Tuesday, December 15, 2009

Wanita & mangsa keganasan domestic, kes ragut dan pelbagai gangguan dan jenayah seksual

Keselamatan diri merupakan hak asasi setiap Rakyat Malaysia, tetapi kaum wanita masih lagi dilihat sebagai lemah dan mudah untuk dibuli atau dikacau. Penyelesaian isu ini bukan tanggungjawab satu pihak semata-mata. Setiap hari ada kes wanita menjadi mangsa keganasan domestic, kes ragut dan pelbagai gangguan dan jenayah seksual tempat kerja mahupun di tempat belajar. Justeru, wanita perlu melindungi diri sendiri dengan mempelajari seni mempertahankan diri. So, apa pendapat anda semua??


Seni mempertahankan diri patut dipelajari oleh setiap wanita sama ada remaja mahupun dewasa kerana ianya merupakan benteng untuk mempertahankan diri apabila berlakunya perkara yang tidak diduga menimpa diri.



Wakil Rakyat Elopura, Au Kam Wah mengakui bahawa ramai kaum wanita kerap kali menjadi mangsa keganasan seperti kes rogol, ragut, gangguan seksual penderaan. Dengan mengambil kira kejadian seperti itu wanita harus mengambil beberapa langkah cara-cara dengan mempelajari seni mempertahan diri,” katanya semasa berucap merasmikan Bengkel Seni Mempertahankan Diri Mangsa Jenayah Wanita II 2009 sempena Ulang Tahun ke-3 Renshin Budo Kai Sandakan yang diadakan di Dewan Chi Wah dekat sini, kelmarin.



Menurut beliau, kalau kita (wanita) mempunyai ilmu seni mempertahankan diri kita tidak lagi merasa takut apabila berdepan dengan musuh di luar jangkaan yang tiba-tiba menyerang.

Kata Au lagi, penglibatan kaum wanita dalam mempelajari seni mempertahankan diri seperti Tae Kwan Do, Karate, Jodo dan Pencak Silat sedikit sebanyak mangsa dapat melepaskan diri apabila diserang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...