Monday, August 10, 2009

Tips Bagaimana Mengurangkan Penat dan Letih


  • 1. Minum air limau nipis / jus oren.
Pastikan anda minum jus yang fresh. Bukan yang kordial punya. Jus oren atau limau nipis mampu menyegarkan badan. Kalau tak nak minum jus, makan buah limau pun OK.

Dalam peti ais rumah saya, pasti ada stok buah limau. Sebab apabila selesai bekerja, saya pasti akan makan sekurang2nya sebiji limau. Ini makan limau dapat menyegarkan badan dan mengurangkan keletihan.

Apabila balik dari ofis, masuk saja ke dalam rumah, perkara pertama saya buat ialah, buka peti ais, ambil sebiji limau…dan ngap ngap ngap. Lepas pekena sebiji limau, memang badan terasa segar sedikit.
  • 2. Mandi dengan air panas
Cara kedua dalam mengurangkan rasa penat dan lesu ialah mandi dengan air panas. Ramai orang lebih suka mandi air sejuk untuk menyegarkan badan.

Saya tak tau yang mana satu lebih berkesan. Tapi saya masih ingat lagi kawan saya belajar di Jepun. Kawan-kawan jepun saya selalu cakap, antara cara diorang mengurangkan lesu dan penat badan, diorang akan berendam dalam ‘ofuro’ (air panas) atau ‘bathtub’.

Kalau berendam atau mandi dengan air panas, pengaliran darah dalam badan akan jadi lancar dan sempurna. Angin dalam badan juga mampu dikeluarkan dari dalam badan. Ini membuatkan badan terasa ringan dan lebih segar. Malah, kalau mandi dengan air panas, kita akan dapat tidur lebih lena. Itulah amalan orang2 Jepun.
Mandi air panas dapat meredakan ketegangan.
Tapi tu lah. Seperti yang saya katakan, mandi air panas memang boleh meredakan ketegangan, sekaligus mengurangkan rasa letih. Dan membuatkan anda dapat tidur lebih lena. Kalau malas sangat dan mahu kan ketenangan yang lebih, boleh la ke Yoyoy Spa untuk membuat Rawatan Mandian... Antara mandian yang disediakan :
  • Milk Bath
  • Milk Bath + Aura Seri
  • Milk Bath + Aura Seri + Honey
  • Milk Bath + Aura Seri + Madu +Aromatherapy
  • Detoxify Bath (Mandian Buang Toksin)
  • Flower + Bubble Bath + Milk + Aura Seri + Honey +Aromatherapy
Saya jawab mudah saja. Kalau nak tau, rahsia mudah tidur dan supaya tidur lebih lena ialah, mandi malam mesti mandi dengan air panas. InsyaAllah, kalau anda amalkan ini, anda pasti akan mudah untuk tidur, dan tidur anda pun jadi lena. Badan pun, semestinya jadi lebih segar dan tidak berasa penat sangat.

Tak percaya? Cubalah….

Saya rasa cukuplah 2 tips ini yang dapat saya kongsikan. Mungkin anda semua, para pembaca blog yoyoyspa yang budiman, kalau ada tips2 lain lagi yang boleh dikongsikan, tulislah di ruangan komen dibawah tu yer. Semoga kita sama-sama dapat input tambahan dan beramal dengan apa yang kita tahu.
Sekian, ceria2 selalu :)

2 comments:

musang said...

buah limau dpt menyegarkan badan ya..boleh d cuba ni..nampaknya kena beli limau byk2 buat stok..

Yoyoy Kamphora Spa said...

boleh! boleh! boleh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...