Urutan pengantin perlu dilakukan untuk merehatkan minda selain membolehkan pengantin wanita, bertenaga serta mampu melalui hari bersejarah dengan lebih gagah dan tidak memenatkan.
Umum mengetahui bahawa urusan perkahwinan boleh mendatangkan rasa tertekan, dan menerusi teknik urutan dikenakan, ia mampu meredakan serta menyahkan segala kekusutan dalam minda.
Bayangkan sekiranya pengantin sudahlah tertekan dengan pelbagai urusan, tidak pula menerima sebarang rawatan kecantikan dan urutan yang boleh menyahkan rasa bebanan itu, bukankah tubuh menjadi longlai dan muka pula mudah dihinggap jerawat?
Umum mengetahui bahawa urusan perkahwinan boleh mendatangkan rasa tertekan, dan menerusi teknik urutan dikenakan, ia mampu meredakan serta menyahkan segala kekusutan dalam minda.
Memang benar urut boleh mengembalikan kecantikan kerana apabila diurut dan pengantin pula memperbanyakkan minum air, maka segala toksik akan terbuang menerusi pembuangan air kencing. Apabila kekotoran dan toksik dalam tubuh sudah terbuang, tubuh pula menerima urutan yang menyenangkan, sudah pasti ia terpancar menerusi air muka yang tenang.
Bayangkan sekiranya pengantin sudahlah tertekan dengan pelbagai urusan, tidak pula menerima sebarang rawatan kecantikan dan urutan yang boleh menyahkan rasa bebanan itu, bukankah tubuh menjadi longlai dan muka pula mudah dihinggap jerawat?
Justeru beliau tidak menafikan seri pengantin adalah realiti dan bukan fantasi yang di war-warkan oleh ibu pengantin dan mak andam dalam kepercayaan Melayu semata-mata. Mungkin kerana teknik dilakukan dulu-dulu yang disertai jampi serapah, tetapi kini tidak ada lagi orang tua yang mampu melaksanakannya maka ia dianggap menyukarkan.
No comments:
Post a Comment