Monday, July 18, 2011

Ahli Parlimen Titiwangsa – Dr. Lo’lo’ Meninggal Dunia


Dr Lo' Lo'

Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’lo’ Mohd Ghazali dari Pas yang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser meninggal dunia pada pukul 10.13 malam ini di Hospital Selayang. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengesahkan perkara itu.

Maklumat itu turut disiarkan melalui laman Twitter Dr Lo’Lo’ kira-kira 10.30 malam ini yang turut memaklumkan bahawa jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.


Sejak tengah hari tadi, khabar angin mengatakan Dr Lo’ Lo’ yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat telah meninggal dunia disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas SMS dan laman sosial Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh pemimpin-pemimpin kanan parti yang secara kebetulan mengadakan mesyuarat di Ampang pagi tadi.

Dr Lo’ Lo’, 53, dirawat di Hospital Selayang akibat kanser.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Lo’ Lo’ menewaskan calon BN Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi. Allahyarham Dr Lo’ Lo’ merupakan wakil rakyat kelima dari PAS meninggal dunia selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008. Sebelum ini PAS kehilangan Ahli Parlimen Bukit Gantang dan disusuli Adun Permatang Pasir, Manek Urai dan Galas. Kekosongan kali ini tidak akan membawa kepada pilihan raya kecil.

Al-Fatihah

Updated!

Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Ghazali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dato Keramat pada pukul 11.10 pagi. Kira-kira 2,000 orang ramai hadir termasuk pemimpin Pakatan Rakyat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk memberikan penghormatan terakhir.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...