Saturday, October 17, 2009

Ekspo Kecantikan ( Beauty Expo )

Beauty Expo memberi pendedahan berkaitan produk kecantikan terbaru, penyelidikan terkini, trend semasa dan juga isu-isu berkaitan pembangunan industri kecantikan dan kesihatan wanita di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.





Pengunjung juga dapat menikmati dan merasai demo rawatan kecantikan yang sesuai dengan kulit wanita Malaysia seperti facial, lulur, urutan, manicure, pedicure, akupuntur (acupuncture), bekam, terapi holistik dan sebagainya.



Produk - produk kecantikan dan kesihatan wanita ini juga boleh didapati dengan harga yang istimewa sempena expo. Bagi usahawan yang terlibat di dalam industri kecantikan dan kesihatan wanita di Malaysia seperti spa ( beauty spa), salun kecantikan (beauty salon), salun rambut ( hair salon), pusat rawatan, herba tradisional, mereka berpeluang mengembangkan perniagaan, mempromosikan produk atau perkhidmatan, mendapat idea baru dan sebagainya.

Peserta ekspo dan pengunjung datang dari pelbagai tempat seperti Kuala Lumpur, Gombak, Selayang, Batu Caves, Damansara, Cheras, Ampang, Sg Buloh, Rawang dan sebagainya.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...