Monday, October 26, 2009

Cara bagaimana untuk tingkatkan motivasi diri

Hidup ini tak sentiasanya gembira. Kadang-kadang ada rasa sedih pilu, kadang-kadang ada rasa tertekan, kadang-kadang ada rasa tiada mood dan kadang-kadang ada rasa tiada motivasi.
Berikut ini saya kongsikan beberapa cara untuk tingkatkan motivasi diri. Cara yang saya amalkan ketika saya tiada motivasi atau ketika masa motivasi saya tengah jatuh merudum.
  • 1. Saya akan dengar alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh qari kegemaran saya.
Inilah cara paling mujarab yang saya amalkan bagi meningkatkan motivasi diri saya. Salah satu hobi dan kegemaran saya ialah mendengar bacaan quran dari qari-qari hebat seluruh dunia. Antara qari kegemaran saya ialah al-Imam Fahd Al-Kanderi, Syeikh Mutawwali, Syeikh Hajjaj Ramadan Hindawi, al-marhum Syeikh Abdul Baasit, al-Marhum Syeikh Mustafa Ismail, Syeikh Abdur Rahman Sudais, Syeikh Ahmad Faizul al-Jerantuti dan banyak lagi. Apabila saya mendengar bacaan Quran oleh qari-qari ini, hati saya akan menjadi begitu tenang. Saya akan jadi lebih fokus, bermotivasi dan bersemangat tinggi.
  • 2. Saya akan mendengar lagu/nasyid kegemaran saya
Ni pun salah satu cara saya meningkatkan motivasi iaitu mendengar lagu atau nasyid2 kesukaan saya. Saya paling suka lagu Sami Yusuf. Semua lagi Sami Yusuf sangat best terutamanya “Hasbi Robbi”


  • 3. Saya akan mendengar ceramah-ceramah agama.
Mendengar ceramah agama akan memberikan peringatan kepada saya tentang maksud dan tujuan hidup saya atas dunia yang sementara ini. Apabila saya ingat tujuan hidup saya, maka saya akan jadi lebih bersyukur dan rasa bersemangat untuk memperbaiki kehidupan saya. Ceramah yang paling saya suka dengar ialah ceramah Ustaz Shamsuri. Penerangan yang diberikan sangat jelas dan mudah faham. Alhamdulillah, setakat ini, motivasi dan semangat saya akan naik setelah mendengar ceramah2 tersebut.

  • 4. Saya akan membaca buku motivasi atau mendengar kisah-kisah orang yang telah berjaya.
Saya ada beberapa koleksi buku dan ebook2 mengenai biografi dan tokoh-tokoh yang berjaya dalam bidang masing-masing. Apabila saya berasa tiada motivasi, biasanya saya akan cuba untuk membelek-belek buku atau kisah2 orang berjaya ini dan membacanya. Pembacaan yang dilakukan mampu menyuntik semangat baru dalam diri saya.
  • 5. Saya akan menonton program BERSAMAMU TV3 dan mengenangkan nasib mereka yang lebih susah daripada saya.
Saya selalu mengingatkan kepada diri saya sendiri ; “Kalau kita rasa diri kita ada masalah teruk, rasa tertekan dan tiada motivasi, ingatlah sesungguhnya ada lagi ramai orang yang bermasalah jauh lebih teruk daripad kita.” Saya selalu cuba untuk bandingkan dengan orang yang lebih bernasib malang dari saya. Sebab apa? Sebab kalau kita bandingkan diri kita dengan orang lebih bagus, lebih kaya, lebih hebat, lebih sihat dan lebih poket berisi daripada kita, maka kita akan terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah dah bagi kita sekarang. Kita mungkin akan ingat atau terlupa untuk bersyukur kepada Allah bahawa sebenarnya Allah dah bagi banyak nikmat rahmatNya pada kita.
  • 6. Saya akan tengok gambar dan kenang orang yang saya sayang.
Cara terakhir saya untuk meningkatkan motivasi diri ialah dengan mengenang orang-orang tersayang contohnya keluarga saya. Malah saya akan kenang dan ingat semula jasa dan pengorbanan orang penting dalam hidup saya contohnya cikgu2 dan kawan2 lama dan baru saya. Dengan mengingati mereka semua, saya akan berasa diri saya ini penting dan perlu melakukan yang terbaik dalam segala perkara yang saya lakukan.

Haaa begitulah 6 cara saya menaikkan semangat dan meningkatkan motivasi diri saya. Alhamdulillah, setakat ini semua cara ini sangat berkesan pada saya.

Korang pulak bagaimana? Apa yang korang buat masa korang tiada mood atau tiada motivasi?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...