Sememangnya ramai di antara kita yang lebih memberi perhatian kepada kecantikan fizikal atau luaran. Rupa wajah, pakaian dan hiasan luar antara aspek yang diberi penekanan. Namun kecantikan dalaman tidak kurang pentingnya.
Apa yang dimaksudkan dengan kecantikan dalaman? Dalam bahasa mudahnya, ia adalah pancaran keperibadian positif seseorang. Kecantikan dalaman, yang boleh juga disebut sebagai keindahan dalaman (‘inner beauty’), memancarkan atribut seperti keperibadian, kecerdasan, ketrampilan dan wawasan seseorang. Ada juga yang memperihalkannya sebagai kecantikan asli. Ia muncul daripada dalam diri seseorang, menjadikannya suatu ciri unik dan istimewa.
Kecantikan dalaman adalah konsep kecantikan atau keindahan keperibadian seseorang yang sejati. Jika kita memilikinya, bererti kita amat mengenali diri kita. Kita tidak terlalu yakin diri atau sombong tetapi tidak pula merendah diri, pemalu dan takut melakukan sesuatu yang sewajarnya. Kecantikan dalaman memberikan kita satu kekuatan atau keberanian.
Kecantikan dalaman boleh diperoleh dengan dua cara, sama ada secara semulajadi atau melalui proses interaksi dengan alam lingkungan. Ada orang bernasib baik kerana memperoleh sifat ini sejak dilahir tetapi yang lainnya terpaksa membatinkannya melalui proses pembelajaran dengan alam sekeliling.
Soalnya bagaimana hendak membangunkan kecantikan daripada dalam diri kita?
Pertama, kita mulai dengan mengenal diri kita yang sebenar-benarnya. Kita harus berani mengakui kelemahan, kekurangan, kelebihan dan keunggulan kita. Malahan kita harus berlapang dada menerima kritikan dan saranan daripada orang lain kerana mungkin tidak semua sisi diri kita yang mampu kita mengenalinya. Kedua, lihatlah dunia sekeliling dengan pandangan positif. Jangan buruk sangka dan cubalah untuk melihat sesuatu kekurangan dengan mencari sisi positifnya.
Memang tidak semua hal yang terjadi sesuai dengan keinginan kita. Kalau ada hal yang tidak sesuai, kita harus ikhlas menerima bahawa inilah bahagian hidup yang harus kita jalankan saat ini. Kita hanya perlu melihat sisi positif atau hikmah daripada pengalaman kita, harapannya adalah kita belajar dari pengalaman itu agar kelak dapat lebih baik lagi. Berfikiran positif dapat membantu kita merasa lebih baik dan berlaku realistik.

No comments:
Post a Comment