Salam ceria buat anda, semoga sihat sentiasa..Setiap hari saya berdoa moga rezeki anda dimurahkan Allah.. Kunjungan anda ke blog ini amat bermakna sekali..terima kasih.
Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin..Kita masih lagi berada di musim Raya. Sibuk melayan tetamu dan sanak saudara, sehingga tak sedar puluhan sms ucapan Hari Raya banyak dihantar masuk ke handphone saya oleh pembaca-pembaca blog Yoyoy Spa sekali lagi, terima kasih...Pada yang tidak terbalas, harap maaf....
Satu perkara yang paling penting, saya ramai ditemukan dengan orang-orang positif yang dulunya berfikiran negatif. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup mereka mengubah tanggapan negatif mereka, dari pesimisi menjadi optimis.
Antara situasi yang banyak mengubah mereka adalah masalah hidup - masalah perhubungan dan masalah kewangan. Entah cemana, mereka tetiba sedar cara nak keluar dari masalah adalah dengan bersikap optimis, iaitu yakin masalah boleh diselesaikan satu persatu dengan usaha konsisten.
Sekadar membaca buku motivasi masih tak cukup untuk membuat diri kita bermotivasi. Kita perlu berdepan alam sebenar, berani mendepani realiti hidup, memahami perjalanannya.
Kita kena menafsir bagaimana hidup ni mengajar kita menjadi insan cemerlang, beremosi cemerlang dan bertindak cemerlang. Jika orang lain boleh selesaikan masalahnya, maka sesiapapun boleh, termasuk kita.
Semuanya bermula dengan satu faktor sahaja - tindakan berterusan!
No comments:
Post a Comment