Thursday, August 6, 2009

Hari Nisfu Syaaban


Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kiter selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan yang pertama yang akan dicatatkan dibuku baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib...ader sesetengah buku menyatakan hari Nisfu Syaaban juga ari di mana senarai nama orang yang akan meninggal bermula dari NIsfu Syaaban ini sehingga ke Nisfu Syaaban yang akan datang (selama setahun)...

Berikut adalah antara amal ibadah di hari nisfu Syaaban:

1. Selepas solat maghrib (15 Syaaban )

- Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, jumaat malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa 2. Malam Pembahagian Takdir 3. Malam Rahmat 4. Malam Berkat 5. Malam Pengampunan (Taubat) 6. Malam Penebusan 7. Malam Syafaat 8. Malam Penulisan 9. Malam Keagungan dan Kemuliaan 10. Malam Rezeki 11. Malam Hari Raya Para Malaikat 12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun kelangit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN...
NAUZUBILLAMINZALIK...


3 comments:

LuVidA^^ said...

alhamdulillah...
good info..:)

Yoyoy Kamphora Spa said...

terima kasih luvida...

Sama2 kite jgn ketinggalan...

dr BackBone said...

Kelahiran Imam E Zaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...