah mampu untuk mengawal diri kerana kehidupan ini dipenuhi dengan pertarungan dan persaingan dengan pelbagai kepentingan dan keinginan.
Puasa membina kekuatan dalaman kerana ia hakikat puasa bukan hanya menahan dari lapar dan dahaga tetapi lebih dari itu. Lagi pula seseorang yang benar-benar berpuasa dia akan dilatih untuk menjaga dirinya dari pelbagai kejahatan walau pun bersendirian kerana ia menyedari Allah taala maha melihat dan tidak mahu pahala puasanya berkurangan.
Kerana dengan berpuasa kita bukan hanya merasakan kelaparan dan kesulitan tetapi juga disuruh untuk merasakan juga bagaimana kelaparan orang miskin dan pelarian di merata tempat. Di seluruh dunia….
Hanya apabila kita mempunyai simpati kita akan mengambil berat akan nasib orang lain. Dengan itu kita bukan hanya berusaha untuk mengubah diri kita tetapi juga mengubah keadaan hidup orang lain.
Di dalam bulan Ramadan kita diperintah untuk mengeluarkan zakat fitrah. Ia adalah simbol bagi sikap mengambil berat terhadap kesusahan orang lain dan berusaha untuk membantu yang lain.
Namun perasaan mulia dan yakin hanya timbul jika kita benar-benar berjuang dan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan Ramadan. Mereka yang Ramadannya hanya ala kadar sahaja, tidak akan mampu merasakan perasaan ini. Maka ia hilang peluang………….
Jika kita lepaskan peluang untuk membina perkara-perkara tadi dengan kehadiran Ramadan, ditakuti tiada perubahan yang berlaku dalam hidup kita dan kita perlu menanti Ramadan pada tahun hadapan. Sedangkan ia adalah satu yang tidak pasti kerana tiada siapa yang dapat menjamin bahawa usia kita akan panjang untuk bertemu Ramadan pada tahun hadapan. Namun kengkawan…tak akan ada manusia yang bakal mengetahui ..apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha…bersedia…meminta belas-NYA.
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku. MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN. Janganlah kita tunggu hari esok untuk mengubah diri kita kerana setiap detik dalam kehidupan adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan.
Ambillah langkah segera untuk mengenal diri, merancang hidup peribadi dan keluarga dan mewujudkan persekitaran yang baik. Selagi kita masih bernafas, belum terlambat untuk memulakannya.
Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
“Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”
‘Selamat Berpuasa & Selamat Berjuang’
No comments:
Post a Comment