Saturday, August 15, 2009

KONVOKESYEN UKM KE 37 (15/8/2009- 19/8/2009 )

Pesta Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan satu acara tahunan yang gilang-gemilang dan juga merupakan acara yang terbesar anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) sesi 2008/2009 dalam meraikan para mahasiswa/i yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Pada tahun ini,

Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-37 di bawah kendalian Exco Konvokesyen dan Hubungan Alumni PMUKM sekali lagi akan menganjurkan projek mega ini. Pesta Konvokesyen UKM telah masuk tahun yang ke-37 dan sepanjang tempoh tersebut Pesta Konvokesyen telah mencetuskan pelbagai revolusi yang memberi impak mendalam pada seluruh warga UKM serta masyarakat luar.

Pesta Konvokesyen mencerminkan imej universiti sebagai pusat pengembangan ilmu dan pembentukan modal insan yang berkualiti dan mempunyai nilai tambahnya yang tersendiri. Pelaksanaannya juga dapat dilihat sebagai wadah yang menghubungkan mahasiswa/i UKM dengan organisasi dan masyarakat luar. Program terbesar universiti ini akan disempurnakan oleh Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

Objektif:


  • Meraikan para graduan UKM yang akan menamatkan pengajian pada tahun ini di samping memberi penghargaan ke atas kecemerlangan mereka.
  • Menonjolkan kecemerlangan warga UKM di dalam pelbagai bidang akademik serta penguasaan teknologi semasa seiring dengan era globalisasi masa kini.
  • Memberi peluang kepada mahasiswa/i universiti untuk melihat perkembangan dunia luar berdasarkan suasana pembudayaan ilmu di dalam kampus selain menimba pengalaman berorganisasi.
  • Menepati dasar utama pelaksanaan Pesta Konvokesyen Ke-37 iaitu program yang mencerminkan citra universiti sebagai pusat menimba ilmu dan pusat pengkulturan masyarakat terpelajar.
  • Memberi ruang kepada organisasi-organisasi luar untuk mempromosikan produk mereka kepada warga universiti dan juga masyarakat luar di samping menjalankan urusan perniagaan yang memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak melalui program-program berbentuk kerjasama.
*** IPTA lain korang cari sendiri la ye...hehehe...ni universiti ku dulu..teringat time nak konvo excited sangat3...apepun tahniah kepada semua graduan UKM..UKM boleh!!! hahahaha....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...