Friday, December 4, 2009

PETUA ATASI SENGGUGUT

A. FAKTA TENTANG HAID.

* Haid adalah darah yang keluar dari rahim pada setiap bulan. Umumnya seorang gadis mula datang haid pada usia 10 hingga 15 tahun dan berhenti apabila sampai menopos.

* Selalunya pusingan haid berlaku antara 28 hingga 35 hari. Seorang gadis akan mengalami haid selama 3 hingga 10 hari. Tempoh haid berbeza antara seorang gadis dengan gadis yang lain.

* Apabila ovum matang di dalam ovari, ia menyebabkan perubahan hormon yang merangsang pembentukan lapisan darah di dalam rahim.

* Ketika pertengahan kitaran haid, ovum dibebaskan dari ovari. Ovum akan bergerak menuju ke rahim melalui saluran fallopian.

* Sekiranya ovum tidak disenyawakan oleh sperma, ia akan hancur dan dikeluarkan dari tubuh, Paras hormon akan jatuh dan mengakibatkan lapisan darah di dalam rahim dikeluarkan sebagai haid.


B. APA ITU SENGGUGUT?

Senggugut adalah akibat pengecutan dinding rahim yang kuat semasa kedatangan haid. Ia menyebabkan rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, ari-ari dan belakang. Semasa mengalami senggugut, seorang gadis mungkin merasa letih, muram dan cepat marah. Senggugut yang kuat menyebabkan rasa loya, muntah dan cirit birit.


C. PETUA ATASI SENGGUGUT?

* Cukup rehat dan minum air banyak

* Tuam bahagian ari-ari dengan botol air panas

* Mengambil ubat penahan sakit

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...