Sunday, August 9, 2009

Jom Kita Gelak Ketawa!!!

Ketawa merupakan satu bentuk ekspresi diri yang paling menyenangkan. Dan sekaligus merupakan salah satu misteri universal.

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa ketawa banyak memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Melalui ketawa, anda dapat melepaskan emosi dan ketegangan yang dialami. Emosi yang terpendam dalam diri seperti marah, takut, sedih, tertekan atau bosan harus disalurkan keluar daripada tubuh badan dan ini boleh dilakukan dengan ketawa.





Dari sudut kesihatan, ketawa pada dasarnya akan membawa keseimbangan pada semua komponen dalam sistem kekebalan tubuh badan.





Dengan sistem kekebalan tubuh yang semakin kuat, penyakit tidak mudah menghampiri. Selain itu, ketawa juga mampu meningkatkan aliran oksigen di dalam darah yang dapat melancarkan pernafasan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...