Sunday, July 24, 2011

Punca Gangguan Yang Sering Dihadapi Oleh Kaum Wanita

سم الله الرحمن الرحيم 

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dua punca utama terjadinya masaalah gangguan yang sering dihadapi oleh kaum wanita.

1) akibat sihir
2) kecenderungan jin ketika memandang wanita berkenaan
 

Umum sudah mengetahui bahawa serangan sihir adalah satu proses serangan yang disebabkan oleh satu rasa tidak kepuasan atau dendam pada seseorang yang menggunakan perantaraan jin dan syaitan.Namun begitu,ramai yang tidak sedar bahawa penyebab nombor dua juga merupakan salah satu penyumbang terbesar masaalah gangguan jin pada kaum wanita.Jin jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih lebihan,yang tidak menjaga solatnya,tidak membaca al-quran tetapi gemar mendengar muzik muzik yang melalaikan,suka membuka aurat,dan juga gemar duduk bersolek dihadapan cermin.

Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin jin.Mereka masuk kedalam bilik air,lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan bertelanjang,padahal bilik air adalah diantara tempat kegemaran jin jin jantan dan betina dan menyebabkan salah satu makhluk makhluk tadi tertarik pada jasdanya lalu ia meresap kedalam tubuh dan menngganggu wanita tersebut.

Manusia yang selamat dari gangguan jin,iblis dan syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam tauhid (mengesakan Allah) melalui lidah,anggota dan hati.Mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah s.a.w.serta beramal dengan syariat syariat islam.

Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah ialah dengan kita mengambil contoh perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah seperti Rasulullah s.a.w,sahabat sahabat Baginda,para ulama soleh dan sebagainya.

Dengan itu insyaallah,kita akan selamat dari gangguan para jin,iblis dan syaitan selagi kita berada dalam tauhid Allah tidak kira disemua tempat,waktu dan masa selagi kita menyampaikan diri kita zahir dan batin dalam tauhid Allah melalui anggota,lidah dan hati kita.

Firman Allah:

SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG PENGARUH TERHADAP ORANG ORANG YANG BERIMAN DAN YANG BERSERAH BULAT BULAT KEPADA TUHAN MEREKA.SESUNGGUHNYA PENGARUH SYAITAN ITU HANYALAH TERHADAP ORANG ORANG YANG MENJADIKAN DIA SEBAGAI PEMIMPIN MEREKA DAN DENGAN ORANG ORANG YANG DENGAN SEBAB HASUTANYA MELAKUKAN SYIRIK KEPADA ALLAH.
(Surah An Nahl:99)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...