Saturday, December 5, 2009

Tips membuat ‘presentation’ yang hebat


Semalam, saya sangat sibuk. Saya kena hadiri 2 meeting yang penting (1 sebelah pagi dan 1 sebelah petang). Majoriti masa bekerja saya selama 10 jam semalam dihabiskan dalam bilik meeting jer. Dahla kena buat presentation pulak tu. Memang
tepu kepala otak. Sampai rasa nak termuntah pun ada…

Hari ni pula, saya ada 2 lagi meeting. Pagi sekali (2 jam) dan petang sekali (1 jam). Dalam kedua-kedua meeting hari ni pun, saya kena buat presentation dan melaporkan aktiviti tugasan yang saya lakukan sepanjang minggu lepas dan bulan lepas.
Inilah kerja saya sekarang...

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Tips bagaimana untuk membuat presentation yang hebat! Tips ini sebenarnya bukannya ditulis oleh saya. Tapi disebabkan saya rasakan tips ni memang bagus dan amat berguna kepada mereka yang selalu kena buat presentation, maka saya kongsikanlah dengan anda.

Bacalah tips bagaimana membuat presentation yang hebat yang ditulis oleh Irfan Khairi ini…

Dalam perniagaan, ada kalanya kita perlu melakukan presentation. Tak kira, presentation proposal, atau melakukan sedikit “talk” atau ceramah, mendapatkan sponsor, atau apa sahaja. Skil presentation adalah penting dalam perniagaan.

Lihat sahaja Donald Trump, Bill Gates, Anita Roddick, Steve Jobs, Oprah Winfrey… mungkin tak lame lg Yoyoy Corporation..heheheehe....mane la tau kan...semua ikon perniagaan yang turut hebat dalam skill komunikasi & presentation… mungkin juga sebaliknya, mereka hebat dalam skil presentation dan akibatnya perniagaan menjadi hebat.

Skil komunikasi/presentation adalah penting dalam mengembangkan lagi perniagaan kita. Berikut adalah beberapa tips:

* ***Start with a BANG!


Mula dengan sesuatu yang mengejutkan… atau membuat pendengar anda teruja. tak semestinya mula dengan lawak. Sekiranya anda bukan jenis yang suka melawak, tak perlu pun takpe. Tetapi, mulakan sesuatu yang boleh menarik perhatian pendengar anda. Sekiranya anda membuat presentation untuk mendapatkan derma bagi mereka yang kurang bernasib baik, apa kata mulakan dengan slides gambar-gambar orang2 yang kurang bernasib baik dalam keadaan yang menyedihkan.

Kemudian tanya… “Bayangkan ibu bapa dan adik beradik anda dalam keadaan ini…”. Pastinya dapat menangkap perhatian audience pada minit yang pertama.

* ***Keep it short

Ini kesilapan yang selalu saya lihat bagi mereka yang masih lagi baru dalam bidang membuat presentation. Terlalu banyak yang ingin disampaikan. Contoh, masa yang diberikan 10 minit, dalam masa itu, 20 point ingin disampaikan. Ataupun, sering kali juga, membuat presentation dan memakan masa yang lama. Saya pasti anda sendiri pernah mengalami ini, duduk di dewan dan mendengar presentation yang lama (dan agak membosankan) kerana speaker tersebut hendak menyampaikan seluruh mesej!

Keep it short. Bagi anda yang pernah melihat saya melakukan talk pendek atau jadi tetamu jemputan membuat talk, pastinya perasan sering kali saya hanya cakap untuk 10-15 minit sahaja. Ada kalanya saya bercakap 5 minit sahaja dan hanya menyampaikan 2-3 point penting. Make your audience want more… dari pada mengharapkan anda cepat habis bercakap! Keeping it short bererti anda tidak menyampaikan terlalu banyak point serta tidak memakan masa yang lama.
Senyumlah selalu semasa buat presentation...

Senyumlah selalu semasa buat presentation...


* ***Relate with them


Manusia mempunyai tarikan emosi. Manusia akan tertarik dengan manusia yang “lebih kurang” sepertinya. Tentukan audience anda dan cuba dapatkan sesuatu yang boleh anda kaitkan dengan audien. Contoh, sekiranya anda bercakap dihadapan golongan koporat, pastikan pakaian anda juga seperti koprat dan beri contoh pengalaman berkaitan dengan industri koprat. Sekiranya anda bercakap dengan golongan suri rumah, masukkan elemen-elemen menjaga anak dan mengendalikan rumah dalam talk anda.

Dengan mempunyai persamaan dengan mereka yang anda bercakap, hubungan antara anda dan audience menjadi semakin rapat dan mereka dapat menerima anda dengan lebih mudah.

Survey ada mengatakan, public speaking adalah #1 perkara paling menakutkan untuk orang ramai. Masa saya dulu2 di sekolah & university, saya sendiri antara mereka yang takut hendak memberi public speaking. Tak berani! Tapi, sekarang, public speaking & presentation menjadi antara rutin karier saya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...