Friday, October 2, 2009

Bukan Tuah Tapi Kerja Keras

Dari apa yang saya perhatikan pada sikap orang-orang berjaya, mereka mengecapi kejayaan bukanlah kerana mereka bertuah tapi kerana mereka bekerja keras mencapai kejayaan yang mereka impikan.

Kejayaan dalam apa jua bidang sentiasa sama - ia memerlukan usaha konsisten, penambahan ilmu berterusan dan semangat membara.

Lim Chong Wei dan Nicole Ann David menduduki ranking nombor satu dunia dalam sukan masing-masing hanya kerana mereka ada usaha konsisten, penambahan ilmu berterusan dan semangat membara seperti yang saya katakan tadi.

Apa kena mengena Lim Chong Wei dan Nicole dengan diri Anda? Sedangkan mereka lain, Anda lain?

Tiru semangat dan kerja keras mereka nak berjaya dalam hidup, Ikuti semangat mereka dan jadikan mereka penyuntik inspirasi untuk Anda berusaha serajin mungkin mencapai kejayaan dalam apa yang anda usahakan sekarang ini.

Kesibukan yang paling baik adalah sibuk memajukan diri sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...