Kita semua ada memori masa lalu yang kurang gembira. Tiap kali mengingatnya, kita rasa bersalah, tertekan, gusar atau menyesal.
Masa depan atau masa lalu, mana satu yang lebih baik untuk kita fokus?
Masa lalu, membuat kita kurang bersemangat, sebab timbul emosi-emosi yang kurang memberi semangat, seperti yang saya katakan sebentar tadi iaitu rasa bersalah, tertekan, gusar atau menyesal.
Bila di fikiran dah penuh dengan emosi-emosi yang kurang bersemangat, kita jadi bingung nak buat apa, nak usaha apa lagi, kesannya kita tak buat apa-apa, asyik termenung mengenang masa lalu.
Masa depan, bila kita mengingat rumah idaman, kereta idaman dan pasangan hidup idaman, sudah tentu kita jadi gembira. Bila dah gembira, kita nampak jalan untuk mencapai impian tu.
Kita terasa macam ada harapan, lalu kita tiba-tiba rasa bersemangat!
Bila dah bersemangat, kita terdorong untuk rajin berusaha, rajin bekerja, sebab nak capai impian kita! Jadi, fokus terus menerus ke bayangan-bayangan Anda tentang masa depan Anda sendiri.
Imaginasikan selalu rumah idaman Anda, kerjaya idaman Anda, suami idaman atau isteri idaman, kerana ia mendorong Anda untuk menjadi cukup bersemangat, cukup energetik.
Kesannya, Anda menjadi cukup cemerlang, cukup fantastik!!
No comments:
Post a Comment