Saturday, December 12, 2009

Zaman Saman Menyaman - Duit Segera, Gandakan Wang

Zaman Saman Menyaman - Duit Segera, Gandakan Wang, mungkin juga untuk membalas dendam.

------------------------------------------------------------------------------------

Pertama Di Selangor ( Saman putus tunang RM70,000 )
Muhammad Salleh yang telah membuat segala persiapan sebelum itu sudah membayangkan kemeriahan majlis perkahwinan dengan orang yang dicintainya itu yang sepatutnya berlangsung pada 17 Januari ini.

Bagaimanapun, semua itu tinggal kenangan sebaik beliau menerima SMS minta diputuskan pertunangan pada 4 Disember lalu.

Keputusan keluarga bekas tunangnya yang dianggap Muhammad Salleh tidak bertanggungjawab menyebabkan beliau menuntut ganti rugi lebih RM70,000 di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Difahamkan, ini merupakan kes pertama di Selangor pihak lelaki menuntut bayaran seumpama itu daripada keluarga perempuan gara-gara putus tunang.

______________________________________________________

Lelaki tuntut RM1 juta kerana putus tunang

SHAH ALAM - Seorang pengarah urusan sebuah syarikat menuntut ganti rugi hampir RM1 juta terhadap bekas tunangnya, seorang pegawai bank di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam kerana memutuskan ikatan pertunangan yang baru berusia empat bulan.
Mohamad Fahizul Khairi, 53, selaku plaintif memohon mahkamah mengeluarkan perintah agar defendan, Nor Daliya Mohd. Daud, 34, membayar ganti rugi kewangan sebanyak RM871,186.57 dan ganti rugi aib sebanyak RM100,000.
_________________________________________________

Manohara Odelia Pinot

KUALA LUMPUR: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, semalam memfailkan saman RM105 juta terhadap isterinya yang juga model warga Indonesia, Manohara Odelia Pinot serta ibu mentua, Daisy Fajarina kerana menyebarkan fitnah menerusi sidang akhbar, sejak beberapa bulan lalu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...