Monday, July 18, 2011

Jennifer Lopez dan Marc Anthony Bercerai

Jennifer Lopez & Marc Anthony


Walaupun tampak mesra beberapa minggu lalu, pasangan popular Hollywood, Jennifer Lopez (JLo) dan Marc Anthony tiba-tiba mengumumkan untuk bercerai.

Selang lebih sebulan selepas menyambut ulang tahun perkahwinan ke-7, kedua-duanya mengeluarkan kenyataan untuk mengakhiri perkahwinan mereka.


“Kami memutuskan untuk berpisah. Ini adalah keputusan yang sangat sulit. Tapi kami harus mencari penyelesaian kepada hubungan ini dan menghargai privasi masing-masing,” kata Jennifer dan Marc kepada beberapa portal hiburan di Hollywood Sabtu.

Namun, pasangan ini tidak menyatakan sebab mereka mahu bercerai.

Kedua-dua penyanyi lagu No Me Ames ini berkahwin pada 5 Jun 2004 dan memiliki dua anak kembar berusia 3 tahun, Emme dan Max.

Ini adalah perceraian ketiga JLo dan perceraian kedua bagi Marc. Juri American Idol ini pernah berkahwin dengan seorang pengusaha restoran bernama Ojani Noa pada tahun 1997 hingga 1998 dan penari latar Cris Judd dari 2001-2003.

Sementara, Marc pernah berkahwin dengan Miss Universe, Dayanara Torres.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...