Tuesday, October 13, 2009

Tips Untuk Kuatkan Imunisasi Tubuh


Assalamualaikum untuk semua pengunjung blog ini semoga kalian sihat didalam lindungan yang Maha Esa..
Pada pagi jumaat yang berbahagia ini Suri ingin kongsikan bersama anda berkenaan dengan pentingnya imunisasi tubuh didalam badan kita.
Tahukan anda bahawa di sebalik makanan yang anda makan sebahagiannya boleh melemahkan atau merosakkan sistem imunisasi tubuh anda. Bukan itu sahaja malahan ada juga makanan yang boleh anda makan bagi meningkatkan tahap imunisasi tubuh iaitu:-


PROTEIN
Banyak manfaat yang boleh kita perolehi darinya. Mengapa? kerana ia mampu melancarkan proses produksi sel agar sistem imunisasi tubuh tidak mudah terganggu disamping mencegah otot masa dari berkurangan sehinggalah ia boleh menghasilkan tenaga kepada kita semula.

Protein jenis ini boleh didapati pada ikan-ikan yang mengandungi kadar Omega-3 yang tinggi seperti tuna, salmon atau ikan sardin. Tahukan anda bahawa melalui Omega-3 inilah sistem kekebalan tubuh akan terhasil dan sekaliugus ia berfungsi sehingga maksimum.

Bukan itu sahaja malahan produk seperti daging merah juga kaya protein. Satu lagi produk yang kaya dengan protein adalah susu.


SAYUR-SAYURAN
Perbanyakanlah makan sayur-sayuran. Ini kerana ia mempunyai sebatian fitokimia yang bersifat antikosida, dan ada antara sayuran ini juga boleh membantu dalam proses detoks tubuh badan. Tahukah anda bahawa fitokimia ini akan menjadi kuat dalam menentang penyakit dan sekalu gus dapat membantu menentang kanser.

Sebatian kimia sayur-sayuran ini memiliki warna dan aroma yang kuat. Ia seperti contoh lobak merah, ubi merah, labu kuning, tomato dan terung antara makanan yang turut mengandungi sabatian fitokimia yang banyak.


BUAH-BUAHAN
Kebaikan yang diperoleh lebih kurang sama dengan sayur-sayuran akan tetapi buah-buahan juga memiliki ekstra kebaikannya yang tersendiri.

Selalunya buah-buahan dijadikan sebagai snek dan ada juga segelintir kita memisahkan ia dari protein. Namun apa cara pemakanan sekalipun ia tetap mudah dicerna dengan sempurna. Buah-buahan seperti beri biru juga turut mengandungi sebatian fitokimia yang tinggi untuk membantu mencegah kanser.

Selain itu, nenas pisang, mangga dan tembikai juga baik, namun pengambilannya haruslah terkawal kerana buah-buahan begini mengandungi kadar glukosa yang tinggi.
Buah-buahan dapat menyegarkan badan...

Buah-buahan dapat menyegarkan badan...


AIR PUTIH
Tugas air putih atau air suam adalah membantu meringankan tugas ginjal untuk memproses dan membuang racun yang terdapat dalam darah.

Bukan itu sahaja ia juga turut membantu selaput lendir untuk membasmi kuman yang mendatangkan penyakit. Minumlah air putih juga dapat membantu menghindarkan anda dari berkeinginan untuk makan makanan yang manis. Jika anda tidak percaya, cubalah. Bila masa anda ingin makan makanan manis, minumlah segelas air putih. Pastinya keinginan tersebut akan hilang.

Jadi manja-manjakanlah tubuh anda dengan khasiat yang bemanfaat kerana ia akan menghasilkan tubuh badan yang sihat lagi cerdas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...