Monday, December 28, 2009

Petua Make Up Lebih Menarik


Anda suka mekap untuk ke tempat kerja? atau ke majlis? atau ke mana sahaja? Di sini saya ada beberapa petua untuk menambahkan lagi seri wajah anda menggunakan mekap :

1) Menjadikan Mekap Tahan Lama

Setelah basuh muka, pakailah penyegar, pelembab, dan foundation seperti biasa. Biasanya selepas foundation kita akan kenekan pula loose powder ke muka. Tapi, nnti dulu! Sebelum pakai loose powder, apa kata ambil air mineral/air tapisan dan basuh muka terlebih dahulu. Tekap-tekapkan tuala bersih untuk menghilangkan air tersebut, kemudian barulah kenekan loose powder ke muka. Then, bermekap lah seperti biasa.

2) Menjadikan Warna Lipstik Lebih Menarik

Mudah sahaja! Simpan lipstik kesukaan anda ke dalam peti ais. Kemudian pakailah lipstik seperti biasa. Dengan cara ini, warna lipstik anda akan kelihatan lebih menarik.

Sekian dulu buat kali ini. Insyaallah, jika ada lagi petua selepas ini, saya akan abadikannya di sini.



Tapi sebelum itu,
PLEASE BOYCOTT ISRAEL'S PRODUCT. Antaranya yang menjadi kegilaan kita adalah LOREAL, MAYBELLINE DAN REVLON. Saya dah tak beli semua tu sekarang ini. Dan saya juga mengharapkan anda begitu. "Merah Lipstik Kita Adalah Merah Darah Kanak-Kanak Palestine Yang Dibunuh Kejam Oleh Zionis Tak Berhati Perut!"

1 comment:

ucuuu said...

sokong 100% boikot uh...
gne silky girl je la..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...