Orang-orang berjaya sentiasa sibuk berfikir, walaupun di paras wajah mereka nampak tenang. Fikiran mereka sentiasa ligat mencari idea. Mereka sentiasa ada motivasi ingin memperbaiki diri, growth oriented.
Mereka tak sibuk dengan hal orang lain, tetapi sibuk berfikir bagaimana memperbaiki hidup mereka. Walaupun pencapaian mereka dah berada di tahap tinggi, mereka set target yang lebih tinggi lagi, supaya menjadi motivasi, sebagai booster diri mereka untuk lebih berjaya. Orang biasa, lebih banyak berfikir cemana nak survive dalam hidup, tapi kurang berfikir cemana nak memperbaiki taraf hidup menjadi lebih baik, lebih bahagia. Saya bukan nak point pada siapa-siapa, ini realiti kehidupan.
Orang biasa sibuk berfikir pasal bil-bil hujung bulan, sibuk memikirkan kos yang makin meningkat, perniagaan yang kurang mendapat sambutan, rakan sekerja yang berperangai, juga sibuk berfikikir cemana nak membayar hutang-hutang.
Pemikiran biasa akan membetuk kita menjadi biasa-biasa, yang sekadar terperap dengan hidup biasa. Anda boleh kenal orang biasa, mereka selalunya akan memandang remeh pada orang yang rajin berusaha mengejar kejayaan, mereka tak mahu mengambil risiko semata-mata mahu mencapai kebebasan kewangan dalam hidup. Pendek kata, mereka mahu selesa, selamat dan terus selesa.
Kita perlu ubah pemikiran menjadi luar biasa, agar pencapaian kita jadi lebih cemerlang, lebih berjaya lebih dari yang biasa. Ya, ia berisiko untuk gagal, tapi orang yang berani gagal, mengecap kemanisan hidup lebih besar dari orang lain di sekelilingnya.
Jadi, keluar dari kepompong hidup sekadar cukup membayar bil-bil, tapi ubah fikiran memfokus pada bagaimana memperbaiki hidup dengan berusaha dua kali ganda lebih dari yang sebelumnya .
Biar susah sekarang, jadi senang berpanjangan di masa hadapan!
Sibukkan diri berfikir bagaimana memperbaiki hidup, pencapaian dalam kerjaya, bagaimana memperbaiki perniagaan dan fokus pada bagaimana nak mencapai kebebasan kewangan.
No comments:
Post a Comment