Wednesday, July 27, 2011

Azam

Sama ada matlamat Anda panggil sebagai azam, target atau cita-cita, pastikan ia sentiasa ada dalam kehidupan seharian. Bangun pagi, set jam berapa Anda nak bangun, mandi lalu bersiap. Tidur nanti, set nak ada emosi macam mana pada keesokan hari.

Jika Anda suri rumah, pastikan dalam apa yang Anda lakukan letak matlamat supaya jadi makin bersemangat. Bahkan sebelum ini Anda dah set matlamat, tanpa Anda sedari. Contoh, Anda akan terfikir hari ni nak masak lauk apa, jenis masakan yang macam mana, nak makan jam berapa…Untuk jadi suri rumah yang lebih bersemangat, masukkan sedikit curahan motivasi.


Lakukan dengan tekad untuk menghasilkan yang terbaik. Enjoy apa yang Anda buat supaya Anda bebas dari stress. Jika Anda bekerja, set matlamat dari start bangun pagi hingga malam nanti. Misalnya, letak target jam berapa Anda nak bangun, jam berapa nak masuk ke tempat kerja, nak bersemangat yang cemana, lepas kerja nanti nak buat apa. Walaupun ia perkara remeh, tapi memberi kesan yang amat besar pada tahap motivasi Anda.

Jika tak ada matlamat, Anda hilang arah. Bila hilang arah, Anda akan hilang motivasi serta kepercayaan pada diri. Kesannya, Anda akan ragu dengan tujuan hidup Anda kerana merasa hidup Anda serba membosankan. Perkara kecil jika ada berpuluh, sudah tentu jadi besar.

Ibarat dua puluh batang lidi. Bila diikat sekali, senang nak dibengkokkan. Tapi susah dipatahkan kerana kekuatannya. Beggitu juga dengan matlamat yang kecil-kecil, macam sebatang lidi.
Matlamat yang kecil-kecil, bila sudah di set sepanjang masa dalam apa jua perkara sudah tentu menghasilkan kualiti baik pada matlamat yang besar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...