Bekam Al Hijamah adalah salah satu daripada Thibbun Nabawi.
Bekam adalah satu perawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodenkan mengikuti kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.
Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, karena itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.
Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.
Bekam ialah istilah Melayu yang bererti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”.
Tubuh yang sihat dan minda yang cerdas adalah factor penting dalam hidup dan kehidupan seseorang, demi melaksanakan tanggung jawab kehidupannya. Tapi jika terlalu banyak toksid-toksid dalam badannya, akan menyebabkan ’Stasis Darah’ atau ‘Penakungan Darah’, dimana sistem darah tidak berjalan dengan lancar.
Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesehatan fisik dan mental. Ciri yang muncul jika seseorang banyak toksid dalam badannya, ialah malas, murung, kerap mengeluh kurang sehat, mudah bosan, dan mudah marah.
Jika ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, kita akan bertemu dengan seorang pesakit yang terganggu emosinya, sehingga sampai pada tahap perlu berkonsultasi dengan ahli jiwa.
Darah kotor yang bertoksid mesti dikeluarkan, namun obat Allopathy tidak dapat bertindak demikian. Oleh karena itu kita mesti mencari rawatan lain yang dapat mengeluarkan toksid-toksid dengan cepat supaya badan kita tidak lemah dan diserang penyakit.
Salah satu rawatan yang paling berkesan ialah dengan ‘Berbekam’ dan disinergikan dengan MADU dan HABBATUS SAUDA.
HUJAH BERBEKAM
Hadits dari Ibn Abbas r.a. menerangkan : “Bahawa ada 3 cara pengobatan yang dilakukan pada masa Rasulullah SAW, yaitu : Madu (Al ’Asl), Berbekam (Al-hijaamah) dan Pemanasan (Al-Kayy) dan Rasul menghindari pengubatan Kayy”.
Dari riwayat lain yang bersumber dari Mujahid dari Ibnu Abbas disebutkan bahwa Nabi bersabda : “Berubat itu dengan BERBEKAM”.
Madu menjadi dasar ubat-ubatan, terutama ubat yang berasal dari tumbuhan (Herba) yang alamiah dan tidak mengandung Kimia sintetis. Bekam, menjadi dasar kepada Pembedahan, dan Api menjadi dasar kepada perubatan Laser.
Dalam Hadits lain riwayat Tirmidzi menerangkan : “Bahawa ketika Nabi SAW dalam perjalanan Isro Mi’raj, Baginda bertemu dengan Malaikat yang memerintahkan supaya umat Muhammad SAW menggunakan Bekam sebagai kaedah rawatan penyakit”. Pesan tersebut berulang-ulang sehingga Baginda Rasul takut hal tersebut menjadi Fardlu atas umatnya.
Rasulullah memuji orang yang berbekam : “Dia membuang darah yang kotor, meringankan tubuh, serta menajamkan penglihatan”. Allah menghususkan dalam satu tahun sebulan di bulan Ramadlan untuk mencuci ‘Rohani’ dengan ber ’puasa’, jadi wajarlah kita mensucikan ‘Jasmani’ dengan ‘Berbekam’. Berbekam sebelum berpuasa akan lebih baik manfaatnya.
PEMBEKAL MALAYSIA UNTUK AKUPUNTUR, BEKAM AL HIJAMAH DAN ALATAN PERUBATAN
Jarum Akupuktur / Acupuncture Needle
- 100 jarum = RM 20
- 6 x 100 jarum = RM 18
- 12 x 100 jarum = RM 15
-lebih daripada 12 set = sila hubungi kami untuk harga istimewa
Alatan Bekam / Cupping
- 1 set (12 cup) = RM 88
- 6 set (6 x 12 cup) = RM 80
-lebih daripada 12 set = sila hubungi kami untuk harga istimewa
Sila hubungi kami untuk tempahan.
Tel: 03-4146 4378 , 012-308 4479 , 03-6184 1455
Website : www.yoyoyspa.com
Blog : www.yoyoyspa.blogspot.com
Youtube : www.youtube.com/user/yoyoyspa
Email : mail@yoyoyspa.com
No comments:
Post a Comment